Assalamualaikum.
Sabtu, 2 Ogos 2025
Abang Mueez punya bekal ke kelas tambahan UPKK.
Dah bermula kelas tambahan daripada minggu lepas.
IncikSuami yang hantar ke sekolah pagi tu.
Linda dah keluarkan ayam,tapi tak jadi masak.
Sebab nak ajak incikSuami keluar terus lepas ambil abang Mueez balik dari kelas tambahan.
Port biasa, TF Value Mart dekat Batu Caves tu.. hihi.
IncikSuami nak beli jajan² sikit, sebab dia ada event kereta esoknya ( hari nie lah, Ahad, 3 Ogos).
Linda tak ikut pun.
Habis beli barang,singgah foodcourt, nak basahkan tekak.
Order mango longan.
Abang Mueez dengan ABC, tapi isi nya tak makan.
Lepas ni kena order ais kepal je lah.
Sebab masing² tak tahu nak makan apa, linda order lah western food.
Kongsi² lah makan.
Dapat fish fillet pula.
Padahal order chicken chop.
Tu masa ambil, pelik tengok ada 2 pcs, tapi dah yang jaga kaunter tu kabo ini order Linda.
Angkat je lah.
Order juga spageti Bolognese.
Linda makan sikit, lepas tu paksa incikSuami habiskan.
Meatball Linda tak suka sangat.
Kalau bebola ayam, suka lah.
Geram je masa order air, Linda dah order dan bayar, ke tepi lah sedikit untuk tunggu air dan bagi laluan orang belakang order pula.
Tapi, orang belakang tak sabar ye gais..
Dihimpit nya kita, lepas tu tak bayar lagi, tiba² dia dapat air dulu.
Eh, geram pulak kita.
Memang cakap kat adik kaunter tu "eh,akak order dulu,siap dah bayar, kenapa customer lain dapat air dulu?"
Terkebil-kebil budak kaunter tu, sorry lah dik ye..akak geram.
Susah sebenarnya jaga kaunter,akak faham dik..hihi..
Akak pun pernah jaga kaunter bahagian FnB ni.
Belum lagi, dapat customer yang kabo "tak sama macam dalam gambar pun"
Kalau nak balas, bergantung pada nada customer, kalau dia pun macam berlagak, Linda pun kasi lah sedas dua.
Kalau nada dia bergurau, Linda balas lah gurauan.
Till then, see ya.
Sesuka hati je potong q. Takde adab kan. Sedap pulak nampak mango longan tu. Nampak meriah bahan.
ReplyDeleteUncle pulak lagi suka meat ball banding bola ayam.
ReplyDelete