lovvu Dobbu

Friday, August 1, 2025

.: 6 PERISTIWA SEBELUM BERLAKU NYA KIAMAT :.

 Assalamualaikum

semalam, linda dengar ceramah Ustaz Wadi dekat You Tube.
meh lah linda kongsi kan sikit apa yang Linda dengar.


pernah pada zaman Rasulullah, seorang sahabat nabi , Auf bin Malik menemui baginda.

Sabda baginda Rasulullah: Dari 'Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:

1- Kematianku (detik bermulanya hitungan kiamat dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW).

2- pembebasan Baitul Maqdis

3- Kematian berskala besar (kematian yang mengejut tanpa mengira umur)

4- Harta yang makin melimpah (kalau nak dikaitkan dengan zaman sekarang, majoriti semua orang ada rumah, ada kereta, tapi banyak mana pun gaji, tetap lah kita terasa tak cukup)

5- Fitnah berleluasa dan tersebar dengan cepat (lagi-lagi kita di zaman serba canggih,dalam masa seminit, fitnah boleh tersebar ke serata dunia)

6- Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. - [HR al-Bukhari 2940].

untuk lebih lanjut, boleh baca SINI, SINI
link youtube ustaz Wadi di SINI


till then, see ya.

mampu menyampaikan yang umum, nak tulis panjang lebar, risau salah penerangan.
semoga kita terus istiqamah dalam memperbaiki diri dan memperbanyak amal ibadah, aamin

20 comments:

  1. Thanks for sharing.salam jumaat almubarak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 MZ...hari Jumaat yang sejuk, hujan di Selayang

      Delete
  2. terima kasih kerana mengingatkan....

    ReplyDelete
  3. Orang kata dunia dah akhir zaman dah. Sama2lah kita tambah bekal akhirat dan siapkan diri. Terima kasih Linda atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, memang betul dah di akhir zaman...tapi, tetap lah kena buat kedua duanya (dunia dan akhirat) dengan seimbang...moga iman kita semua terpelihara hingga ke akhirnya...aamin

      Delete
  4. Terima kasih kongsikan dengan kami semua. Peringatan buat kita semua.

    ReplyDelete
  5. salams jumaat linda, terima kasih diatas peringatan, banyak pahala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat kak Mieja, sama² lah kita saling mengingati... InsyaAllah

      Delete
  6. thank you for sharing. takutnya.. :( amal ibadah pun masih tak seberapa.. hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama²..
      Sebab tu org kata, kita kena selalu dengar ceramah @ tazkirah..biar kita tak lalai...insyaAllah, sama² kita istiqamah dan memperbanyak amal ibadah.. Aamin

      Delete
  7. Terima kasih diatas perkongsian...happy weekend

    ReplyDelete