Assalamualaikum.
Hari ni tak nak masak nasi.
Jemu pula hari² nasi.
Linda pun suruh incikSuami beli barang².
Gigih dia call sebab tak jumpa barang, tapi jumpa akhirnya.
Bila dah balik, Linda pun dok tengok lah apa yang dia beli.
Linda pesan isi ayam, dia beli drummet.
Linda pesan beli sekilo, dia beli 400g, tapi sepeket je..
Dia igt Linda sebut sepeket je, tak perasan nak nengok berat.
Tengok mee pun, mesti dah tahu Linda nak masak apa.
Jadi lah bahan yang ada.
Lepas tu, incikSuami tanya takde sayur je.
Eh, dia yang beli. Hahaha..
Makan je lah apa yang ada.
Eh, takde pula gambar mee kari nya.
Sebab Linda tak makan lagi.
Dah siap masak, moh le kita siapkan bunga telur.
Sebahagian yang dah siap.
Kena siapkan seratus batang, lagi halfway kot.. hahaha..
Tak kira pula, ikot sarung bunga telur je.
Kalau habis, 100 batang lah tu.
Have a nice weekend kawan² semua.
Till then, see ya.
Bestnya kalau tengahari dapat masak macam ni...PZ x maunya dia..mesti nak nasi berlauk gak...ajak makan kat luar lagi la dia x nak...
ReplyDeleteAlhamdulillah, suami ok je..anak² pun sama..kat kg ,bapak pun mcm tu,tapi dia tak kisah lauk apa pun, jadi masak juga lah nasi sikit untuk dia..
Deleteselalunya sy yg pi pasar beli brg2 dapur. wife yg siang ikan bagai n memasak... tp sy yg kena kemaskan dapur pulak.
ReplyDeleteAlhamdulillah..saling bekerjasama..itu yg kita mahu
DeleteHari-hari nasi jemu jugakan...
ReplyDeleteBetul...masak sendiri hari² pun jemu..hihihi
Delete