lovvu Dobbu

Friday, August 22, 2025

.: MENYALA ABANGKU :.

Assalamualaikum.

berkongsi kegembiraan di dalam blog.

boleh saing-saing lah dengan kete adik lepas nie.
dianya warna biru.

abang Mu'az response status ibu.

tengok dari jawapan ibu.
bukan rezeki kita nak berkereta baru la ye abang Mu'az.
tunggu ibu pencen kot baru beli kereta baru. hahaha
Alhamdulillah dengan rezeki yang ada sekarang nie.

jadi, kereta baru siapa tu??
kereta baru bapak Linda.
bapak jual Toyota dia, beli Ativa pula.
adik Azam cakap, bulan-bulan 500 lebih, ikat 7 tahun.
agak-agak bape ribu bapak linda kuarkan deposit.
kaya wak Miswan nie. hahaha

till then, see ya.

Thursday, August 21, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum

sebabkan kena up juga entry min sehari sekali.
saja scroll FB nak tengok throwback yang ada untuk hari ni.


yang nie tengah dalam pantang, masa bersalinkan kak M.
kak M ada rakan sebaya.
Ammar lahir bulan 3, kak M lahir bulan 8.
incikSuami selalu dapat cuti 2-3 minggu lepas isteri bersalin.
so, memang hari-hari dia yang akan siapkan anak-anaknya.

yang nie masa Abang Mu'az setahun lebih.
incikSuami baru habis misi di Lubnan.
masa nie pun kami dah mula PJJ(perhubungan jarak jauh), lagi sebulan incikSuami habis misi setahun di Lubnan, linda dapat posting dekat Perak.
PJJ almost 3years juga lah.
sempat bersalinkan abang Mueez, baru dapat transfer Melaka.


nie masa muda remaja lagi.
nampak lah muka tu tirus.. hahaha
14tahun lepas, makanya linda baru berumur 23tahun.
kak long kema(geng bas UMT) kawen masa nie.
kalau tak silap, tahun yang sama juga linda kawen. Alhamdulillah.
-cerita pasal gengbasUMT-

till then, see ya.

Wednesday, August 20, 2025

.: MERIAH SARAPAN :.

Assalamualaikum

hari nie, abang Mueez ada koko, jadi dia tak balik lunch.
tapi dah kirim makanan dekat ayah nya.
so, ayah nya kena beli lah, bila ambil adik balik sekolah, hanta sekali makanan.
kantin sekolah tutup 2minggu, sebab ada kes keracunan makanan.
Alhamdulillah, anak-anak linda takde yang kena keracunan makanan.

menu sarapan pagi.
eh, meriah pula.
sebab tak masak lauk lunch hari ni.
balik kerja nanti la masak untuk dinner.

megi goreng tu buat bodo(kosong) je.
sebab tu rajen menggoreng telur mata dengan sosej.

lepas tu, kak M bangun-bangun dah menganga dekat Linda.
ingatkan kenapa, rupanya nak tunjuk ulser dalam mulut.
semalam memang dia ada cakap susah nak telan.
tapi elok je dia makan dan bercakap..hahaha
takde demam apa pun sebelum-sebelum nie.

nampak tak yang dalam bulatan tu.
dekat sebelah anak tekak tu, sampai jadi putih.
tapi kak M cakap, takde lah teruk sangat.
sebab nampak dia makan, bercakap, telan air liur normal je.
tapi, linda lah risau.
jarang anak-anak kena ulser dekat situ, selalu dekat bahgian dalam bibir je.

cutikan kak M hari nie, nak bawa ke klinik staff jap lagi.
moga takde apa-apa yang serius lah.

till then, see ya.

Tuesday, August 19, 2025

.: INFO DAGING AYAM MENTAH :.

 Assalamualaikum.

hari nie kita bercerita tentang daging ayam mentah.


Daging ayam mentah tidak boleh dibiarkan terlalu lama pada suhu bilikIa boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan meningkatkan risiko keracunan makanan. Sebaiknya, simpan ayam mentah di dalam peti sejuk (chiller) atau bekukan. Jika ayam beku, cairkan di dalam peti sejuk, bukan pada suhu bilik.

Penjelasan Lanjut:

  • Bakteria:
    Suhu bilik adalah lingkungan yang ideal untuk pertumbuhan bakteria seperti Salmonella, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
  • Penyimpanan:
    Ayam mentah perlu disimpan pada suhu yang lebih rendah (di bawah 4°C atau 40°F) untuk melambatkan pertumbuhan bakteria, seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  • Pencairan:
    Jika perlu mencairkan ayam beku, lakukan di dalam peti sejuk, bukan pada suhu bilik atau di dalam air panas, menurut portal Gempak. 
  • Masa:
    Ayam mentah yang disimpan di dalam peti sejuk perlu dimasak dalam tempoh dua hari. 
  • Penyimpanan Ayam Masak:
    Ayam masak juga tidak boleh dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik (lebih dari dua jam), menurut Facebook. 


dah kenapa hari nie bercerita pasal ayam?
malam tadi, linda keluarkan ayam, letak dalam sinki.
selalu nya memang linda akan defrost dekat luar dalam sejam dua, baru
masukkan semula dalam peti sejuk.
senang nak masak esok pagi, ayam dah lembut.

tapi, malam tadi. 
biasa lah, kak M dengan dedek memang akan suruh linda tidurkan dulu.
just temankan diorang baring dalam bilik ja.
bukan setakat diorang berdua je tido, linda pun tertido sama.
terjaga jam 3.30 pagi, baru masuk bilik sendiri.

5.30 pagi bangun untuk mulakan tugas hakiki sebagai surirumah tangga.
pergi dapur, elok semua pinggan mangkuk, periuk dah berbasuh.
tinggal nak susun dekat tempatnya je.
sekali, tengok dalam sinki, ada lagi ye ayamnya dekat situ.

waaa, ku rasa nak mengamuk pagi2 nie.
awat la incikSuami tak masukkan dalam peti sejuk.
tapi tu lah, sejenis yang kena pesan, baru lah dia buat.

ada sekali tu, linda pesan suruh letak balik lauk mentah dalam peti sejuk.
esok pagi nak masak, cari dekat bahagian chiller takde.
dia letak dekat tempat frozen balik.
emm, memang tak masak lah..
beli je jawabnya.

eh, berbalik pada ayam tu, linda pun bau2 lah.
alhamdulillah, takde bau yang tidak menyenangkan.
jadi kita tawakal je lah masak ayam tu.
kalau keracunan makanan, 1 family lah jawabnya.. mintak dijauhkan la.
nie linda dah makan lauknya lunch tadi, Alhamdulillah, takde rase yang pelik-pelik.

itulah, kadang2 incikSuami nie bab2 dapur, alat memasak nie, dia tak berapa 
mahir sangat.
kena banyak bersabar tang nie. hihihi.

till then, see ya.  

Monday, August 18, 2025

.: RONDA IKEA :.

Assalamualaikum..

Lamanya peram kisah nie dekat draf.
Kalau tanam pokok cili, dah ada hasil agaknya.

Ceritanya, lepas jual minyak terpakai kat sini.
Kami terus ke IKEA Damansara kot.
Yang dekat dengan Selayang, dalam 30-40min dah sampai.

Masalah sekarang nie,parking semua dekat basement.
Dapat incikSuami,dia yakin je..hahaha.

Oklah jauh lagi dari bumbung roofbox tu.
Setakat dah pasang roofbox nie, lepas je nak masuk basement parking mana².
Tapi, Selayang Mall tak berani, sebab memang nampak rendah sikit.

Pertama kali masuk IKEA, ok agak cewi lah kat situ. Hahaha.
Jom tengok gambar.

Yang nie dekat pintu masuk gedung dia.

Alahai, geram pula Linda dengan almari cermin nie.

Dalam dia, yang nie material dia plastik je.
So,harga below 100 lah.
Kalau yang stainless steel,memang 100 ke atas.

Sambil sambil tu, posing sikit.

Dek hari tu jadi ustaz, elok pula berkopiah dia.
Merayau dalam tu, hampir 3 jam.
Tu pun cepat² jalan, sebab anak-anak dah mengadu lapar dan penat. Hahaha.
Ibu tak sempat nak explore habis-habisan.
Sebab nya, ntah bila lagi nak masuk IKEA nie. 🤭🤭

Tapi, keluar bukan dengan tangan kosong ye. Hihi

Hasil menuai dalam IKEA.
Jerung tu dedek punya.
Panda kak M punya.
Jam dinding tu abang Mu'az kata nak letak dalam bilik.
Periuk tu 5in1, ibu punya. 
Yang saiz paling besar, dah rasmi.
Banyak kali guna dah.
Yang lain je belum. Hihihi

Till then, see ya.

Sunday, August 17, 2025

.: SUBWAY :.

Assalamualaikum.

Hari ni, awal lagi dah cakap dengan incikSuami malas nak masak.
Sebab lauk ayam masak lemak kuning semalam pun ada lagi sikit. 
Nasi pun ada untuk sorang makan lagi.

IncikSuami pun ok je, sekali. Lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan UPKK.
Terus dia ajak pergi Lotus Rawang.

Kak M dengan abang Mu'az tak nak ikut pula.
Pandai² la cari makan dekat rumah, bukannya takde makanan.
Ibu merajuk, tak nak tapaukan apa². 🤣🤣
Nak makan, ikot.

IncikSuami tanya Linda nak makan apa.
Ntah la, Linda tak rase nak makan nasi.
Jadi, Linda beli la Subway.

Inilah Subway nya.
Okay, pertama kali makan ye. 🤭🤭
Orang lain dah puluh² kali.
Cashier tu cakap, pilih je nak yang mana, nanti diorg kita je.

Jadi nie la isi nya.
Sekeping daging ayam, pepper, timun dengan tomato.
Sos cheese, thousand island dengan sos cili.
Alhamdulillah, merasa juga makan Subway.

Singgah jalan² dekat bahagian luar.
Ada pesta makanan Thailand, hari ni hari terakhir.
Beli buah potong, jajan dedek dengan minyak wangi yang botol kecik² tu je.

Eh, ni semalam punya gambar.
Pergi Hero Market dekat Selayang Mall.
Besar betul buah mangga, sekilo RM9.90.
Tak jadi Linda beli, sebab besar sangat.
Beli mata kucing dengan shine grape tu.
500g dalam RM5 lebih.
Sambar lah 2 pek setiap satu.

Habis lah hari Ahad, sambil selit² buat bunga telur.
Lagi 16 batang nak cukup seratus, tapi dawai kawat bulu warna purple habis pula.
Terbantut la kerja nya.

Till then, see ya.

.: PHOTOBOOK 5 :.

Assalamualaikum 

Lama tak share hasil Photobook.
Kali ni, buat khas gambar dedek sepanjang 2 tahun di tadika Maiwp.

Muka hadapan Photobook.

Muka belakang, gambar nie masa kelas 5tahun ,lawatan ke kilang coklat Beryls.

Antara Bahagian dalam.

Kali ni,Linda buat produk softcover 6x6 inch, 20mukasurat .
Tu yang nampak nipis.
Tapi, total gambar untuk 1 Photobook ni, dalam 70-80 juga.
Ada yang Linda letak besar, ada yang letak kecil..
Ikot kesesuaian.

Untuk gambar raya hari tu, dah siap design pun, cuma belum printing je lagi.
Hihi, nanti lah.

Till then, see ya.

# Linda ada hutang nak share macam mana Linda buat photobook ni,tapi tak menyempat je nak menyusun dan menulis.
 

Saturday, August 16, 2025

.: SEKOLAH - MAKAN - TANDA INGATAN :.

Assalamualaikum.

Jumaat (15.08.2025) - memenuhi jemputan guru² 🥰🥰 menghadiri hari bertemu waris SKSJ.
Dekat poster bermula 10pagi - 12tengah hari.
Linda mohon la keluar pejabat pukul 10.30 pagi.
Sampai sekolah, dah lengang, konon nak terus ke kelas abang Mueez, kak M di tingkat 3, baru lah turun ke tingkat 2 kelas dedek.
Sekali toleh ke kelas dedek, "eh,takde parents menunggu!! Tinggal dedek 3 orang je dalam kelas"

Result tiga orang tu?
Jangan risau, semua huruf dia tapau.
Harap² kedepan makin baik lah pencapaian nya.
Cikgu kata ada sekali lagi exam.
Moga dapat buat yang terbaik lah, InsyaAllah.

Jadi, ni saja lah gambar yang sempat diambil, itupun di kelas kak M, bila ada lagi parents yang tengah berjumpa cikgu.

Tak sempat menunggu pun di setiap kelas, masuk² je terus jumpa cikgu.
Rupanya, sesudah perhimpunan dan selesai bacaan yasin, pengawal keselamatan buka je pagar sekolah.
Terus diserbu oleh ibu ayah.
Tepat jam 11.30 pagi, dah selamat sampai di perpustakaan hospital Selayang.
Cc Adawiyah, ajak makan² di luar sempena hari last Biha.

Dari kiri - Cc Adawiyah, Linda, Biha dan Kak Zu.
Cc sebagai penyelia kami bertiga la.
Alhamdulillah, Cc belanja makan, moga murah rezeki Cc ya..aamin
Terima kasih Cc.

Awal pagi ,sebelum keluar ke sek anak, Biha dengan kak Zu mai pejabat Linda.
Wefie sikit sebagai kenangan.

Biha bagi tanda ingatan sikit.
Terima kasih Biha.

Close up sikit..
Warna pink juga, tak lari ni.

Semoga Biha sukses di tempat baru, dipermudah segala urusan..
Ada rezeki kita ngupi² di Manjung ya.
Tak jauh dah tu.

Till then, see ya.

Thursday, August 14, 2025

.: KLINIK NEUROSUGERI, HOSP SG BULOH :.

Assalamualaikum.

semalam (13.08.2025) ambil cuti, sebab bawa abang Mueez appointment dekat Hosp Sungai Buloh.

sampai hosp dalam 8.30 macam tu, jem ye hala Sg Buloh tu..hihihi.
parking free dah habis, incikSuami parkir berbayar lah dekat seberang hosp.

selesai urusan pendaftaran dekat kaunter klinik pakar.
baru boleh ke klinik appointment masing-masing

kita ke klinik Neurosurgeri la

no giliran 2003
tak lama pun tunggu giliran.
dalam 5 minit, doktor pun panggil.

doktor buka CD CT Scan yang bawa dari hosp Selayang tu.
then, doktor pun brief la tentang otak abang Mueez.

doktor cakap
"otak safwan nie healthy sangat, nampak geliga sangat nie. takde perkara yang membimbangkan. ibu dan ayah tak perlu risau, cuma yang hari tu doktor Selayang nampak macam blood clot tu, actually dia punya salur darah. kalau yang bukan doktor Neurosurgeri memang selalu akan mistaken kat situ. tapi, takpe, ok je.bab otak nie kita kena pantau. takde retak dekat tulang kepala. so ok la semua. tapi, ikot prosedur, memang kena jumpa min 2 kali, baru boleh kita discaj klinik. so, kita jumpa lagi dalam 4 bulan ya"

wa, doktor sangat baik.
sangat peramah, linda siap bersembang-sembang dengan doktor.
siap tanya mengenai sorang pakar neurosurgeri yang pernah berurusan, tapi dah resign.
ingat kan dapat better offer dekat swasta.
rupanya, ada company printing sendiri yang lebih banyak income daripada income doktor pakar.
good for him, tapi sayang kepakaran Neurosurgeri tu habis kat situ je.
dah la tak ramai doktor minat neurosurgeri nie.
bab otak kot, complicated, siapa la yang sanggup nak majorkan diri dekat neurosurgeri.

belum pukul 10 pagi, dah selesai jumpa doktor.
cepat betul, klinik neuro tak ramai patient.
makan dulu dekat kafe hosp.

10.30 pagi dah gerak balik Selayang.
nie tunggu incikSuami datang kat lobi.
pukul 11 pagi dah sampai Selayang, sempat lah nak hadir majlis perpisahan Biha anjuran department.

gambar Biha berucap.
sedih Biha, yela tempat kerja pertama dia kan.
mestila sedih, walaupun gembira nak balik ke pangkal jalan (duduk dengan suami).

good luck Biha di tempat baru.
lepas nie Biha dok bawah Kementerian Pertahanan pula.
ada rzeki kita jumpa kat Perak ya.

linda kan tak sihat sangat, balik rumah, makan panadol.
ambik, lelap sampai pukul 4petang, terjaga baru teringat tak solat zohor lagi.
terkocoh kocoh la solatnya.

habis solat, pau bank kad incikSuami, nak beli barang basah.
keluar dengan 2 hero kat rumah tu.
abang Mu'az, abang Mueez..

ubat tekak gatal.
linda belanja coolblog lah untuk anak-anak dan diri sendiri.
Alhamdulillah.

till then, see ya.

Wednesday, August 13, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 21/25 :.

Assalamualaikum.



 2 gambar atas ni gegar.
Sayang betul.
Kenapa gegar?

Sebab anak dara sebelah nie,ambil gambar sambil tengok² ayah.
Ingat kan kenapa lah.
Sekali nampak ada air mengalir, boleh dia terkencing. 😂😂

Masalahnya, dia tak kabo pun nak kencing.
Tau² bocor.
Sepanjang jalan dia moody sendiri.
Nasib baru sampai, jadi kering sendiri lah jawabnya.
Sampai je rumah malam tu, Linda suruh mandi dulu, bukan tukar baju saja.

Till then, see ya.

Tuesday, August 12, 2025

.: LUNCH HARI NIE :.

Assalamualaikum.

Petang semalam, dah rasa selsema.
Balik rumah, incikSuami tegur "baru puasa sehari dah demam"..hahhaa.
Malam tadi, lepas Isyak, makan pil selsema, vit C sekali..terus ambil kedudukan, tidur.

Bangun pagi tadi, rasa tak sedap tekak.
Layan je lah, selagi boleh kerja, lagipun Linda tak kerja dalam aircond, so ok je.
Sampai pejabat, dok buat² kerja..lepas tu tak boleh tahan, telan la Panadol 2 biji.
Mula lah Aloq, tapi ikut juga staff konsesi buat pembaikan dekat asrama.

Tengah hari, perut dah menyanyi lapar, tapi malas nak keluar cari makan.
Tidur dulu la lunch hour tu, nanti baru fikir makan.
Dah bangun tidur, solat zohor.
Moh la kita order food panda .

Maka ber "family mart" la kita.

Tekak teringin nak hirup kuah tomyam panas², oden FM la penyelamat.

Kopi ais syatuu.
Nie ubat sakit tekak nama dia.

Lunch hari nie Oden + kopi ais.
Nasib baik lah dok sorang² dekat pejabat, makan lepas lunch hour pun ok je.
Janji ada je dalam pejabat.

Macam tau² je esok Linda nak cuti.
Harap² tak berpanjangan lah tak sihat nya ni.

Till then, see ya..

#tadi rasa dah publish lain, cek pula dekat HP lain pula keluar.jadi,menaip semula lah kita.

 

.: MAN OF THE HOUSE :.

Assalamualaikum 


Alhamdulillah...orang cakap linda cuci kaki je lepas kahwin, barang² asas rumah semua IncikSuami dah beli...
Tak mewah,cukup untuk kami sekeluarga..apa pun yang jadi sepanjang 13 tahun perkahwinan kami, biar jadi kenangan, pengajaran..moga² ikatan perkahwinan ini kekal untuk selamanya...can't say more..cukup lah awak tahu betapa sayangnya saya pada awak..


Till then, see ya.

Monday, August 11, 2025

.: PENGARUH KAK SA :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai lagi satu hari puasa ganti.
Ada lagi 2 hari, InsyaAllah.. bulan ni Linda akan habiskan juga..Semangat 
 
Juadah berbuka.
Nasi goreng, cucur tepung dengan teh tarik.

Cucur tepung terpengaruh dengan entry cucur tauhu kak SA.
Malas nak beli tahu,guna tepung gandum je, letak isi ketam juga, carrot, ubi kentang dan bawang.
Potong halus², campak je dalam tepung.
Letak telur sebiji, bancuh dengan air panas sikit, baru campur air biasa.

Biar sebati dulu dalam 15min, baru goreng.
Makan panas² memang sedap.
Alhamdulillah, habis cucur tepung nya.

Tanya abang Mu'az esok nak masak lauk apa.
Dia cakap ayam, memang hari² ayam je lah dekat rumah ni.
Nak ayam masak merah pula, malas betul nak bangun awal buat sambal tu.
Nak masak malam, lagi lah malas.
Tengok lah, esok jadi apa nanti ayam nya.

Till then, see ya.