lovvu Dobbu

Friday, January 31, 2025

.: BUNGALOW TWENTY10 @ KULIM,KEDAH :.

Assalamualaikum.

cerita bersambung dari SINI.
balik Taiping sebab nak bawak MIL ke family gathering belah incikSuami.
takdelah gathering sangat pun, awal lagi Wani (sepupu yang kat Peneng) gtaw hujung tahun nak bercuti healing2, nak cari homestay yang ada pool.
awal-awal tu, linda cakap tak folo, sebab bulan 12 ritu mcm tight sikit bajet.

tapi, perancangan Allah, lebih hebat dari kita manusia nie
so, here were are


sampai-sampai amik gambar incikSuami dulu.
sebelum kena buat kerja lain-lain.. hahaha
masa nie family mak teh, mak ngah. mak su dah sampai.
tak lama lepas kami sampai, family mak jang pulak sampai.

kan dah cakap.
amik tender kipas arang.
dah mula, memang sampai ke habis lah incikSuami.
maap lah, geng2 lelaki muda takde ramai.
yang ada pun pakcik-pakcik je.
takkan nak suruh pakcik pulak yang mengipas.. ye dak??

akhirnya, siap jugak makanan yang dibakar.
ada kambing perap pak mat western, ayam perap, udang, sosej.
masak nasi juga, laku semuanya. Alhamdulillah.

antara gambar yang sempat linda amik masa lepaks2 dekat tempat BBQ kat luar.
mula dari depan yang pakai kopiah, kebelakang kita buat pusingan U ye.
pak tam, mak teh, akim(sepupu), mak su, ayue(sepupu) dan pak ngah.

dalam seronok-seronok, tetiba mesin basuh nie takmo terbuka weyh.
kitaorang guna dryer nya, kunun-kunun nak keringkan baju lah lepas mandi pool.
dah la, berejam baru nak habis dry, lepas tu dah habis tu, terlock sendiri pulak.
jenuh lah sepupu ku nie buat macam-macam, tengok gugel, tengok Utube.
sekali owner homestay balas "owh, mesin tu memang auto lock kalau dia rase suhu tu panas sangat, nanti dia unlock sendiri kalau dia rase suhu dah turun sikit", untuk safety lah tu.
lega sikit dengar, igt dah rosak mesin basuh tu.
yelah, kiter kat rumah pakai mesin basuh semi auto je, mana nak reti yang canggih manggih nie. hahaha

ada juga gambar bebudak mandi pool.
seronok lah deme, mandi dari petang, bawak ke malam.
lepas tu esok pagi sebelum chekout repeat lagi.
pool indoor, lagi puas hati lah.
tak risau hujan ke apa.

sebelum chek out, bergambar dulu.
kenangan bercuti bersama family arwah Zainun untuk tahun 2024.

kak M dengan acik Qisya, sebaya Mu'az , tetap lah acik, sebab qisya nie sepupu incikSuami, anak mak su.

dedek main dengan kucing.
kucing nie kucing datang, tapi helok je nak kat orang.
agaknya kucing belaan jiran tetanga jugak kot.

eh, gambar berdua kena ada.
haisyh, moolatt je dah dedua nie. hahaha

wefie ramai-ramai depan cermin.

pakai timer pulak.
dekat luar.

Alhamdulillah, walaupun sekejap dan rushing.
sebab lepas chekout, linda hantar MIL balik Taiping.
keluarkan barang, masukkan barang balik.
terus balik Selayang pulak, sebab isnin tu dah stat sekolah.
memang jem weyh, jalan Kuala Selangor tu berchenta menunggu turn nak lepas traffic light.
nak masuk highway LATAR pun beratur tunggu turn.

homestay nie memang cozy lah.
ada 5 bilik tidur, 1 hall, 1 dining area, dapur pun besar juga, siap ada surau kecik.
cuma nya bathroom ada 2 je untuk rumah yang ada 5 bilik tu.
nak mandi memang kena take turn lah sikit.
excited punya pasal, lupa nak housetour dan takde ambil gambar deko-deko dalam rumah pun.

Bungalow Twenty 10,
 158, Jalan Nilam 2/4, 09000 Kulim, Kedah

eh, ada gambar tertinggal pulak.
nie family makteh kat peneng, anak dia wani lah yang selalu mencari-cari homestay nie.
dia lah yang selalu incharge bab penginapan.
tahun nie nak kawen dah dia.
rase masa linda baru kawen ngan incikSuami, dia tengah sekolah lagi.
sekejap je masa berlalu.

untuk info, incikSuami linda nie cucu sulung, jadinya memang sepupu -sepupu dia kecik lagi lah masa linda kahwin denan incikSuami 13 tahun dulu.

till then, see ya.


 

Thursday, January 30, 2025

.: BELI CAT RUMAH :.

Assalamualaikum 

Cerita sabtu minggu lepas.
Kan balik melaka tu. 

Beli cat dekat Sungai Udang. 
IncikSuami cakap kedai nie murah. 

Sampai kedai, staff bagi katalog warna. 
Udah pening nak milih warna. 

Kak M pun, dari warna pink. 
Tengok katalog, dia tukar warna pulak. 
Hahaha. 

Selesai memilih warna, dan ikot kesesuaian poket. 
Maka.... 

4 tong cat 7liter setiap tong telah dibeli. 
Semua warna lain lain. 
Harap cukup lah untuk cat 1 rumah nie. 

Total semua RM172. 
Staff tu bagi resit dan code warna sekali. 
Kabonya, kalau tak cukup cat nya, call dulu untuk tanya kan code warna tu ada stok tak. 
Betul juga kan.. 
Takde lah tiba2 sebelah merah terang, sebelah merah gelap. 😂😂

Isi semua dalam kereta, bawak balik Selayang. 
Cuti raya cina kita balik Seri Iskandar. 
Eh, hari nie dah cuti raya cina. 
Nanti linda share cemana rupa rumah yang dah cat ye. 

Till then, see ya. 

Wednesday, January 29, 2025

. : WORDLESS WEDNESDAY 3/25 :.

Assalamualaikum 


Linda kabo jalan tak jem kalau 7pg dah ada atas highway. 
Ini 10pg baru ada atas highway. 
Memang dah banyak kereta lah. 

Tapi takpelah, linda tak drive. 😆😆

Till then, see ya. 

.: KADIR'S CAFE @ ALOR GAJAH, MELAKA :.

Assalamualaikum

alang-alang ambil Linda dekat Tampin tu.
linda ajak incikSuami makan dekat Kadir's Cafe
kedai nie kat area Alor Gajah, jadi kalau sesaje dari Tangga batu tu, memang idak lah. hahaha

sebenarnya selalu terfikir incikSuami je, perut Melayu.
kena makan nasi, baru kena selera.
susah sikit nak ajak makan selain makanan melayu.

perbezaan guna Night mode dengan biasa
yang kembang cahaya tu biasa
yang macam sharp sikit tu Night Mode.

haaa..setelah 6 tahun guna telefon nie, baru tahu guna mode2 nie
nampak tak, telefon bukan priority linda.. hahaha
janji boleh dihubungi.
bukannya ada telefon canggih2 , tapi susah nak dihubungi..
ehhh, melalut pulak dah.

meh tengok menu apa yang kami order.

incikSuami punya pilihan

linda pilih yang nie je, sebab nak share dengan kak M punya makanan.
mushroom soup dia sekadar, boleh lah nak ditelan.
cair sikit.

dedek order ayam goreng

kak M punya Mac n Cheese

cheese dia puas hati juga.
makan panas-panas sedap.
dah sejuk, rase muak .

order 3 jenis air.
total semua sekali RM65.50

konon nak try ciken chop ke..ciken grill ke.
tapi kak M nak order Mac n Cheese tu, cnfrm tak habis.
jadi linda kena simpan perut utk share dengan Kak M.

ok lah, berjaya juga nak rasa makan dekat sini.
kalau orang melaka, memang femes lah dengan Kadir's Cafe nie.
makanan western dengan harga marhaen.

Kadir's Cafe
SP 46, Jalan Sungai Petai Permai 2 Utama, 
Taman Sungai Petai permai, 
78000 Alor Gajah, Melaka

till then, see ya.

Tuesday, January 28, 2025

.: TELEFON BARU ?? :.

Assalamualaikum

dari mana nak mula ye??
kikiki

contoh 1

 
contoh 2

contoh 3

harus lah pilihan hati Linda yang flip tu.
memang suka yang flip.
dulu zaman belajar memang pakai yang bawah nie

yang nie incikSuami belikan second hand punya
warna pink, tapi hilang dekat tandas. 😂😂

yang nie beli pakai duit PTPTN, masa nie memang takde telefon pun lagi.
mak ayah mana mampu nak belikan telefon.

nak jadikan cerita, sebelum suami pencen.
linda dah request kat dia, minta belanja telefon Samsung Z fold atau pun yang seangkatan dengannya lah.
nak yang lipat tu haa...
dia iyekan je.

tapi, linda pun tak kisah pun dapat ke tak, janji barang "bling" dah dapat.
kalau dapat, Alhamdulillah.
tak dapat pun ok je.
not my priority lah kiranya.

semalam, incikSuami tanya "nak telefon oppo tak?"
yang linda nie "yang lipat eh?"
incikSuami terus ketawa "tak dapek lah yang lipat, semua 2k lebih..hahhaa"
lawan tokey katanya.

hahaha..kuciwa ku dengar.
last-last linda cakap lah, tak nak lah telefon, belanja laptop baru lah.
sebab nak on going project photobook kan.
ada beli laptop mini tu, tapi, macam tak yakin je nak install apps photobook tu.
takot berat jadi heng.

jadi, incikSuami cakap, ganti Tablet lah.
nanti dia tengok-tengok kan Ram yang besar dan Gb yang besar.
Alhamdulillah, semoga maken murah rezeki incikSuami.

melepas lah telefon lipat ... hahaha

till then, see ya.

Monday, January 27, 2025

.: SALAM ISRAK MIKRAJ :.

Assalamualaikum



Israk dan Mikraj mewakili kedua-dua bahagian perjalanan nabi. Israk adalah sebahagian daripada perjalanan nabi Muhammad s.a.w , yang di ambil dari Mekah ke Jerusalem selepas Jibrail datang kepadanya dengan Buraq, iaitu kuda para nabi. Menggunakan Buraq, nabi Muhammad menunggangnya ke masjid paling jauh di Jurusalem di mana dia mengikat kuda di Gunung Tokong dan berdoa. Di sinilah Jibrail membawa arak, air dan susu, meminta nabi Muhammad untuk memilih salah satu sebagai ujian. Jibrail memberitahu beliau bahawa pilihannya susu menandakan bahawa nabi Muhammad memilih berdasarkan naluri semula jadi.

Mikraj adalah peringkat kedua perjalanan nabi Muhammad di mana dia menunggang Buraq melalui tujuh peringkat syurga dan berdialog dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Yusuf dan Nabi Isa. Pada langit ketujuh, Nabi Muhammad dibawa ke pokok suci yang yang tidak dapat di lepasi oleh malaikat Jibrail .

Di sinilah Allah berfirman kepada nabi Muhammad bahawa umat Islam mesti menunaikan solat 50 kali setiap hari, tetapi Musa mencadangkan beliau menjelaskan bagaimana perkara itu sukar bagi sesetengah orang. Allah s.w.t kemudian mengurangkannya kepada lima kali sehari. Perjalanan Malam secara ringkas disebut dalam al-Quran, tetapi butiran cerita terdapat di dalam hadis tambahan berkaitan kehidupan Nabi Muhammad.

kredit to PublicHolidayspage


banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari peristiwa Israk mikraj nie.

semoga yang baik-baik untuk diri kita dan umat islam semuanya.


til then, see ya.

Saturday, January 25, 2025

.: NAIK TRAIN KE TAMPIN :.

Assalamualaikum 

Petang semalam, lepaa balik kerja, terus p stesen KTM batu caves. 
Naseb baik sempat naik train yang 5.35pm punya. 
Kalau tak, nunggu lah pukul 6pm pulak. 

Sekarang tiket mcm gini je. 
Scan lah dekat mesin scanner dia. 
Naseb baik senang nak beli dekat mesin kiosk dia. 
Linda naik train straight dari Batu Caves ke Pulau Sebang/Tampin. 

Siap download apps, konon nak beli sesiap. 
Setelah berwasap wasap dengan blogger Ammi. 
Sebab dia pengguna tegar KTM jugak kan. 
Linda dah setahun lebih gak tak naik KTM nie. 
Tapi, tak dapat nak beli kat apps.. 
Dok loading je tang pembayaran. 
Kena perbaiki lagi nie. Hahaha. 

Semalam tak ramai sangat dalam train. 
Ramai dah cuti agaknya. 

Tak ramai yang turun Tampin. 
Kosong dah seat nie.. 
Area nie, ada linda sorang je. 

Sampai tak nyala lah lampu station tu. 
Yang dalam bulatan tu. 

Sejuk yakmat dalam train, lupa nak grab shawl dekat ofis. 
Terus selsema haa, jadi hari nie, tak berapa nak sihat sangat lah. 
Tapi, ok je.. Alhamdulillah. 

Dalam 8.30pm sampai lah destinasi. 
Tunggu lah incikSuami sekejap. 
Lapar weyh. 

Till then, see ya. 

Friday, January 24, 2025

. : HARI JUMAAT :.

Assalamualaikum 

PH komen semalam suruh wefie ngan Izzah pakai tudung baru. 

Sempat lah wefie bersama. 
Matchy2 lah dengan warna uniform kan? 
Nie amik gambar dekat admin. 
Pagi tadi ada bacaan Yassin dan makan2 sekali. 
Linda ngan izzah share duit, order karipap. 

Atas meja makanan. 
Mana yang sempat je amik gambar. 

Yang Linda amik. 
Alhamdulillah, kenyang untuk pagi. 
Tengah hari tapau.. Hihihi. 
Sedap bengkang ubi tu.. 
Len kali nak order lah. 

Nie dalam train nak balik Melaka. 
Lapar lah pulak.. Hahaha. 

Till then, see ya. 

. : AKTIVITI SEMALAM :.

Assalamualaikum 

Semalam balik kerja, terpaksa melencong sekejap. 
Naik motorsikal lah. 
Seb baik lah pandai macam-macam.. Eh, terpuji diri sendiri pulak.. 😂😂

Kisah nya, kena pos semula barang incikSuami nie. 
Naseb baik dia boleh buat dari jauh je,linda tinggal drop je kat JnT. 

Naik tenggiling (nama motorsikal nie) lah. 
Dah beli, tak suka pulak. 
Suami siapa ntah.  🙄🙄

Kelebihan bawak si tenggiling nie. 
Senang nak selit parking. 
Haa, linda parking je belakang kete nie. 
Tak jauh pun JnT nie.. 
Belakang Suka Dessert je. 

Setel kat JnT. 

Ke sini pulak. 
😏😏 Isteri jugak kena isi minyak. 
RM 5 cukup lah.. Hahaha. 

Alang-alang dah kat luar nie, lajak lah p Selayang Mall jap. 

Tiba-tiba termasuk kedai oren. 
Eh, mesti semua tau kedai oren tu kedai apa. 
Beli apa je kat kedai oren? 

Tengok lipstick nie comel je. 
Diskaun 50%, amik lah satu.
Ada warna yang dah berkenan. 

Lepas tu beli hair serum Kundal nie. 
Linda suka pakai nie, anak-anak pun pakai nie. 
Boleh lah harga RM20 tu. 
Selalu linda beli time sales yang harga RM15 je.. Hihihi. 
Nie terpaksa lah beli, kat rumah nak habis dah, stok takde. 

Emm, nak tapau apa pulak nak makan. 
Nak order, nak tunggu malas. 

Jadi, singgah SR, beli carrot cake 1 slice. 
Yummeh. 

 Balik rumah, masak megi ayam pedas versi suka hati. 
Alhamdulillah, igt boleh tido awal. 
Tapi, tetap tido pukul 12..hurmm..

Till then, see ya. 

Thursday, January 23, 2025

.: TUDUNG BARU :.

Assalamualaikum.. 

Rasenya macam dah lama puasa tak beli tudung. 
Tahun lepas last beli tudung kat SINI..
selalu sebulan sekali mesti beli tudung. 😂😂

Malam semalam rajen scroll IG, macam dah lama juga tak buka IG.. 
Nampak jenama tudung HijabSoul. 

Maka, tersampai lah 4 helai tudung nie. 
Beli yang AS-IS je.. 
boleh pilih ikot bidang yang suka.
ada bidang 45, ada bidang 50.
Alaa.. Kalau yang tahu, untuk clearance stok, macam tudung yang ada defect sikit. 
Tapi, tak nampak pun defect dia dekat mana. 

Warna pink juga linda ambil. 
ada gambar wau lah, dalam katalog tak perasan pulak.
Nak match dengan uniform pink lah. 
Yang nie RM8 je. 
Linda beli 2 helai, bagi dekat patner sorang lagi tu, Izzah. 

Yang nie RM10
Sebab tak banyak tudung based warna mcm nie. 
Corak pun simple je. 

Sebenarnya berkenan dengan tudung yang bersulam nie.. 
RM20. 
Kalau shawl RM10. 
Tak reti sangat pakai shawl, jadi amik bawal je. Hihihi.. 

Total inc postage. 
RM56.50.
Order semalam, hari nie dah sampai.. 
Cepatnya. 

Esok boleh lah pakai tudung baru tu sama-sama dengan Izzah. 
Baru lah sedondon gitu. Hihihi.

Till then, see ya. 

Wednesday, January 22, 2025

. : MENU DINNER :.

Assalamualaikum 

Gara-gara tengok status wasap membe. 
Balik kerja, terus p mini mart cari udang ngan sotong. 
Maka terhasil lah menu dinner hari nie.
Jarang linda masak dinner nie. 

Lebih kurang paprik lah.. 😆😆
Kebetulan dalam peti ais memang dah ada putik jagung dengan lobak. 
Memang on lah. 

Makan pulak dengan nasi panas + telur dadar. 
Lagi lah bertambah tambah. 
Lapar terus rase. 
Tapi, memang tak makan nasi lagi hari nie. 
Tengah hari tadi beli mee celup je. 

Nak jadikan cerita lagi. 
Dok sorang je kat rumah, gigih memasak. 😂
Abang Mu'az dengan abang Mueez dah seminggu duduk kat kampung. 
Kak M, dedek, incikSuami balik Melaka jap tengah hari tadi. 
Diorang stay sana je lah, linda jumaat kang naik KTM lah sampai Pulau Sebang nuh. 

Jadi, sorang sorang lah kat rumah sampai Jumaat nanti. 

Till then, see ya. 

. : WORDLESS WEDNESDAY 2/25 :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah... 
Cek HRMIS status permohonan dah bertukar "dalam tindakan urusetia"
Maknanye, permohonan dah diangkat ke putrajaya dan nama masuk dalam list meeting. 

Mohon doa rakan2 blogger semua, supaya linda dapat bertukar ke tempat yang dimohon.
Mana tahu, berkat doa kalian, ada rezeki linda bertukar. Amin. 

Owh, linda takde up ye.. 24.12.2024 lepas, linda ada buat permohonan tukar. Alhamdulillah pakai HRMIS sekarang nie, senang nak track progress tukar kita. 

Till then, see ya.