lovvu Dobbu

Thursday, January 2, 2025

.: 1/365 @ NILAI 3, NEGERI 9 :.

Assalamualaikum 

Public Holiday semalam ke mana? 
Ada juga negeri yang tak cuti kan? 

linda ikot je incikSuami bawak g mana
maka tersampailah kita

besar kawasan sekolah kat nilai nie
puas hati, bangunan pun nampak baru je

sampai tempat yang dituju.
ada pulak orang yang dikenali.hahaha

geng askar incikSuami jugak lah.
sama-sama pencen.
boleh pulak jumpa dekat kedai.

g kedai mana nie??
meh nak belanja cuci mata.
mesti tahu lah kedai apa

warna putih pun lawa

macam-macam pilihan.
konon-konon pergi sebab dekat TT ada beritahu promo RM899/item
sekali g tengok yang harga tu, alahai nipis je..
kalau terhentak, memang pecah lah.

last-last, belek punya belek.
RM1740 siap pasang.

eh, comel je 3 beradik nie.
murah pulak tu.
dok berkira-kira dengan incikSuami nak amik ke tak.
tapi, kami bukan kaki travel pun.
jadi tak amik lah.

masa staff tengah siapkan roofbox tu, ada jumpa defect dekat body.
defect tersagat lah sikit.
staff kata kalau nak proceed dia diskaun RM100.
Linda tak tercakap pulak, kalau amik harga biasa, tapi luggage 3 beradik tu bagi free..
bertuah lah dia nak bagi kan..hahaha

last-last kitorang mintak yang baru je lah.
sebab dapat hari sama jugak, dalam 1/2 jam gitu lah

dah siap pasang.
bergaya lah babyRuz lepas nie

nie staff t ajar cara-cara nak handling dia.
roofbox ni boleh buka kiri kanan.
linda pun tak tau lah canggih ke tak tu.
hahaha.
incikSuami bagi jugak kunci roofbox tu dekat kunci spare kete yang linda pegang.
dia cakap kot2 nak guna roofbox ke.
eh, memang tak kuasa lah daku.
dah la tinggi, kita campak semua belakang montot kete je lah.

eh, macam biasa lah.
roofbox nie jenama TAKA lah yang femes skang nie
waze je TAKA , nilai 3, jumpa lah.

alang-alang dah sampai Nilai kan.
kita p lah masuk kedai-kedai.
dapat jugak lah karpet selai, tudung kak M 3helai, tudung ibu selai.

dedek dapat kawan baru.
RM18 ayah dia cakap.
ok lah tu.

till then, see ya

 

30 comments:

  1. roof box ni sesuai utk those yg suka gi camping laaa..sesuai utk linda! ari tu my adik ada psg jugak (konon brg byk time travel/balik kg), then lps tu mcm under utilised dan pyh nak masuk parking kat mall etc, so dia dh setel let go her roof box tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Kitaorang nie, Insya-Allah fully utilised... Sebab anak2 tengah membesar..selalu kena tutup 1 seat, baru puas hati nak letak barang2..

      Delete
  2. Kitalah tu antara yg kerja semalam, hihi. Kawan baru dedek tu hesmes la.

    ReplyDelete
  3. Wah...baby Ruz dah lawo dah....amboi dedek dapat kawan baru mata x nak pandang kamera ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Dia heret lah kemana pun malam tadi... Kita tengok hari nie pulak.. Dia heret lg ke tak

      Delete
  4. Wahhh..Jauh gi letak roofbox..Tapi kalo jauh beza price dgn dkt KL mmg berbaloi gi jauh2 pun =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal price.. Kita tak tahu lah nieza.. Hahaha... Sebab itu under bajet incikSuami...

      Delete
  5. Boleh road trip selalu ni... Rugi pasang roofbox tak isi penuh² bawa jalan² ahak!
    Tak sah la gi Nilai tak menilai karpet ye 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab karpet tu, linda tak nak beli pun...sebab sejenis yang tak suka sangat karpet..hahaha..
      tp, husband kata beli lah 1, nak letak dekat rumah yang baru nak diduduki...dah alang2 karpet, ku pau dia langsir sekali.. hahaha

      Delete
  6. Replies
    1. syok nya..ikot linda nak dok rmah je...cuti sehari, penat berjalan...tapi, ini je masa yang ada,,hari sabtu kang ada hal lain pula

      Delete
  7. Selamat tahun baru 2025. Semoga sehat selalu dan dilancarkan semua urusannya. Semangat!

    ReplyDelete
  8. Wah, kawan baru tahun baru ke dedek? dh ada roofbox tu jauh ler jalannya cuti sekolah nnt.. x lama lg tu ujg bln ni.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Waahh roofbox utk kereta saya brand TAKA juga dan Alhamdulillah memang tahan lama dan tahan lasak. Saya bukan jenis suka pergi camping tapi kitorang sejenis suka bawa barang2 besar. Lepas tu anak2 jenis suka baring atas tilam dalam kereta so barang2 bolehla masuk dalam roofbox. Mula2 ingat nak sewa je roofbox ni tapi bila fikir2 balik, berbaloi lagi beli terus sebab memang betul2 pakai dan heavy usage. Hihihi panjang plak mbebel. Selamat Tahun Baru 2025 Linda and famili =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, boleh sewa eh? Tak tau lah pulak.. Tapi, still tapak kena pasang lah kan..? Itulah, anak2 linda pulak tengah membesar.. Ada roofbox senang sikit nak campak2 barang.. Hihihi

      Delete
  10. ammi punya roofbox haritu termasuk bracket kaki tu RM1145 kalau tak silap. setakat ni baru sekali je isi barang kat dalam tu masa gi camping haritu tapi banyak jugaklah boleh masuk dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bracket kaki pun harga lain2 ikot jenis bumbung kete kan.. Eh, entah lah... Bukan duit linda, tu yg tak amik port sgt.. Hahaha.. Jnji bahagian kita dah dapat..

      Delete
  11. Bagus juga minta yang baru, tak payah pening fikir defect walaupun ada diskaun. Untung dapat ganti cepat, tak semua tempat boleh buat macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mula2 mikir.. Sebab staff cakap kena tunggu stok.. Lambat sikit dia gitau, dalam 1/2jam je lambat... Lahh.. Yang kita igt berhari2.. Malas nk datang balik je... Takat 1/2jam,boleh je tunggu.

      Delete
  12. aritu tgk ada blogger share psl roofbox juga...kalini linda plak...sesuai la utk isi lebih brg2 kn...nk2 yg suka camping slalunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang linda nampak Ammi share psg roofbox nie..hihihi...
      a ah kak, anak2 tgh membesar, banyak barang nak bawak...lagipun jenis family besar kan

      Delete
  13. Kami pergi Pertama Complex dan Alamanda masa tahun baru. Tak sangka kan....dah masuk tahun 2025 dah.

    ReplyDelete