Assalamualaikum..
Meh linda nak sambung kisah cuti sekolah tahun lepas nie.. Hihihi
Jumaat, 27.12.2024.. Dalam 8.30pg tu siap2 untuk gerak balik Taiping pulak.
Last minit, linda baru tahu incikSuami nak folo family belah dia p bercuti.
Anak-anak awal dah tahu, patot lah takde yang bunyi nak folo wak mas dia balik kampung hari tu.
Dah ada plan rupanya.. Hahaha.
Wefie dulu ngan kak M.
Cermin besar nie pun, dok mikir nak balut camne kang.. Hahaha..
Sebelum gerak.
Request ngan incikSuami nak sarapan dekat Teh Madu Bard.
Area tahfiz, dekat higway AMJ, sebelum Stadium Hang Jebat (hala ke ayer keroh).
Tak dah kaw macam dulu2.
Tapi, ok je..lama dah tak makan dekat sini.
Pilihan makanan macam2 ada.
Paling femes, nasi ayam gunting lah.
Setel breakfast, kitorang pun gerak lah balik Taiping.
IncikSuami kata nak lalu highway je.
Selalu kitorg balik ikot Kuala Selangor.
So, ikot je lah highway.
Nie lah apartment yang viral tu kan?
Bebetul tepi highway dengkil nie haa..
Lepas tu, parking kete kemain jauh lagi.
Yang linda nie dok fikir, diorang nie lalu mana eh nak balik rumah tu.
Lepas tu, berenti dekat RnR RTC Simpang Pulai.
Area nak ke Utara, itulah antara yang beso dan banyak parking.
Boleh sekali masuk Mydin.
Traffic hari tu ok je, takde lah jem sangat.
Sebab hari jumaat dan waktu pejabt kan.
Nak gerak semula tu, minta dedek amikkan gambar ibu ayah, sebab pakai baju sama hari tu..
Nohh, dedek crop siap2 gambar ayah.. Hahaha
Gambar lawa dah dedek oiii.
Nie minta kak M pulak amik gambar dari dalam kete.
Dan macam biasa lah..
Ibu ayah tak boleh amik gambar berdua, mesti ada yang ketiga. 😂😂
Kalut je depe nie.
Nie view lepas keluar terowong Menora.
Subhanallah, cantiknya.
Alhamdulillah, dalam pukul 5pm sampai lah Taiping.
Hujan mengiringi kami ke Taiping.
Sikit je lagi nak habis cerita cuti sekolah tahun lepas..
Till then, see ya.
Cermin tu besar Linda...balut dulu dengan bubble wrap tak....
ReplyDelete