Assalamualaikum
Semalam ada program laluan kerjaya katanya..
Tapi, rasenya lebih kepada nak sambut pelajar2 tahun 6.
Sek lain buat majlis konvo bagai kan.
Sekolah anak buat kat sekolah je..
Anak-anak tahun 6 dan cikgu2 yang terlibat.
Jadi sebab kena ada kertas kerja, untuk jamuan makan bagai..
Kena lah ada nama program, tu yang jadi Program Laluan Kerjaya.
Tema nya - baju pekerjaan lah..
Naseb baik cuti hari tu dan balik rumah Melaka.
Kita rembat lah baju no 3 ayah nya..
Siap dah ada pangkat tu..
2 calit = koperal, pun boleh lah.
Janji beret maroon.. Hihihi
Aksesori semua ayah punya..
Yang dia dah letgo ada juga.
Nie tinggal buat kenangan je.
Linda sumbang puding caramel jelah.
Itu pun berchenta nak buat. Hihihi.
Abang Mu'az yang request, kita ikot je lah.
Nie jelah gambar yang linda share daripada wassap group kelas.
Penat nak boh sticker kat muka anak orang.. Hihihi.
Abang Mu'az memang pakai mask g sekolah. Tak tahu lah kenapa.. Hahaha
Sampai ke perjumpaan ibu bapa, cikgu yang risau, takot abang Mu'az jadi low self esteem.
Tapi, keluar elok je tak pakai mask pun.
Rezeki abang Mu'az lah, dapat hadiah utama pakaian mengikut tema.
Tapi, tulah.. Takde amik gambar betul2 sikit.
Seluar tu pun, malam semalam nya baru cari dekat hari hari, lepas tu kena potong sikit dan kelim jahit tangan je..
Malas nak buka mesin.
Nie lah hadiahnya.
1 set nie..
Alhamdulillah, rezeki lah tu.
Nie gambar malam sebelum tu.
Suruh pakai siap2, senang ayah nya nak pasang kan aksesori..
Ibu malas nk cara dah.
Macam tangan sotong. Hahaha..
Siang nya p nilai, lepas maghrib kalut nak p hari hari pulak.
Dengan dok buat puding caramel lagi.
2 minggu lagi jamuan sekolah kafa.
Abang Mueez dah mintak nak buat jelly ball pulak.. Ajeeee....
Till then, see ya.
Macam-macam program yer sekarang ni utk raikan anak-anak tahun 6 sebelum ke alam menengah pula.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki anak2 sekarang..kita dulu jamuan raya jelah.. Itupun bawak kuih raya sorang sebekas.. Hihihi
DeleteBetul tu, biasanya program sebegini lebih kepada menghargai usaha pelajar tahun 6 dan guru. Kreatif juga tema baju pekerjaan tu, sekurang-kurangnya beri pendedahan awal tentang kerjaya.
ReplyDeleteItulah... Siapa nak pakai baju kerjaya.. Boleh.. Kalau tak nak pun, boleh pakai baju biasa, asalkan sopan...
DeleteYe la kan? Baju seragam cam tu memang ada aksesori!
ReplyDeleteAksesori pun dah puluh2 ringgit... Hahaha
DeleteHuntung bebudak th 6 sekarang takde UPSR
ReplyDeleteIbu dia yang stress tengok diorg rileks je... Hahaha
DeleteBila jamuan kelas selalunya akak beli air vitagen. Hehehe....takde masak apa2.
ReplyDeleteItulah.. Senang kan... Kdg2 bawak air kotak je
Deletebanyak sangat emak nak kena prepare plus semua kena handle sesorang, tiap kali jamuan Arrizqi suka bawa diri sendiri je.
ReplyDeleteSelalu dia tak bawak pape pun.. Hihihi.. Tiba2 dia cakap nak bawak puding karamel.. Layan je lah
DeleteSekolah anak Cie 14/1 nanti konvo buat kat luar. Jemput ibu bapa juga. Sama size pulak dengan ayahnya ye boleh pakai baju ayah.
ReplyDeleteBaju zaman ayah takde perut tu.. Hihihi.. Baju koperal tu dah 5,6 tahun lepas.. Ank bujang tu, badan sado gak.. Hahaha
DeleteBerbaloilah dapat hadiah utama. Memang baju betul siap pangkat semua. Beret ungu tu memang ngam. Hadiah pun ngam dan berbaloi untuk budak lelaki tu.
ReplyDeleteBeret maroon.. Hihihi..
DeleteBaju ayahnya memang dh siap aksesori semua... Senang
Pandai cikgu pilih hadiah utk anak nak remaja ni. Rajin2lah pakai ye kalau tak karang kepammm je bau tiak huhu.
ReplyDeleteMak2 mmg gitu slalu jadi sotong kat rumah. Ayah2 relax je silang kaki tengok bola
Ayah kat rumah nie tak reti tengok bola.. Dia tengok live kat tiktok... Hahaha
DeleteSeronok anak2 yer..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah... Diorg kalau tang tak belajar, memang seronok... Hahaha
Delete