lovvu Dobbu

Friday, January 24, 2025

. : AKTIVITI SEMALAM :.

Assalamualaikum 

Semalam balik kerja, terpaksa melencong sekejap. 
Naik motorsikal lah. 
Seb baik lah pandai macam-macam.. Eh, terpuji diri sendiri pulak.. 😂😂

Kisah nya, kena pos semula barang incikSuami nie. 
Naseb baik dia boleh buat dari jauh je,linda tinggal drop je kat JnT. 

Naik tenggiling (nama motorsikal nie) lah. 
Dah beli, tak suka pulak. 
Suami siapa ntah.  🙄🙄

Kelebihan bawak si tenggiling nie. 
Senang nak selit parking. 
Haa, linda parking je belakang kete nie. 
Tak jauh pun JnT nie.. 
Belakang Suka Dessert je. 

Setel kat JnT. 

Ke sini pulak. 
😏😏 Isteri jugak kena isi minyak. 
RM 5 cukup lah.. Hahaha. 

Alang-alang dah kat luar nie, lajak lah p Selayang Mall jap. 

Tiba-tiba termasuk kedai oren. 
Eh, mesti semua tau kedai oren tu kedai apa. 
Beli apa je kat kedai oren? 

Tengok lipstick nie comel je. 
Diskaun 50%, amik lah satu.
Ada warna yang dah berkenan. 

Lepas tu beli hair serum Kundal nie. 
Linda suka pakai nie, anak-anak pun pakai nie. 
Boleh lah harga RM20 tu. 
Selalu linda beli time sales yang harga RM15 je.. Hihihi. 
Nie terpaksa lah beli, kat rumah nak habis dah, stok takde. 

Emm, nak tapau apa pulak nak makan. 
Nak order, nak tunggu malas. 

Jadi, singgah SR, beli carrot cake 1 slice. 
Yummeh. 

 Balik rumah, masak megi ayam pedas versi suka hati. 
Alhamdulillah, igt boleh tido awal. 
Tapi, tetap tido pukul 12..hurmm..

Till then, see ya. 

20 comments:

  1. bila dah menyimpang tu, singgah la mana2 yg patut kannn

    ReplyDelete
  2. Sy berani bawak motor dr rumah ke LRT & AEON Big je..Jauh2 x berani..Ketar lutut...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda pun bawak area selayang nie je.. Kalau hala KL pun tak berani jugak.. Sini lain macam pengguna jalan raya dia dengan kat Melaka... Kat Melaka dulu, g kerja naik motor je..

      Delete
  3. Kalau ke tempat sesak bawak motor pilihan terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Tapi kat KL nie seram hnak bawak motor

      Delete
  4. hebat linda boleh bawa motor..saya bonceng belakang pun rasa macam nak luruh jantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Boleh bawa motor, kereta, basikal... Kereta manual kena prektis lagi... Sebab dah biasa auto.. Hahaha

      Delete
  5. Hair serum Kundal tu functionnya apa kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm.. Kasi shining rambut kot.. Ehh.. Ntahlah cuya.. Hahaha.. Kak linda suka, sebab dia macam minyak rambut(perapi rambut ganti Sunsilk), lepas tu dia wangi.. Lepas tu, walaupun kak linda ckap mcm minyak rambut, tak berminyak sgt pun..

      Delete
  6. kedai oren tu mmg bahaya
    masuk berlenggang
    keluar penuh tgn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. naseb baik boleh kawal...keluar bawak 2 barang je.. hahaha

      Delete
  7. Lucunya nama motor tuh kak 😂. Tapi memang kalo size kecil, mudah nak bawa dan yg terpenting mudah parkir 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah nama timangannya...kikiki
      mudah nak parkir tu yang seronok, kalau naik kereta, tak jadi berhenti..lansung pulang aja

      Delete
  8. Carrot cake SR tu pun akak suka. Asbabnya ada kawan memperkenalkan. Bila rasa eh sedap la. Akak tak reti naik motosikal. Ambik lesen kereta je. Nak bonceng motosikal pun akak takut. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Kena tekak kan carrot cake SR tu..
      Ala, tak boleh ride ngan suami lah mcm nie..

      Delete