lovvu Dobbu

Thursday, January 9, 2025

.: KISAH TAHUN LEPAS :.

Assalamualaikum..

weyh, dok pulun lagi entry tahun 2024 punya
tapi, oklah. awal-awal tahun nie takde modal lagi.hihihi

backdated cerita, 14.12.2024, menyantuni jemputan rakan sekerja ke majlis perkahwinan beliau.
area kampung batu muda, KL.

linda amik kuih muih je.
sebelum datang tu, dah makan megi goreng dekat rumah.

selamat pengantin baru Linn.
maaf lah terlambat update.
semoga bahgia selalu, Aamin.

selesai majlis kenduri, ikot tentatif incikSuami pulak.

ke sini kita, DRAGX.
kedai aksesori kereta nie.
rezeki babyRuz nie.
banyak upgrade.

tapi, lama weyh dok nunggu.
anak 4 dah jemu.
linda pun jemu.
dengan panas nya.

last-last, decide nak berjalan je ke Giant Batu Caves tu.
kedai aksesori tu sebaris je dengan stesen minyak petronas, shell tu.

merasa lah anak 4 nie berjalan kaki.
dulu, ibu dia berjalan kaki ke sekolah.
lagi jauh dari yang diorang berjalan nie.

kalau balik tengah hari, kejo awan redup kat depan.
kenangan betul.

masuk Giant, beli barang basah sikit.
lepas tu lepak dekat foodcourt, belah luar.
ramai juga orang hari tu.

tengah lepak-lepak tu.
tiba-tiba abang Mueez beritahu sesuatu.
dan ini lah yang abang Mueez beritahu tu.

Ajak Shiro
bergambar dengan retis kome..hihihi
dalam blog PH ada cakap yang Ajak ada kedai makan dekat Giant nie.
eh, linda pun tak perasan.hihihi
selalu makan dekat foodcourt je.

dekat sejam gak menunggu incikSuami.
baru sampai foodcourt.
eh, kiranya 2 jam jugak lah dok kat kedai aksesori tu.
apa yang dibuat nya??

pasang android player rupanya.
patot lah lama beno.

baru lah dengar lagu dekat U tube macam nie.hihihi
tak payah nak bluetoth ngan henset lagi.

till then, see ya.

10 comments:

  1. giant bt caves dh nak tutup dahhh 12 jan ni last day beroperasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, memang tau diorang buat moving out sales..tapi tak tau exact tarikh nya...sekarang beli barang basah hala ke lotus Rawang je...senang sikit.

      Delete
  2. Dah lama x dtg sini...Dah nak tutup rupanya

    ReplyDelete
  3. untung dpt bergambar dgn retis ajak shiro... alhamdulillah banyak dah di upgrade babyaruz tu .. nanti share lah apa yg semua di update tu..kot blh tiru ke hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      upgrade android player dengan roofbox je pun

      https://rizzlinn.blogspot.com/2025/01/1365-nilai-3-negeri-9.html

      Delete
  4. ha ah...
    ajak ada dua resto laa ni
    satu dlm giant tu
    dan 1 lg dlm pasar seni
    kalau tak silap yg pasar seni tu ebby yus yg uruskan...ajak hadiahkan resto tu kat dia...kalau tak silap laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. Gitu kesah nya.. Nie giant nak tutup, cmne pulak citernya

      Delete
  5. kereta ammi si "jennifer" tu..radionya kejap hidup kejap mati. tapi ntahlah bila nak tukar...mcm sayang pulak duit nak tukar radio baru huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau linda, memang kena baiki @ tukar baru...sebab kalau linda bawak kete, memang kena ada halwa telinga..kalau dak, ke laut nanti

      Delete