lovvu Dobbu

Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Tuesday, June 3, 2025

.: SESI MEMUNGGAH BARANG :.

Assalamualaikum. 

Sambung kisah perjalanan kita, dari Melaka ke Tronoh. 
Sabtu, 31.05.2025 - sempat lagi kemas2 rumah last minute orang kata. 
Ada jugak 3,4 plastik hitam yang dibuang. 

Sempat juga, jiran tangga atas, Thirah mai melawat linda last minit nie. 
Dok kenal dia masa dia warded anak sulung(dah 5tahun umur anak nya) kat hospital Melaka, sebab kerja sebelah Hospital je.. 
Selalunya, kalau ada wife2 yang berkampung kat spital, seboleh boleh nya linda p melawat. 
Bukan nak tunjuk baik, sekadar bersembang2, sedih ooo dok dalam wad. 

Rumah dah kosong. 
Dari 2015 duduk dekat rumah nie. 
Masa tu dok mengandung ke kak M. 

Kalau dari Melaka, dah sampai sini kira half way dah lah. 
Ingatkan dalam pukul  2 lebih gitu boleh sampai. 
Rupanya tidak, jalan jem gilak hala Utara, last last kuar exit Bidor, lalu jalan dalam je. 
Ngam ngam azan asar sampai rumah. 
Trak tak sampai lagi, sebab dia kena masuk Tapah dulu, isi minyak 3 tan. 
Naseb baik dapat perjalanan 2 hari, so takde lah deme rushing. 
Tapi ikot SOP memang trak 3tan tak boleh jalan malam. 

Alhamdulillah, dalam 5.30 petang macam tu, trak pun sampai rumah.
turunkan barang tak sampai 30min oun, dah siap semua turun.
masa nak naikkan barang hari tu, sejam juga baru siap.

selesai turunkan barang-barang, jamu lah goreng pisang, kuih-kuih buat minum petang.
tanda penghargaan tolong angkat barang semua. terima kasih banyak-banyak telah membantu.


last penghargaan, incikSuami bagi lah goodies sikit dekat geng-geng Fitik, pemandu, JLJ sekali.
semua sekali ada 7 anggota.
bila long distance, memang kena ada 2 orang pemandu, sorang JLJ(bahagian kenderaan), incas sorang (pengkat Sarjan lah selalunya), dan baki 3 orang budak-budak fitik.
owh JLJ tu singkatan untuk KJLJD = Kor Jurutera Letrik dan Jurutera Diraja

nie lah team yang membantu.

akhirnya, selamat sampai juga barang ke rumah Tronoh.

eh, ada Mukhlis Senior lah.
incikSuami cakap 5,6 tahun lepas masa Mukhlis nie lapor diri dekat 17 Melayu, suami dah tegur dia, yang nama sama dengan anak. hihihi.

mula lah pening nak kemas barang macam mana

dalam bilik pun ada

dekat area dining hall

dekat area hall

tapi, tak tau kenapa muka dia nie tak puas hati. 😂😂
barang dah siap angkut kot.
dah temamg je, tak payah pikir.
yang nak pikir sekarang, barang dekat Selayang nie yang dah penuh 1 rumah.
incikSuami lah, sikit-sikit dia penuh kan.
eh, stres kita.
memang kena order lalamove nanti bila nak pindah nie.

barang-barang tu, yang diwrap semua dah dibuka, susun sikit-sikit.
nanti len kali kena repeat lagi ke sini, untuk kemas betul-betul.

till then, see ya.
 

Saturday, May 31, 2025

.: SESI MENGANGKAT BARANG :.

Assalamualaikum. 

Awas, entry mungkin panjang sikit. 

Untuk jawapan entry Jumaat lepas, sis Aini sorang je betul betul confirm linda pergi Melaka. 
So, here we go. 

Pengkalan Balak, Melaka. 

Tapi, bukan p bercuti ya.. 
Alhamdulillah, dah dapat trak 3 tan untuk kita angkat barang pindah.
Antara gambar yang sempat di ambil. 

Sebahagian barang di bahagian dapur.   

Kotak-kotak yang ada.

Dalam 3.30 petang macam tu, 3 tan pun sampai.

Akhirnya, dapat juga slot untuk angkut barang.
Selesai 1 part nie, lega dah.

Bermula proses memenuhkan 3 tan.

Hampir penuh dah.
Risau lah tak muat.

Alhamdulillah, selesai semua barang masuk dalam 3 tan.
Muat juga, siap ada ruang lagi untuk budak-budak fitik (yang tolong angkat barang)
Hari nie, baru 3 tan golek tayar ke Tronoh.

Sempat lah anak-anak p merayap rumah cikAmi dia (pengasuh anak-anak nie bila lepas covid sampai lah linda pindha ke Selayang)

One with cikAmi.
Terima kasih banyak-banyak jaga anak-anak akak dulu.
Semoga sihat-sihat selalu, dikurniakan zuriat secepat nya..insya-Allah.

Semoga perjalanan kami ke Tronoh hari nie dipermudah, 3 tan selamat pergi dan balik. Aamin.

Nanti kisah nak mengemas rumah dekat Tronoh pula.
Adoi, penatnya.

Till then, see ya.

Monday, April 28, 2025

.: BERAYA DI MELAKA :.

Assalamualaikum.

sesi berjalan raya di Melaka.
sampai area Melaka dalam tengah hari juga.

terus menuju ke rumah pertama - geng kereta wira incikSuami

gambar makanan je sempat amik.
first time linda makan ketupat goreng.
not bad lah.
tapi, tak boleh jadi favourite.

seterusnya ke rumah kedua- rumah buddy suami
masa dok Melaka tak ajak pun raya, asyik dok tunjuk je rumahnya.
dah keluar Melaka baru nak ajak beraya. hahaha

rumah ketiga - geng satu unit dulu
patot nya sesama pencen dah.
tapi membe tu sambung 26 tahun.
so, kena kerja lagi lah 5 tahun.

rumah keempat - geng satu unit juga
yang nie memang every year kami mai raya rumah dia.
tapi, tahun nie. beraya bersama newborn.
setelah wife dia keguguran 2 kali.
alhamdulillah, dapat juga. baby boy.
yang atas 2 orang perempuan.

rumah kelima - geng kereta wira incikSuami.
last g rumah dia masa dedek kecik lagi.
mai sekali lagi, rumah lama dah roboh, tinggal rumah bawah.
abang BD pun dah buat rumah sendiri di bahagian belakang.

baru ada gambar raya di rumah last.
rumah abang BD.

haisyh, linda tak boleh dok belakang abang Mueez dah.
tu pun jenuh jingkit, kalau tak, nampak mata je.. hahaha
ngan Abang Mu'az, memang linda tenggelam dah la.
kak M pun , jenuh terkangkang, takot abg tak nampak muka.

gambar makanan di rumah terakhir.

ini je gambar yang ada.
nampak tak, linda malu nak amik gambar.. hahaha

sampai Selayang 12 malam.
dasyat weyh p beraya.

perut memang kenyang lah.
setiap rumah mesti ada makan berat.
tu yang kadang2 takmo gtaw nak datang raya, tuan rumah akan siap-siap masak,
takkan lah tak jamah kan.
Alhamdulillah, setiap rumah pergi..
semua rmah pun linda makan makanan yang di hidang.

terima kasih tuan rumah sudi terima kami datang beraya.
moga murah rezeki selalu.

till then, see ya.

Thursday, April 24, 2025

.: SARAPAN SEBELUM BERAYA :.

Assalamualaikum.

Sambung lagi entry raya..
Sabtu, 12.04.2025.
Keluar dari rumah dalam 9.30 pagi.
Berhenti dekat RnR nilai arah selatan.

Anak dara sorang.
Gini lah.

Abang Mu'az pun ada.

Abang mueez sorang je makan nasi ayam.
Yang lain semua makan nasi lemak.

Ibu yang konon-konon dah kenyang.
Sebab awal pagi dah siap makan-makan dekat rumah.
Anak 4 dengan ayah nya lambat siap.
Padahal dah tau nak keluar jalan raya.

Tengok yong tau fu macam sedap.
Jadi amik lah sikit untuk buat rasa-rasa.

Ehh.. kemana kita?
incikSuami ajak berjalan raya dekat Melaka.
Gigih dari Selayang nak raya kat Melaka.
Takpe, kita ikot je.
Selagi orang nak bawa kita berjalan.

Gambar raya, next entry ya.
Till then, see ya.

Friday, February 7, 2025

.: KUALA SEAFOOD, KUALA SG BARU, MELAKA :.

Assalamualaikum 

Eh, lapar pulak tengok gambar makanan nie.. 
Nie malam tadi, singgah makan sebelum sampai rumah Melaka. 
IncikSuami keluar tol PD. 
Dekat area tu baru linda terlelap, sekali suami berhenti. 
Ingat berhenti dekat mana, rupanya dekat jambatan pasar Kuala Sungai Baru, Melaka. 

Linda tak rase nak makan dan minum. 
Perut rasa kembung je.
Lunch semalam repeat rojak nie. 
Tu yang kembung kot. 
Makan sampai habis, memang senak perut. 
Kenyang sampai malam. 

Jadi order fries je. 
Makan dengan kak M. 

Air fresh orange, kongsi dengan dedek. 

Dedek order nasi putih, sup ayam. 

Dedek makan 3/4. Linda juga lah kena habiskan.
Tak habis, syg pulak. 
Tapi, awal awal dah suruh dedek asingkan nasi, amik sikit sikit. 
Dedek bukan makan lauk pun, dia makan dengan kuah sup tu je. 
IncikSuami order nasi goreng tomyam.

Alhamdulillah, semua habis.. 
Terus kan perjalanan, sampai rumah dalam 11 lebih jugak. 
Gerak dari selayang dalam pukul 8.30 malam gitu lah. 

Nie sambil sambil ngemas, kita rehat rehat jap. 

Till then, see ya. 

Thursday, February 6, 2025

.: KELUAR KAWASAN :.

Assalamualaikum.. 

Eh eh.. Kalut lah si Linda nie.. 
Join the crowd juga. 

Nak p mana tu? 

Esok ambik cuti.. 
Baru awal bulan 2,dah 4 hari amik cuti. 
Camne nak cuti raya lama lama nie.. Hahaha. 

Balik Melaka lagi kita. 
By hook or by crook, kena siapkan juga mengemas rumah Melaka tu. 
IncikSuami cakap, kalau takde pape, next week mungkin boleh dapat trak untuk angkut barang pindah. 
Minggu depan dah la banyak agenda, amik buku sekolah KAFA,taklimat ibu bapa pelajar Tingkatan 1, nak kutip abang Mu'az, abang Mueez dekat kampung lagi. 
Fuhh, semoga dipermudahkan segala urusan, Aamin2 

Till then, see ya. 

Wednesday, January 29, 2025

.: KADIR'S CAFE @ ALOR GAJAH, MELAKA :.

Assalamualaikum

alang-alang ambil Linda dekat Tampin tu.
linda ajak incikSuami makan dekat Kadir's Cafe
kedai nie kat area Alor Gajah, jadi kalau sesaje dari Tangga batu tu, memang idak lah. hahaha

sebenarnya selalu terfikir incikSuami je, perut Melayu.
kena makan nasi, baru kena selera.
susah sikit nak ajak makan selain makanan melayu.

perbezaan guna Night mode dengan biasa
yang kembang cahaya tu biasa
yang macam sharp sikit tu Night Mode.

haaa..setelah 6 tahun guna telefon nie, baru tahu guna mode2 nie
nampak tak, telefon bukan priority linda.. hahaha
janji boleh dihubungi.
bukannya ada telefon canggih2 , tapi susah nak dihubungi..
ehhh, melalut pulak dah.

meh tengok menu apa yang kami order.

incikSuami punya pilihan

linda pilih yang nie je, sebab nak share dengan kak M punya makanan.
mushroom soup dia sekadar, boleh lah nak ditelan.
cair sikit.

dedek order ayam goreng

kak M punya Mac n Cheese

cheese dia puas hati juga.
makan panas-panas sedap.
dah sejuk, rase muak .

order 3 jenis air.
total semua sekali RM65.50

konon nak try ciken chop ke..ciken grill ke.
tapi kak M nak order Mac n Cheese tu, cnfrm tak habis.
jadi linda kena simpan perut utk share dengan Kak M.

ok lah, berjaya juga nak rasa makan dekat sini.
kalau orang melaka, memang femes lah dengan Kadir's Cafe nie.
makanan western dengan harga marhaen.

Kadir's Cafe
SP 46, Jalan Sungai Petai Permai 2 Utama, 
Taman Sungai Petai permai, 
78000 Alor Gajah, Melaka

till then, see ya.

Wednesday, January 8, 2025

. : SESI MENGEMAS RUMAH :.

Assalamualaikum.. 

Katanya, cuti sekolah seminggu yang bulan 12/2024 tu nak kemas rumah dekat Melaka tu.. 
Tapi, hari hari pun berjalan jugak. 
Memang tak siap 100% lah kemas rumah nya. 

So, tepek sini sikit, apa je yang kita kemas hari tu. 

Ruang tamu, sebelum kemas. 
Nampak meja makan nie kan? 

Ruang tamu, selepas kemas. 
Meja makan dah berbungkus tu ha, incikSuami dah leraikan semua part nya. 

Dapur, sebelum. 
Banyak betul barang. 

Dapur, selepas. 
Peti ais, mesin basuh pun siap bungkus dah. 
Atas, dalam kabinet semua clear. 
Rak pinggan mangkuk pun dah selamat buka. 

Dapur, sebelum. 
Nie part bahagian memasak pulak. 

Dapur, selepas. 
Clear semuanya. 
Dapur gas pun incikSuami dah masuk dalam kotak. 
Bahan2 masakan semua buang. 
Tikar getah pun dah buang. 

Tengok dapur clear, macam baru masuk rumah pulak. Hihihi

Laluan ke dapur, sebelum. 
Banyak betul gantung2 gambar. 

Laluan ke dapur, selepas. 
Alhamdulillah, dah kosong.
Gambar2 semua dah siap bungkus.

Memang kena pergi lagi. 
Nak mengemas nie. 
Bahagian bilik-bilik tak selesai lagi. 
Yang stor tu pun satu hal jugak. 
Banyak barang kete incikSuami lah nie. 
Baju, tudung linda semua dah bagi dekT orang.. Hahaha. 

Rasenya cuti sekolah raya cina nie kena repeat lagi. 

Till then, see ya. 

Info - kat melaka tu rumah kuarters askar. Memang duduk situ dari mula kawen, nie incikSuami dah peencen, kena clear lah. Barang2 nak bawa ke rumah incikSuami di Tronoh, Seri Iskandar. 

Wednesday, January 1, 2025

.: QASHRINA CHALET @ PANTAI PUTERI , MELAKA :.

Assalamualaikum

sambung last entri trip ke selatan nie
tapi trip cuti sekolah ada lagi tau..hihihi

Selasa (24.12.2024) - gerak pagi dalam pukul 9, dari batu pahat ke Melaka pulak.
sebab kakmas dah cakap awal, "ko cari lah mana-mana nak chek in selasa petang tu"
kan hari tu linda up kat sini nak p Mabohai Resort, tapi macam tak best pulak
last-last linda pilih ini je

Qashrina Chalet , Pantai Puteri Melaka
sebab nya linda dah pernah pergi sini masa tahun 2021, jadi dah tahu lah pool dia mcm mana.
alahai, belakang rumah linda je yang dekat Tangga Batu tu..hihihi

so, layan lah gambar kekanak riang nie mandi pool dari petang chek in tu, lepas tu sambung pulak esok pagi sebelum chek out.

pool kanak-kanak

icha dah taw nak berenang, sebab dah suruh mama dia packing siap-siap baju renang dia

nie esok nya pulak rabu (25.12.2024)

ada budak merajuk, sebab ibu tak bagi beli cermin mata air..
padahal ada je kat rumah, tapi masing-masing lupa nak bawak.

nie mandi dekat pool dewasa.
takdelah dalam sangat.
sebelah tu level kanak-kanak

sebelah pool dewasa nie, ada cafe.
so, untuk breakfast, kalau nak buffet pun ada, nak terus pilih2, byar harga makanan je pun boleh.
yang best, boleh makan sekitar kolam nie, sambil tengok anak-anak main kolam
anak-anak kalau dah main, tak ingat makan.
tunggu dah keluar, dah siap tukar baju semua.
dia kalut lah lapar time tu

sebelum chek out, amik gambar wak mas dulu

tak sempat nak bergambar sangat sebelum chek out, sebab hari tu hujan renyai-renyai sepanjang hari.

linda book 2 bilik.
1 bilik studio untuk linda ngan incikSuami (sebab selalu memang anak-anak akan berkumpul dengan makcik dan nenek dia) RM130
1 QH Type B (2 room) untuk wak mas, embah dan anak-anak RM300
ada key deposit RM50
Lepas chek out, dia cek bilik ok, dia pulangkan semula. 

chalet nie 3 star je, so kalau sesiapa teringin nak datang, jgn letak high expectation tau.
tapi, not bad lah bagi linda.

Yang nie untuk bilik studio. 
Igt boleh lah berhanimun, sekali kak M sibuk je nak nyelit tido ngan ibu ayah.. Hahaha

Yang nie bilik utk mak ngan kakmas, anak2 sekali. 
Ok lah ada 2 bilik, 2 tandas, 1 hall. 
Kalau 2 family pun muat lagi. 

Nanti linda sambung next destination ya.. 
Memang fully utilized lah cuti sekolah seminggu tu. 
Hari hari berjalan. 

Till then, see ya

*eh, cerita tahun lepas tak habis2 lagi nie*