lovvu Dobbu

Friday, January 31, 2025

.: BUNGALOW TWENTY10 @ KULIM,KEDAH :.

Assalamualaikum.

cerita bersambung dari SINI.
balik Taiping sebab nak bawak MIL ke family gathering belah incikSuami.
takdelah gathering sangat pun, awal lagi Wani (sepupu yang kat Peneng) gtaw hujung tahun nak bercuti healing2, nak cari homestay yang ada pool.
awal-awal tu, linda cakap tak folo, sebab bulan 12 ritu mcm tight sikit bajet.

tapi, perancangan Allah, lebih hebat dari kita manusia nie
so, here were are


sampai-sampai amik gambar incikSuami dulu.
sebelum kena buat kerja lain-lain.. hahaha
masa nie family mak teh, mak ngah. mak su dah sampai.
tak lama lepas kami sampai, family mak jang pulak sampai.

kan dah cakap.
amik tender kipas arang.
dah mula, memang sampai ke habis lah incikSuami.
maap lah, geng2 lelaki muda takde ramai.
yang ada pun pakcik-pakcik je.
takkan nak suruh pakcik pulak yang mengipas.. ye dak??

akhirnya, siap jugak makanan yang dibakar.
ada kambing perap pak mat western, ayam perap, udang, sosej.
masak nasi juga, laku semuanya. Alhamdulillah.

antara gambar yang sempat linda amik masa lepaks2 dekat tempat BBQ kat luar.
mula dari depan yang pakai kopiah, kebelakang kita buat pusingan U ye.
pak tam, mak teh, akim(sepupu), mak su, ayue(sepupu) dan pak ngah.

dalam seronok-seronok, tetiba mesin basuh nie takmo terbuka weyh.
kitaorang guna dryer nya, kunun-kunun nak keringkan baju lah lepas mandi pool.
dah la, berejam baru nak habis dry, lepas tu dah habis tu, terlock sendiri pulak.
jenuh lah sepupu ku nie buat macam-macam, tengok gugel, tengok Utube.
sekali owner homestay balas "owh, mesin tu memang auto lock kalau dia rase suhu tu panas sangat, nanti dia unlock sendiri kalau dia rase suhu dah turun sikit", untuk safety lah tu.
lega sikit dengar, igt dah rosak mesin basuh tu.
yelah, kiter kat rumah pakai mesin basuh semi auto je, mana nak reti yang canggih manggih nie. hahaha

ada juga gambar bebudak mandi pool.
seronok lah deme, mandi dari petang, bawak ke malam.
lepas tu esok pagi sebelum chekout repeat lagi.
pool indoor, lagi puas hati lah.
tak risau hujan ke apa.

sebelum chek out, bergambar dulu.
kenangan bercuti bersama family arwah Zainun untuk tahun 2024.

kak M dengan acik Qisya, sebaya Mu'az , tetap lah acik, sebab qisya nie sepupu incikSuami, anak mak su.

dedek main dengan kucing.
kucing nie kucing datang, tapi helok je nak kat orang.
agaknya kucing belaan jiran tetanga jugak kot.

eh, gambar berdua kena ada.
haisyh, moolatt je dah dedua nie. hahaha

wefie ramai-ramai depan cermin.

pakai timer pulak.
dekat luar.

Alhamdulillah, walaupun sekejap dan rushing.
sebab lepas chekout, linda hantar MIL balik Taiping.
keluarkan barang, masukkan barang balik.
terus balik Selayang pulak, sebab isnin tu dah stat sekolah.
memang jem weyh, jalan Kuala Selangor tu berchenta menunggu turn nak lepas traffic light.
nak masuk highway LATAR pun beratur tunggu turn.

homestay nie memang cozy lah.
ada 5 bilik tidur, 1 hall, 1 dining area, dapur pun besar juga, siap ada surau kecik.
cuma nya bathroom ada 2 je untuk rumah yang ada 5 bilik tu.
nak mandi memang kena take turn lah sikit.
excited punya pasal, lupa nak housetour dan takde ambil gambar deko-deko dalam rumah pun.

Bungalow Twenty 10,
 158, Jalan Nilam 2/4, 09000 Kulim, Kedah

eh, ada gambar tertinggal pulak.
nie family makteh kat peneng, anak dia wani lah yang selalu mencari-cari homestay nie.
dia lah yang selalu incharge bab penginapan.
tahun nie nak kawen dah dia.
rase masa linda baru kawen ngan incikSuami, dia tengah sekolah lagi.
sekejap je masa berlalu.

untuk info, incikSuami linda nie cucu sulung, jadinya memang sepupu -sepupu dia kecik lagi lah masa linda kahwin denan incikSuami 13 tahun dulu.

till then, see ya.


 

2 comments:

  1. Kalau family besar elok sewa homestay.. Malam-malam boleh lepak ramai-ramai.. Berborak sampai pagi.

    ReplyDelete
  2. Bestnya family holiday beramai2 gini

    ReplyDelete