Assalamualaikum..
Katanya, cuti sekolah seminggu yang bulan 12/2024 tu nak kemas rumah dekat Melaka tu..
Tapi, hari hari pun berjalan jugak.
Memang tak siap 100% lah kemas rumah nya.
So, tepek sini sikit, apa je yang kita kemas hari tu.
Ruang tamu, sebelum kemas.
Nampak meja makan nie kan?
Ruang tamu, selepas kemas.
Meja makan dah berbungkus tu ha, incikSuami dah leraikan semua part nya.
Dapur, sebelum.
Banyak betul barang.
Dapur, selepas.
Peti ais, mesin basuh pun siap bungkus dah.
Atas, dalam kabinet semua clear.
Rak pinggan mangkuk pun dah selamat buka.
Dapur, sebelum.
Nie part bahagian memasak pulak.
Dapur, selepas.
Clear semuanya.
Dapur gas pun incikSuami dah masuk dalam kotak.
Bahan2 masakan semua buang.
Tikar getah pun dah buang.
Tengok dapur clear, macam baru masuk rumah pulak. Hihihi
Laluan ke dapur, sebelum.
Banyak betul gantung2 gambar.
Laluan ke dapur, selepas.
Alhamdulillah, dah kosong.
Gambar2 semua dah siap bungkus.
Memang kena pergi lagi.
Nak mengemas nie.
Bahagian bilik-bilik tak selesai lagi.
Yang stor tu pun satu hal jugak.
Banyak barang kete incikSuami lah nie.
Baju, tudung linda semua dah bagi dekT orang.. Hahaha.
Rasenya cuti sekolah raya cina nie kena repeat lagi.
Till then, see ya.
Info - kat melaka tu rumah kuarters askar. Memang duduk situ dari mula kawen, nie incikSuami dah peencen, kena clear lah. Barang2 nak bawa ke rumah incikSuami di Tronoh, Seri Iskandar.
Dah pindah masuk rumah baru ke linda?
ReplyDeleteBelum lagi kak mim..
Deleteooo ni ngemas2 utk move out lah yer...kalau amik mover, cepat jer diaorg buat keje tp pricey jugak rasanya..tgk berapa byk brg etc
ReplyDeleteBetul... Kita pakai trak askar je nie.. So, kena kemas sendiri lah... Hihihi...
DeleteAlahai..Byk lg brng tu..Mesti ade jmp "harta karun" kan? Apa pun selamat mengemas & berpindah...Seronok le lepas ni blk kg kome =)
ReplyDeleteHarap2 ada lah harta karun yang berharga... Hahaha..
DeleteSetkt hari nie, incikSuami dan anak2 je cnfrm balik kampung.. Linda masih tunggu keputusan untuk transfer nanti.
Kak SA x habis2 lagi kemas rumah
ReplyDeleteBab mengemas rumah nie.. Memang takkan habis.. 😂😂
Deletebab ngemas ni mmg letih tp tula kena ngemas juga bila nk pindah kan
ReplyDeleteBetul.. Tapi ok gak, berkurang sikit barangnya.. Sambil2 declutter
DeleteBerpindah sungguh meletihkan, huuu... apatah lagi semua buat sesorang, ku sudah serik bangat!
ReplyDeleteAlhamdulillah.. IncikSuami buat semua.. Kita asing2 barang je..
Deletepenatnye mengemas move out tp nti dah pindah masuk rmh sendiri dah blh tenang2 kemas slow2 sbb rmh sendiri.. tp tetaplah sakit mata memandang kotak2 selagi blm siap kemas hehe
ReplyDeleteItulah.. Dah pindah rumah kang.. Nak mengemas lagi..
Deletepenatnya nak mengemas tu Linda,barang dah sampai nanti nak mengemas lagi jadi 2x mengemas..tapi orang yang tak pindah ni hari2 duk mengemas rumah tak habis2 juga
ReplyDeleteBila yang tak pindah mengemas.. Memang tak habis sis afzan.. Sebab syg barang.. Hihihi
Deletepenat jugak nak clearkan semuanya kan.. semoga Allah permudahkannya.. ameeennnn
ReplyDeleteInsya-Allah... Mudah mudahan... Aamin2..
DeleteTeringat masa kemas rumah nak pindah rumah sewa baru.... kemas hampir seminggu juga.. tu pun tak setel haha
ReplyDeleteItulah.. Macam linda pulak, tak menetap dekat melaka tu dah.. Jadi, lambat sikit proses mengemas tu
Deletebaru nak tanya, ingat rumah beli sendiri. tapi lama juga ye dapat masa untuk nak clearkan barang. kalau kuarters polis (tgk kes adik ipar dulu), tak menyempat dapat rumah baru, dah ada org lain nak masuk.
ReplyDeleteawak kalau pindah boleh guna lori askar dan khidmat askar tak angkut barang?
Sebab suami masih berkhidmat, tapi dah hujung2 tu dia kursus apa semua.. So, rumah tu still tolak gaji.. Cumanya,linda dok selayang kan. Dia plak kursus kt ag buloh, tu yang nampak mcm tak duduk kat rumah tu..
DeleteBoleh mohon trak askar, cuma lambat dengan cepat je lah.. Sebab trak tu jugak yang nak guna.. Kalau ada latihan luar ke, operasi ke..pemandu lagi nak kena tengok, ada ke takde.. Gitulah.. Buat je surat.. Nak tarikh bila, nanti diorg ejas lah ngan tarikh diorg.
wahhhhh bestnya pindah rumah baru... tapi penat mengemas
ReplyDeleteRumah baru nak duduk.. Hihihi.. Alhamdulillah rumah tu dah 10tahun usianya...
DeleteDapat bayangkan betapa penat nak mengemas tu. Bertabahlah Linda ye...
ReplyDeleteAda diberi tempoh ke utk keluar dari quarters tu?
Hihihi.. Linda yang sorting awal2 je... Sekali kemas kasi clear, incikSuami..
DeleteSetakat nie, takde lagi tempoh yang diberikan. Tapi, paham2 sendiri lah.. Semua pun dah tau kita dah pencen... Kikiki