lovvu Dobbu

Sunday, January 19, 2025

. : PUDING KARAMEL :.

Assalamualaikum

Kerap sungguh masak puding caramel dalam 2minggu nie. 

Yang pertama untuk majlis tahun 6 abang Mu'az. 
Lepas tu, untuk jamuan akhir tahun sek agama, req by abang Mu'az jugak. 
Kali ke3, dedek pun request jugak nak puding karamel mcm abang Mu'az untuk jamuan tadika dia. 
Ibu layan kan jelah, selagi bahan ada. 

Beratur lah bekas puding nie atas kabinet. 
Naseb baik ada kabinet nie, boleh susun atas dia. 

Selepas diisi dengan puding nya. 
Kalau berjualan nie, laku juga ya. 
Selalu orang jual berapa sebekas?? Hihihi

Simpan dalam peti ais yang comel je tu. 
Naseb baik muat semua bekas dalam peti ais 1 pintu tu. 🤭🤭

Bekas polistren nie memang ada kat rumah. 
Kalau balik sabak bernam, bawak sekali. 
Beli lauk2 fresh dekat market bawak balik selayang. 

Penuh bekas polistren tu, dapat 40 bekas. 
Ok lah tu, nama pun jamuan.
Pot luck makan sorang sikit, jadi banyak jugak nanti. 

RESEPI PUDING KARAMEL (bekas dadih) 

  • Secawan gula pasir (utk buat karamel nya). 
  • Setengah cawan air panas (lepas gula cair sepenuhnya). 

Untuk puding nya :
  • Satu tin susu cair. 
  • Agar-agar 20g.
  • Sesudu kecil tepung kastad. 
  • Setengah tin susu pekat (manis ikot individu ya). 
  • 4 cawan air masak (linda sukat guna tin susu cair tu je). 
  • Campur semua, masak sampai mendidih kuat. 

Dah siap isi dalam bekas, simpan dalam peti sejuk. 
Sedap makan sejuk2. 

Adik ipar dah request suruh buat hari raya nanti. 
Linda cakap, kena suruh mak duduk depan, kalau tak, malu nanti nak buat. Hihihi

Till then, see ya. 

22 comments:

  1. puding caramel sedapnyaaaaa! puas hati dpt buatkan utk anak-anak bawa jamuan sekolah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Alhamdulillah.. Mampu lagi nak buat n masak2..

      Delete
  2. wah... rajinnya linda... kalau sy utk potluck mmg akn masak yg sekali harung je di awal pagi... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang di awal pagi tu selalu nya berchenta sikit...tak larat nak buka mata awal sangat...hihihi

      Delete
  3. Rajin Linda...kalau akak pun sure cari yang mudah untuk tak hampakan permintaan anak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh buat, linda buat kak...tapi, dok tanya jugak kids, nak apa...ikot dorang nak bawa apa..boleh buat, kita turutkan je

      Delete
  4. Pernah buat juga dulu. Dania suka puding ni. Apatah lagi makan masa sejuk2. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..sedap makan sejuk2...dapat kat abang Mu'az memang tak igt orang belakang dah...geram je ibu dia nie

      Delete
  5. suka makan tapi saya lemah sungguh nak buat caramel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jadi jugak linda buat caramel tu...tapi, buat banyak kali pun, tetap lah teragak2 dah ok ke belum.. hihihi

      Delete
  6. lama tk buat...slalu kalo mkn2 family, adik yg sllau buat....makan sejuk2 nyaman tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye, makan sejuk2 sedap...lagi syok, kalau telangkupkan dekat piring...memang nmpak menarik lah, caramel dia jatuh melimpah

      Delete
  7. ingat lagi masa kyra sekolah rendah guru kelasnya sama masa darjah 4-5. Tiap kali potluck mesti dia cakap "kyra, you bring your mom's fruit jelly ok"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti "your mom's fruit jelly" tu sedap.. Sampai cikgu teringat2

      Delete
  8. 1 adunan resepi Linda tu dapat 40 bekas eh. Banyak juga dapat tu ya. Tu kalau makan sendiri pun puas gak makan sejuk-sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, 1 adunan tu boleh dapat 20-30 bekas. Nak edit dekat entry asyik lupa je.. Hihihi..
      Linda sekali buat tu, buat utk 2 adunan terus

      Delete