Assalamualaikum.
Sambung lagi kisah family day BabyRuz kita.
Ahad, 9.8.2026 - lepas sarapan, jalan² dekat pantai.
Ambil angin, konon² nak keluar lepas subuh, ada la momen sunrise..
Udahnya sunrise dalam bilik je lah.. hahaha.
Selfie dengan ombak.
Alhamdulillah, dengar deruan ombak, tengok air rasa nak basah² je.
Tapi, malas, hahaha.
Kita jalan² je lah dekat pantai ni.
Abang Mueez main korek² pasir.
Nampak tak corak yang Linda tunjuk pakai anak panah tu?
Nah, Linda zoom.
Pasir tu jadi bulat² kecik yang comel..
Terus teringat kumbang najis tu.
So,Linda pun Google la imej tu.
Dapat la info mengenai ketam bola pasir @ sand bubbler crab.
Ketam bola pasir atau sand bubbler crab ialah sejenis ketam kecil yang menghasilkan bebola pasir di kawasan pantai semasa air surut. [1, 2, 3]
Fungsi Bebola Pasir
- Menapis Makanan: Ketam mengaut pasir dan menapisnya di dalam mulut untuk menyerap zarah makanan atau nutrien organik yang kecil.
- Membuang Sisa Pasir: Pasir yang sudah habis nutriennya akan digumpal menjadi bebola kecil sebelum diletakkan di atas tanah.
- Corak Pantai: Taburan bebola pasir ini menghasilkan corak yang unik di atas permukaan pantai.
Habis jalan² dekat pantai.
Jom la balik resort, nk kemas² bilik.
Kemas beg. Sebab dedek Ngan kak M sambung mandi pool pagi tu.
Lepas tu pulang² kunci, siap² nak bergambar pula.
Eh, tau² incikSuami dah panjat tembok.
Bila ntah dia memanjat.
Jadi photog pun cucun cucun la orang ni.
Nak ambil gambar ramai² kan.
Meriah ramai² ni.
Next entry la Linda share gambar beramai² hari Chek out tu.. Kikiki.
Sebab dah upload gambar dekat entry lain.
Malas nak upload lain.
Till then, see ya.




Saya ingat dulu banyak jumpa ketam kecil yg main di pasir pantai. Memang kecil2 sangat. Dulu pikirnya, itu anak kepiting, tapi ntah di mana induknya 😄. Baru tau sekarang nama dari hewan itu.
ReplyDelete