Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label examweek. Show all posts
Showing posts with label examweek. Show all posts

Tuesday, November 4, 2025

.: EXAM WEEK :.

Assalamualaikum

4-7 November, bermula lah UASA untuk sek keb anak-anak.

makanya, segala kemudahan di tutup supaya tidak berfoya-foya ye.. kikiki

semoga Mueez Safwan, Maya Syafiqah dan Mukhlis Syahir dapat menjawab soalan dengan baik, diberi kefasihan dalam membaca dan menulis jawapan, aamin.
semoga anak-anak lain yang sedang menghadapi peperiksaan dapat menjawab soalan dengan baik, diberikan kesihatan supaya dpaat menumpukan pada kertas peperiksaan, aamin.

anak buah Linda dekat Kelantan pun ambil SPM juga tahun nie.
semoga kakak Mia dapat jawab periksa dengan baik..aamin

setelah lama tak buat rama-rama
percubaan ke5 baru jadi.
yang bawah sekali tu.
baru ada rupa rama-rama.

udah kenapa linda dok buat rama-rama pulak?
untuk PSV abang Mueez la nie.

till then, see ya.

 

Monday, May 19, 2025

.: MINGGU PEPERIKSAAN :.

Assalamualaikum.

gambar masa nak hantar mak bapak g Haji hujung bulan lepas.
abang Muáz pun teringin juga lepas tengok adik-adik sepupu dok naik je.
lepas gian katanya

naseb lah tayar mati.
kalau tak, kempis agaknya.. hahaha

nie mesti  abang Muáz ingat, sebab linda dah letak dalam blog.
nanti ayat dia mesti "ntah, muáz tak igt pun pernah main dulu"
ayat tu bila dia geram, semua adik je yang dapat..
eh sebelum adik-adik, dia dulu dah dapat.

sekejap je dah nak masuk 13 tahun.
minggu nie periksa tengah tahun.

jadual periksa simpan sini

"semoga abang Muáz diberi kefasihan dan kelancaran dalam menjawab semua kertas peperiksaan. semoga yang baik-baik je untuk abang Muáz.. aamin "

harap-harap apa yang cikgu ajar tu, lekat lah dalam ingatan tu.
risau bila tengok asyik main je.. hahaha

till then, see ya.

Monday, October 7, 2024

.: ROBOT KECIL KU :.

Assalamualaikum

lama dah entry nie terperam
tiba-tiba rajen pulak nak menaip

sebenarnya, zaman sekarang nie..
kalau time nak Exam tu, untuk subjek Pendidikan Seni Visual, cikgu dah bagi soalan seminggu lebih awal..
jadi, anak-anak boleh pilih nak jawab soalan yang mana, dan boleh berlatih siap-siap dekat rumah
dan, bahan-bahan yang diperlukan untuk menjawab pun dah boleh bawa dari rumah 
lain betul lah dengan zaman dulu...

jadi untuk PSV tahun 6, Abang Mu'az
dia pilih soalan yang membina / mereka robot
adoi anak oii, apsal pilih soalan yang susah

dan Linda pun terus lah cari dalam YouTube mengenai rekaan robot mudah
maka terhasil lah robot oren nie..

saat robot di duduk kan

haa..robot nie tak boleh berdiri
kena pegang gini... kihkihkih

badan robot tu daripada kotak perfume
kepala dan tapak kaki daripada polistrena
tangan dan kaki daripada 2 helai kertas yang dicantum menggunakan kaedah lipatan selang seli

jadi dekat rumah abang Mu'az dah siap kan badan yang berbalut, polistrena siap gunting, tangan dan kaki siap lipat
dekat sekolah tinggal balut tapak kaki dan kepala, serta cantumkan semua bahagian
linda suruh bawa double sided je, senang nak cantumkan

boleh la dari takde 
robot nie abang Mu'az bawa balik lepas 2minggu peperiksaan

till then, see ya

 

Tuesday, January 9, 2024

. : MINGGU PEPERIKSAAN :.

Assalamualaikum.. 

Mgu nie mgu peperiksaan kan? 
UASA - KAFA - SPM
Abang Mu'az stat UASA hri nie smpai Jumaat.. 
Semoga terang hati lah ye nak

cikpuanLinda share sikit amalan yang kita boleh usahakan sebagai ibu bapa.. 
Jangan lupa doa utk mereka juga, supaya tenang, diilhamkan jawapan dalam menjawab peperiksaan... Aamin

Dedek plak masih tidur... 
Hari nie cikpuanLinda cutikan dia.. 
Semalam balik sek half day je, sebab cikgu ckp badan dia rase suam2.. 
Jd, minta incikSuami pick up dia kt sek.. 
Kt rumah ptg tu, helok je memain incikSuami ckp.. 
Tp malam td mmg dedo badan dan soksek soksek hidung nya.. 
Jadi hr nie rest lah kt umah ye dedek.. 

Bujang sorang nie nk periksa mcm x periksa.. 
CikpuanLinda yang stress... 
Semoga dapat jawab periksa dengan tenang... Salin balik soalan elok2.. 
Jgn kira ikot sukati je... 

Cmne nk bg anak2 suka math? Hahaha
Sebab cikpuanLinda dulu suka math masa sek rendah...
Masuk sek men x suka sgt.. Yg Add Math lah... Sebab nk bg markah 60 pun berchenta... Hahaha.. 
Tp tetibe result SPM dpt A2.. Terkujat sendri.. Hahaha

Till then, see ya