Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label firstborn. Show all posts
Showing posts with label firstborn. Show all posts

Monday, August 3, 2026

.: AKTIVITI WEEKEND :.

Assalamualaikum.

 sabtu, 01.08.2026 - balik Sungai Samak la.
dah sebulan tak balik, nengok abang Mu'az sekali.
dah la baru lepas baik demam, rindu ibu ke tu.. hahhaa

sampai kampung, takde pula abang Mu'az nya dekat rumah.
embah kata kutip udri(biji luruh dari tandan kelapa sawit) dekat belakang rumah.
pandai  weyh, ngutip benda tu, jual dapat habuan dekat abang Mu'az.
tapi, abang Mu'az buat dengan kawan la, dalam 3 orang(termasuk abang Mu'az).

dulu memang kerja linda dengan mak pun.
asal cuti sekolah, cuti sem. memang kerja linda dengan mak la.
tapi, tak dapat habuan macam tu, semua mak simpan @ bagi bapak.
sebab masa tu adik2 semua kecik, sekolah lagi.
ni adik beradik dah takde yang sekolah.
jadi bila buat, masuk poket sendiri lah.
lepas adik beradik semua dah keja pun, mak dah tak buat sendiri.
bagi dekat orang kampung nak sanggup nak kutip je, nanti hasilnya orang yang kutip tu la terus ambik.
kalau tak dikutip, sayang juga.
sebab kalau kumpul-kumpul dari belakang sampai ke tepi rumah tu, boleh dapat 2-300 juga.

dapat la snap gambar abang Mu'az tengah buat kerja ni.
abang Mu'az tak perasan, kalau tak lari dh belakang pokok tu.
buat dengan kawan-kawan dapat hasil kena bahagi lah, dapat la sorang Rm30 lebih, tapi bapak cakap dah 3 trip dah tu.
kalau ikut total 3 trip tu, dapat sorang almost 100 juga.
apa yang dibuat dengan duit tak tau la.
tapi kak mas kata, kadang2 malam minggu p mengopi dekat warung kat kampung ni. hahaha
tahun depan pindah Tronoh, mati akal lah kawan tu.

Ahad, 02.08.2026 - birthday kak M, sibuk la ajak ibu pergi Mr DIY, suruh beli kan hadiah birthday dia katanya. hahaha.
malas ibu nak layan.
dia tak tau dah ada suprise ibu buat.

tiba-tiba kena masak pula dekat kampung. hahaha
mak nak p makan kenduri, jadi mak tak masak.
kita ni, kena la masak untuk orang kat rumah.
jom tengok masak apa.

kangkung tumis pedas + udang kecik2.
cari belacan mak, tak jumpa kat mana.
kangkung mak kutip dekat parit depan rumah.

ikan goreng

ayam masak lemak cili api.
konon nak masak gulai, tapi kak mas kata minggu lepas dia dah masak gulai.
terus la tukar menu.

nenas, mak beli kat orang jual buah.
mak yang kupas.
bab nenas ni, malas linda nak kupas..
nak makan je.
terima kasih mak.

alhamdulillah, dapat balik kampung walaupun sekejap.
petang tu, dah gerak balik Tronoh semula.
semoga abang Mu'az baik2 je.

nampak juga dia rindu nak ngusik adik dia. hahaha.
asyik la dia buat je adik dia.
tahun depan bawa pindah sekali, ada 3 tahun je lagi sebelum umur 17tahun.
lepas tu, tak tau ke mana arahnya pula.
😢😢sekejap je rasanta, my first born dah besar macam tu.
semoga sentiasa dalam lindungan Allah, aamin. 

till then, see ya.

Tuesday, July 14, 2026

.: PONDOK LEPAK :.

Assalamualaikum.

kan lepas abang Mu'az keluar asrama, dia ulanag alik ke sekolah dari rumah bapak je.
naik bas sebulan RM120.
Alhamdulillah, sekolah macam biasa.
tapi, ada juga terbabas sehari dua. sakit perut la, sakit kaki la. emmm.

dekat depan rumah bapak tu memang dah ada pondok, bapak upah orang tau.
siap bayar 3 ribu tak silap.
tapi, tak boleh duduk, setakat buat berteduh je.

jadi abang Mu'az cakap dengan embah, kakek nak tambah kayu.
boleh jadi tempat lepak-lepak.
jadi, takde la abang Mu'az pergi melepak rumah orang.
kawan-kawan dia je la datang rumah.

gotong royong buat tempat duduk dalam pondok.
kayu memang ada dekat belakang rumah, dari reban ayam yang bapak buka.
kayu nya memang bapak simpan je.
ada guna rupanya. hihihi

yang di tambah kayu belah dalam.
boleh jadi pangkin, buat duduk-duduk.
yang bapal upah orang tu, dia buat rangka je.
bumbung dengan kiri kanan.
bapak memang minta yang boleh duduk macam ni, tapi entah la kenapa lain yang dapat.

tambah pula langsir. hahaha.
selimut siapa ntah jadi mangsa.
siap ada bantal dalam tu.
gitar pun linda nampak ada juga terselit.

serba salah pula nak bawa pindah Tronoh tahun depan.
tapi, takde depan mata susah juga.
tak nak la susahkan mak bapak.
dan tak nak juga abang Mu'az makin jauh dengan kami.

ada lagi berapa tahun je zaman persekolahan ni.
lepas SPM, kalau ada rezeki sambung belajar lagi, mesti dah kena keluar dari rumah.

moga yang baik2 je untuk linda dan keluarga.
setiap pilihan yang dibuat tu terasa sukar.
sukar bila ada perkara yang kita tak jangka berlaku, mesti linda akan salahkan diri sendiri sebab buat pilihan macam tu.

doakan yang baik2 je yang berlaku, aamin.

till then, see ya.

Monday, May 11, 2026

.: HAMPIR 4 BULAN :.

Assalamualaikum.

Isnin, 27.04.2026 - "tamat lah sudah, cerita kami"
takpelah, mungkin ini yang terbaik.
harapnya, abang Mu'az hargai lah apa yang ibu dan ayah dah buat. insyaAllah, amin.
tapi, tetap ada kesannya, next year pindah sekolah Tronoh.

pengalaman hampir 4 bulan duduk asrama.
tapi tak berjaya hingga ke akhirnya.

pagi tu, linda dan inciksuami ke sekolah, selesaikan perkara-perkara yang perlu.
ke pejabat pentadbiran, isi borang keluar asrama.
lepas tu, ke pejabat asrama, jumpa penyelia asrama pula.
dapat juga berjumpa En. Kamarul, rakan sejawatan tapi dia kerja dekat KPM lah.

menyembang panjang jugalah.
lepas tu, kami pun balik.

petang baru datang semula untuk ambil abang Mu'az dan barang-barang.

dedek juga yang setia ikut ibu.

abadikan kenangan.
lepas ni,biarlah ibu dengan ayah je yang membuat pilihan. hahaha

ni haa anak bujang nya.
muka ada sinyum.

reason nak keluar asrama???
kalau setakat biasa2, memang linda tak layan.
bosan la, makan tak sedap lah.
kadang tu, tiap minggu suruh datang ambil.
padahal boleh balik 2minggu sekali.
ada je lah alasan dia, linda la yang wasap warden.
nasib baik warden ok, dan tak strict sangat.
sebab asrama sekolah harian je kan.

eh, menyimpang.
setelah di tanya tanya. apa alasan sebenar nak keluar asrama.
baru la dia beritahu.

katanya diganggu oleh abang senior di dalam dorm.
bagi Linda, ia mungkin gurauan.
tapi, kalau yang diganggu tu rasa tak selesa, walaupun dah banyak kali katakan tidak.
jadi ia jatuh pada Gangguan Seksual.

so, bila abang Mu'az dah cakap mcm tu.
linda terus beritahu warden, dan warden pun dah tanyakan abang Mu'az.
tapi, takpelah. risau jadi yang bukan-bukan.
linda pun memutuskan untuk keluarkan abang Mu'az dari asrama.
harapnya, pelaku tidak melakukan perkara yang sama berlarutan dan berlebihan pada orang lain.
mungkin, bagi mereka itu hanyalah gurauan.
tapi, macam linda cakap tadilah.
kalau yang diganggu tu rasa tak selesa, itu bukan gurauan.

sebab tu, nak bergurau kena tengok keadaan dan tempat.
bukan boleh bergurau je.

ni, ulang alik la naik bas dari rumah embah ke sekolah.
setakat hari ni, tak pernah lagi tak sekolah.
Alhamdulillah, semoga terus kekalkan momentum.
bak kata kak Mas, selagi nak sekolah.
ya Allah, terasa lain beno dengan zaman linda sekolah dulu2.
moga yang baik2 la untuk anak.

till then, see ya.

Monday, May 4, 2026

.: MINGGU PEPERIKSAAN :.

Assalamualaikum.



Buat Mu'az Syafiq bin Shahrizal, semoga diberi kefasihan dan ingatan yang baik dalam menjawab kertas peperiksaan.
Segala nya daripada diri sendiri, usaha sebanyak mana, itulah hasilnya.

Semoga yang baik² untuk anak² kita semua.

Selamat menduduki peperiksaan buat anak² semua.

Sekolah adik² takde ura² lagi bila.
Baru habis hari sukan hari tu.

Ni sibuk nak MSSD pula.

Till then, see ya.

Saturday, September 6, 2025

.: SELAMAT ULANGTAHUN KE 13 :.

Assalamualaikum.

begitu pantas masa berlalu.
dah 13 tahun umur anak sulung linda.


buat penghuni rahim ibu yang pertama, dengan adanya anak, bukan untuk bermegah, bukan untuk membuktikan bahwa ibu dan ayah adalah manusia normal yang dapat menyambung zuriat keturunan.
Ini semua adalah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Anak di datangkan dengan amanah dan tanggungjawab.
Segala apa yang ibu dan ayah usahakan untuk anak-anak, itu lah yang akan ditanya satu persatu di akhirat kelak.
harapan ibu dan ayah, maafkan segala kekurangan dan kekhilafan kami, membesarlah jadi anak soleh yang menyenang hati kami, tumbuh besar lah menjadi orang yang bermanfaat dan berguna kepada orang lain. tak lupa juga, akhlak yang baik. semoga apa juga yang jalan yang diambil, selagi baik dan tidak bertentangan dengan hukum agama, insya-Allah ibu dan ayah sentiasa mendukungmu.

semoga yang baik-baik sahaja untuk mu, Mu'az Syafiq.

till then, see ya.

 

Wednesday, June 11, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 15/25 :.

Assalamualaikum 


Namanya anak bujang. 
Terus teringat adik adik lelaki masa dulu dulu. 
Sama lah cenggini. 
Suruh kayuh beskal p sekolah tak nak. 

Till then, see ya. 

Friday, September 6, 2024

. : HAPPY BIRTHDAY MU'AZ :.

Assalamualaikum 

HAPPY BIRTHDAY MU'AZ SYAFIQ BIN SHAHRIZAL - 12 TAHUN-

Anak sulung linda, hati tisu, manja dengan maknya, kuat sentap dengan ayahnya, garang dengan adik2 nya,penyanyang dengan adik sepupu nya. 


Ibu tak tahu nak tulis apa... 

Semoga yang baik2 je untuk abang Mu'az, membesar jadi insan yang bertaqwa, taat perintah dan suruhan Allah, tinggalkan segala larangan Allah.. Allah dahulu, dan Insya-Allah seisi alam pun turut bersama mu... 
Semoga menjadi anak penyejuk mata dan hati kedua ibu bapamu, sentiasa berbaik dengan adik beradik, kaum keluarga serta orang sekelilingmu.. 
Insya-Allah, doa ibu ayah sentiasa mengiringi kehidupanmu.. Aamin2 

Rasa macam baru je abang Mu'az lahir, tanpa incikSuami di sisi... 
Takde rezeki kan, nie katenya soh bersalin lagi, kalau nak ada incikSuami di sisi... Hahaha... Idak ler.. 
Cukup lah 4 orang penawar tu... 

Till then, see ya

 

Wednesday, June 14, 2023

.: WORDLESS WEDNESDAY 8 :.

 Assalamualaikum

Sekejap je dah besar anak sulung ibu
dah nak amik UPKK
dah 11tahun

harapan : buat yang terbaik duhai anak



till then see ya