Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label Hotwheels. Show all posts
Showing posts with label Hotwheels. Show all posts

Friday, March 27, 2026

.: HOTWHEELS ABANG MU'AZ :.

Assalamualaikum.

Lama tersimpan request kakMim ni.
kakMim request nak tengok koleksi Hotwheels abang Mu'az.

Kebetulan nak balik raya hari tu, incikSuami ambil.
Kita bawa la sikit barang² yang boleh bawa.
Sambil tu terjumpa lah Hotwheels abang Mu'az ni.

Memang dia tak buka ya.

Tak tau lah dia pilih berdasarkan apa.

Ni ada corak dekat but depan kete.

Yang ni, yang biasa punya.
IncikSuami belikan bekas letak ni.

Lebih 20 buah juga kereta abang Mu'az ni.

Kebanyakan memang beli pakai duit sendiri je.
Kalau ada yang Linda belanja pun. 
Yang bawah RM20 je.. hihi.

Till then, see ya.

Tuesday, March 3, 2026

.: ABANG MU'AZ DAN HOTWHEELS :.

Assalamualaikum.

Isnin. 16.02.2026 - lepas selesai dekat kedai TM Unifi ni, incikSuami tanya nak ke mana lagi.
abang Mu'az dari awal lagi dah ajak linda pergi Al Ikhlas Diecast Gerbang Malam , Ipoh, Perak.
abang Mu'az nak menambah koleksi hotwheels dia la tu.

sampai tak tahu nak pilih yang mana.
sembang la dua beradik tu.
abang Mueez, tengok je lah. sebab dia takd duit. hahaha

RM160 untuk 2 biji kereta.
ya Allah anak.

lepas tu rezeki pula boleh buat lucky draw.
maybe RM50 dapat sekali cabut.
sebab abang Mu'az boleh cabut sampai 3 kali.

hasil cabutan, dapat la 3 biji kereta, yang murah 2, yang pertengahan 1.
entah la, linda pun tak tahu beza kete2 ni.
kenapa ad yang mahal, ada yang murah.

nie la 2 ketul yang RM160 tu.
kereta yang warna biru tu, boleh buka bonet depan dia tu.
abang Mu'az guna duit yang dia kumpul dari orang2 yang bagi dekat dia. hahaha
selalunya, kakek dengan opah la bagi duit.
sedekah dengan cucu cucu.
dia simpan, takde ke mana.
adik-adik duduk rumah, kadang beli jajan dekat kedai. hahaha
kalau abang Mueez tu lagi lah, pantang ada duit.
mula lah dia beli itu ini. 

nie yang 3 biji dapat free cabutan bertuah tu.
dedek dapat 1 dah, berkat kenen dekat abang dia.
walaupun abang tu kadang2 stress je dengan adik tu.
tapi, kena cara, abang bagi je apa yang adik minta.

apa apa pun, semoga terus berkasih sayang sesama adik beradik.

till then, see ya.

Saturday, October 4, 2025

.: KHAMIS, JUMAAT, SABTU :.

Assalamualaikum.

2 hari je ke briswalk?? Hahaha..
Ehh, ada Khamis dengan Jumaat pun briswalk.
Takkan hari² nak up entry.
Jemu pulak orang nanti.. 🤭🤭

Hari Khamis, jumpa buah mangga.
Aduhai, ngences pula..
Tapi, tak berani nak petik pula.

Hari Jumaat, lama juga tempoh berjalan.
Sebab, terus pergi pasar malam dekat belakang hospital, dekat dengan sek abang Mu'az.
Terus lah jemput abang Mu'az balik sekolah.
Jalan kaki bersama lah kita. Hihihi.

Hari Sabtu, pergi Lotus Rawang lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan.
Nak p kedai jahit Pakistan dalam Lotus tu haaa.
Nak suruh buat semula seluar uniform pink Linda.

Yang ada sticker tu, Pakistan tu baru jahit.
Helai bawah tu seluar lama.
Dia kecilkan seluar baru tu, memang sendat la tang peha.
Aib weyh kalau nak share gambar .hahaha.
Jadi, Linda suruh dia buat lain lah.

Baju pun takde butang, dia cakap tak jumpa butang.
Linda diskaun lah lagi harga nya.
Seluar dah buat yang lain, ok sikit dah.
Sekali cangkuk pula takde.
Tadi, memang tak bayar apa pun.
Salah dia kan..Kikiki.

Dah nak balik, boleh pulak tersinggah dekat vending machine Hotwheels tu.
Abang Mu'az nampak pula model Saga warna putih.

Tapi, sebelum nak dapat Saga tu (yang Linda tunjuk dengan anak panah tu).
Kena keluarkan 2 ketul yang dekat atas tu.
Nasib baik RM10 je.
Tapi, hangus juga lah RM30.

Bukan duit Linda, duit abang Mu'az lah.
Duit belanja sekolah, dia simpan.
Pandai² lah urus duit sendiri.
Jangan pau kawan² dekat sekolah dah la.

Till then, see ya.