Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label ulangtahun. Show all posts

Wednesday, September 2, 2026

.: GIVEAWAY WEDDING ANNIVERSARY SA DAN SUAMI YANG 3 TAHUN :.

Assalamualaikum.

bulan September ni, bukan bulan yang linda je tunggu2 (baca bulan kelahiran).
rupanya ramai je yang menunggu bulan September ni.

Anniversary SA yang ke 3.

-tekan banner tau-

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke3 buat SA dan incikSuami. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam rahmat Allah. Kegagalan yang pertama bukan lah pengakhiran untuk semuanya, semoga kali ni kebahagian milik SA dan suami, aamin

jom reramai join GA SA.
mana tahu ada rezeki terpilih sebagai pemenang.

till then, see ya.


Wednesday, June 24, 2026

.: 13 TAHUN SERVIS :.

Assalamualaikum.


dah 13 tahun dalam perkhidmatan awam ni.
ikut bersara wajib, ada lagi 22tahun untuk berkhidmat.

masuk kerja N17
lepas tu jadi N19
lepas tu turun pada N1

Al-Fatihah pada yang telah tiada, tahniah pada yang telah berjaya ke peringkat lebih tinggi. Tahniah juga pada diri sendiri kerana bertahan hingga sekarang. ❤️❤️

semoga yang baik2 je untuk ke depannya, Aamin.

till then, see ya.
 

Saturday, December 27, 2025

.: 17.12.2025 - PART 5 :.

Assalamualaikum.

Aktiviti terakhir pada hari ulangtahun perkahwinan ke 14.
Takde acara makan².
Tapi ada acara shopping kasut. 
 
Selesai menonton Papa Zola..
Buat urusan kendiri sekejap.
Tiba² incikSuami ajak pergi Puncak Alam.
Follow jelah.

Nish bundle
Ke Nish Bundle.
Anak² tau lah. Diorang tengok TikTok.

Banyak kasut.
Atas pun ada. Bawah pun banyak.
Anak² pun dah rambang mata. Hahaha.

Nish bundle
Onitsuka kuning tu cantik, tapi takde saiz dah.

Nish bundle
Adidas samba hitam.
Tapi, bosan la hitam je.

Nish bundle
Jom jalan² lagi..
Tengok mana yang berkenan.

Maya Syafiqah di Nish Bundle
Kak M dah dapat yang berkenan di hati.

Nish Bundle
Eh, awak pun lawa juga.
Sweet je. Memang nampak gegirl betul.

Naik turun, ke depan ke belakang.
Try yang ni, try yang tu.
Sejam juga dekat dalam ni.
Masing² pun dah tetap dengan pilihan hati.
Jom bayar.

Nish Bundle
6 pasang semuanya.
Harga jangan tanya, walaupun bundle.
Anak² siap cakap mahal harga nya..hahaha.
Nampak sangat ibu selalu belikan kasut dekat Shopee je, itu pun yang bawah RM70 je.
Tak baloi kadang tu, pakai sat ja, lepas tu tak muat dah..
Haaa, mcm sneakers yang selalu linda pakai tu, beli untuk abang Mu'az..baru pakai sat, dah kena tukar saiz.
Nasib sneakers tu saiz Linda, Linda lah yang sambung kontrak pakai.
Kasut yang lain², memang tak sambung kontrak lah.. dah beso.
Kaki ayah pun kalah dengan kaki abang Mu'az..

Eh, nak tahu ke Linda pilih kasut yang mana?

Nish Bundle
Finally, Adidas Samba hitam putih ni.
Sebab sedondon dengan incikSuami.
Saja lah nak matchy².. 🤭🤭

Tapi, tulah.. tak rasmikan pun lagi.

Alhamdulillah, terima kasih incikSuami belanja kami anak beranak kasut baru.
Moga murah rezeki selalu, diberikan kesihatan berpanjangan. Aamin.

Habis sudah cerita 17 Disember kami.🥰🥰

Till then, see ya.

Monday, December 22, 2025

.: 17.12.2025 - PART 3 :.

Assalamualaikum.

Lepas jumpa blogger Cha.
Kita sambung hari anniversary kita dekat Aeon Kepong pula.
Sementara menunggu masa, kita jalan² la musing dalam Aeon ni.

Wefie Ngan anak dara ni.

Masuk popular.
Ada lagi Maid Maiden ni rupanya.
Dulu masa zaman sekolah kita beli yang Monday-Sunday tu.
Tapi kan, popular kat AEON Kepong tu, banyak buku versi tulisan Cina.
Masuk kedai, confius jap. Salah masuk kedai ke.

Lepas tu, jumpa pula Blokees RM8.90 je.
Memang deme beli lah. Pakai duit sendiri. 😂😂

Minta juga la dedek ambilkan gambar ibu dengan ayah.
Boleh la..hihi.

Sambil² tunggu tu, tiba² bunyi loceng kebakaran.
Terkejut lah juga kan.
Nasib baik ada Siaraya beritahu, untuk pemeriksaan sahaja.
Tapi, lama pula bunyi nya, escalator memang tak hidup la.
Dah kena menapak naik ke atas.
Lenguh juga la kaki. Hahaha.

Eh, menapak naik atas tu ke mana? 
Next entry la ye.
Malasnya nak menaip banyak².. Kikiki.

Till then, see ya.

Saturday, December 20, 2025

.: 17.12.2025 - PART 2 :.

Assalamualaikum.

Sambung lagi entry part 2..
Sampai je dekat hosp, terus lah wasap blogger Cha kita yang famous dengan quilling tu.
Lama dah Cha request tulip putih dengan Linda.
Alang² satu jalan ni, hantar terus lah.

Dah selesai urusan, wasap la semula nak minta lokasi rumah. 
Linda nak drop by je, sebab ada hal lain juga. Lagipun, datang 6 beranak, takkan lah nak suruh Cha masak² pula . Hahaha.

Kalau siapa yang pernah lalu area hosp Sungai Buloh tu..
Betul² turun tol Sg Buloh dah ada roundabout baru..
Nak dijadikan cerita, kami laki bini salah keluar simpang..hahaha..
Tau² hala ke tol.
Nasib baik selalunya dekat tol tu boleh u-turn, jadi u turn lah situ..
Kalau tak, jauh nak sampai rumah blogger Cha tu.. hahaha.

Dah masuk taman pula, selalunya memang akan ada incident besokan biji mata, sebab nak tengok nombor rumah..
Alhamdulillah, sampai juga lokasi yang dituju.
Bergambar dah pasti ya.

Keluar sikit je dari rumah blogger Cha, dah jumpa menara KLCC ni..hihi.
Gambar kak M yang tolong snap, dalam kereta baru tengok.. lepas tu cakap dengan Cha "baik kita wefie je tadi, nampak lah kurus sikit".. hahaha.

Linda tak balik tangan kosong ye.
Ada goodies haa Cha bagi.
Susah susah je tau.

Dalam paper bag warna hijau, memang kipas susah mati warna hijau ni.
Tulisan yang sangat lawa.
Memang Linda tampal dekat kalendar Linda nanti.
Eh, boleh masuk dalam kalendar juga jumpa blogger Cha masa 14years anniversary.

Jom reveal isi dalam nya.

Eh, beg kasut lah.
Dapat selipar cantik mungkin.

Sekali, ada handbag dengan sampul duit raya. Dah macam hadiah kawin pula, sebab sambutan anniversary hari tu. Kikiki
Ya Allah, terharu tau.
Rasa macam tak berbaloi je dengan apa yang Linda bagi dekat Cha.
Moga murah rezeki selalu.
Dipermudah urusan yang dah dirancang..Aamin.

Till then, see ya.

.: 17.12.2025 - PART 1 :.

Assalamualaikum.

Wah, dahsyat eh tajuk entri kali ni.
Yang mudah je Linda ambil.
Lepas tu, kemain banyak part lagi.
Sebab memang well spent pada 17 Disember tu.. takde spesifik sambutan pun.
Tapi, terasa lain dari hari² yang biasa.

Awal pagi lagi dah keluar rumah, walaupun Linda ambil cuti hari tu.
Follow up Abang Mueez di Hosp Sungai Buloh kes jatuh basikal dulu tu.

Subhanallah..Pemandangan yang indah.

Lagi, macam awan karpet ke tu?
Linda bukan jenis yang hiking, jadi tak tahu lah rupa awan karpet tu macam mana.hihihi.

Finally, nombor pun dah ambil.
Ramai pula yang ada app dekat klinik neurosurgeri hari tu.
Alhamdulillah, doktor cakap dah boleh discaj klinik.
Abang Mueez pun Alhamdulillah sihat je selepas kejadian jatuh basikal tu. 

Selesai jumpa doktor, Moh Ler kita ke kafeteria..
Semua pun dah berzikir lapar. 🤭🤭
Memang keluar pagi² tu, terus p hosp..
Takde singgah mana² pun.
Tapi, tetap lah tak dapat parking, kena parking berbayar juga.
Murah lah berbanding parking berbayar hosp Selayang tu.. hahaha.

Selesai makan semua.. 
Jom ke destinasi pertama.
Saja ambil cuti, sebab ada nak melencong ke sana sini.
Alang² dah ambil cuti kan.

Jumpa kakak angkat kita kak Na (dia yang kenalkan Linda dengan incikSuami).
Bunga telur warna ungu tu, untuk dia lah.
Alhamdulillah ,bertemu jodoh kembali setelah gagal di perkahwinan pertama.
Bunga telur tu, Linda sponsor untuk kak Na. Memang dah niat, kalau kak Na nak buat majlis nak bagi bunga telur.
Alhamdulillah, tercapai niatnya.

Walaupun dekat je, ni baru 1st time jumpa kak Na. 
Moga majlis berjalan lancar ye kak, doa yang baik² je untuk akak dan Hasya..aamin.

Lepas tu, kita jumpa someone yang geng² blogger kenal.
Nanti next entry ya.

Till then, see ya.

Wednesday, December 17, 2025

.: 14 TAHUN :.

Assalamualaikum.

17.12.2011 - 17.12.2025
Selamat hari kita yang ke 14.
Semoga kita sama² menua.
Ke Jannah bersama.

14th of us
3tahun kenal, 14tahun menyulam kasih.

Semoga rumah tangga yang kita bina, mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT..aamin.

Till then, see ya.

Wednesday, December 18, 2024

.: PEMENANG GA 13TH ANNIVERSARRY :.

Assalamualaikum...

hari nie 18hb, so aci dah la nak umum pemenang GA 13th Anniversarry by Linda kan??
hihihi

so, senarai peserta kita..
ada 13 orang calon nya...
tapiii... linda masukkan 12 nama je..

sebab 1 nama tu..
pemenang bertuah.
linda pilih tanpa perlu melalui undian..
sebab entry beliau betul-betul menusuk hati...terharu linda baca..
siap soalan tau...

soalan dia.. 4M tak nak adik ke??
meh linda jawab kat sini

abang Mu'az - dia siap nak sedekah adik-adik dia dekat orang yang nak
abang Mueez - dia neutral, ada ke takde, sama je
kak M - dia memang selalu je mintak adik, sebab nak adik pompuan, dia igt ibu dia boleh pilih jantina siap-siap kot
dedek - walaupun nampak macam dia ok, tapi dia tak bagi. alasan dia "nanti ibu dah tak sayang adik, asyik syg baby je"

so, menang kepada takde adik baru.. hahaha

Pemenang bertuah GA linda, jatuh kepada AMMI 🎉🎉 tahniah

jadi , linda berbesar hati untuk memilih lagi 3 pemenang bertuah yang lain.

kak Suria Amanda 🎉🎉



tahniah kepada semua pemenang-pemenang
emel kan pada linda di alamat maslindamiswan@gmail.com butir-butir peribadi ye
tajuk emel - 13TH anniversary

disebabkan linda tokey kalendar...
so, linda nak bagi hadiah personalised kalendar untuk pemenang
jadi, kalau tak keberatan, masa hanta emel tu..
sertakan 15 keping gambar ya untuk di letakkan di kalendar masing-masing
(nak redeem hadiah sehingga 31.12.2024 ya)

terima kasih tak terhingga kepada yang lain..
ada rezeki linda buat GA lagi.
terima kasih juga untuk ucapan dan doa bloggers sekalian..
semoga yang baik2 je untuk kita semua..aamin

till then, see ya

Tuesday, December 17, 2024

.: 13 TAHUN BERSAMA :.

Assalamualaikum

maka berakhirlah GA 13th Anniversary by Linda
Alhamdulillah, terima kasih yang sudi join..
nanti linda umum pemenang ya..

17.12.2011 - tarikh sah bergelar suami isteri
alhamdulillah, 13 tahun dah berlalu dan masih menjadi isteri kepada orang yang sama. semoga berkekalan hingga ke jannah.

paling sweet boleh pergi
terima kasih menerima di saat ku hanya pandai menggoreng ikan,
terima kasih menerima di saat ku hanya mampu mengemas rumah bila rajen,
terima kasih menerima di saat ku tak bekerja,
eh, banyak lagi lah terima kasih nya.

sebab ku tahu ku memang tak seperti isteri sempurna yang terlihat di kaca Tv dan muka buku.
aku hanyalah aku.
yang terkadang berangin , yang terkadang melenting, yang terkadang merajuk (tapi nie jarang, sebab bila merajuk, sakit hati lagi, sebab laki ku tak tau pun ku merajuk) 😂😂

okei..enuf with ayat yang konon2 sweet.
kang baca balik, rase geli pulak kerongkong nie.. hahhaa

layanz je lah gambar kitorang yang dari tahun 1- tahun ke 13 nie
moga banyak lagi tahun yang mendatang bersama

-majlis dekat rumah linda-

-MMR, nak balik selayang, sambutan raya haji dekat kem-

-MMR, gambar dari risik-

-5 bulan lepas tunang, baru jumpa dan nak p amik gambar acah-acah pre wed-

-dulu kurus bersama, sekarang gemoks bersama-
baru lah sehati sejiwa..hahaha

-dekat teluk batik, masa nie anak 4 dah-

sebelum kawen, incikSuami pernah hantar nie dekat Linda
tengok msg nie, mcm terpukau

"wow, memang sesuai lah dia nie jadi suami, kena kahwen nie"

tapi, lepas kahwen, baru ko tau apa itu erti penyesalan...hahaha

apa-apa pun, mana ada rumah tangga yang tak dilanda badai.
cuma nya badai kecil @ badai besar je.
apa-apa pun, doa usaha..
mana ada orang kahwen nak bercerai berai.
apa yang berlaku semua ada hikmahnya...
semoga rumah tangga kita semua sentiasa dalam Redha Allah, insya-Allah bahgia ke jannah..aamin

till then, see ya

edited - penyertaan selagi mana masih dalam tarikh 17/12.. linda terima ya...mai2 cepat sape lagi yang nak join GA linda...

Friday, December 13, 2024

.: GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY :.

Assalamualaikum

tanggal 17/12/2024 nanti cukup lah 13 tahun tempoh perkahwinan kami.
Alhamdulillah di kurniakan 4 orang anak sebagai penerus keturunan.
semoga keturunan kami menjadi mukmin yang sejati, berjaya dunia akhirat, Aamin

Semoga rmahtangga kami mendapat keberkatan daripada Allah,Aamin


so, di  kesempatan ini..
linda nak buat GiveAway lah..

tempoh GiveAway 7 hari je
11-17 disember 2024

simple rules -

1-buat entry (common kan?)
2-drop link dekat entry nie (senang nak BW balik)
3-meh folo Linda (sape yang belum folo)

tak fikir lagi nak pilih berapa orang yang bertuah.
nanti linda fikir ya..

till then, see ya


update senarai peserta

1- sis Roziah aka Cie

2- sis nieza

3- kak Sheila aka Ammi

4- kak Puan Hazel

5- syuhada

6- ejulz

7- kak MA

8-fairus

9- Nieyl

10- kak SA

11- tarmizi

12- CCL (kita kira juga lah walaupun kata dah tutup penyertaan, tapi masih 17.12)

13- SR

Monday, June 24, 2024

. : SELAMAT 11 TAHUN :.

Assalamualaikum 

Tahniah untuk diri sendiri
For the 11th years in public service 
Tarikh lantikan - 24.06.2013

Throwback 2017 kot tak silap
Kemasukan pelatih di ILkkm Melaka (kejururawatan) 

Time nie muka runcing lagi.. Hahaha
N19 - N22 - N26

Haaa.. Elok lah tu berbaris.. 
11tahun servis - dah 3 PTJ Linda rasa
Semoga yang baik2 je untuk akan datang.. Aamin2 

Ada lagi 24tahun lagi untuk sampai ke umur persaraan, jika diizinkan Allah... Aamin2 

Till then, see ya