Assalamualaikum.
cerita pasal raya tak habis lagi.
tak dan nak menaipnya.
Jumaat, 17.04.2026 - jamuan raya di unit pentadbiran pula.
makanan ditentukan mengikut lorong.
geng luar pejabat, asrama dan library termasuk dalam lorong pertama, menu Dessert.
kutipan lagi RM20 untuk membeli makanan, dan sesiapa yang sudi sponsor, bawa la.
meja dessert
banyak juga menunya.
alhamdulillah, rezeki.. dengan duit collection, sponsor makanan lagi.
dapat la pelbagai jenis dessert yang ada.
team gegirl dessert.
dengan partner semestinya.
geng gegirl pentadbiran dan HR
lagi gambar buat kenangan, bersama tetamu dari unit lain juga
dengan bos-bos, penyelia hospital
dengan geng HR, lorong lain.
weyh, tak dan ambil gambar makanan.
makanan sendiri je yang sempat ambil.
Alhamdulillah, kenyang sepanjang hari.
siap tapau, buat makan malam dan sarapan esoknya.
sarapan esok tu, dessert la.. boleh tahan kan.
macam brownis, kek coklat, kek marble.
tahun lepas, datang sebagai tetamu ni.
tahun ni, Cc masukkan dalam group lorong sekali..
sebab team pentadbiran juga kan.
mana-mana pun linda ok je.
sebab pejabat linda kan dekat luar kawasan.
itu yang kadang-kadang terlepas pandang.
semuanya selalu orang last la yang tahu. hihihi.
doa linda seperti biasa, "semoga tahun depan, sambut raya di jabatan baru, aamin".
till then, see ya.








No comments:
Post a Comment