Assalamualaikum.
Aktiviti hari nie, pasang tinted dekat sliding door rumah.
Tapi, incikSuami sorang jelah yang buat.kikiki
Yang penat nya, nak bersihkan cermin dulu.
Linda dengan anak-anak bersihkan je masa cuti sekolah bulan sept hari tu.
Tapi, tak capai piawaian incikSuami.
Jadi, bersihkanlah sendiri.
Dah selesai bersihkan (lama jugak mamat tu bersihkan).
Baru la pasang tinted nya.
Tinted beli dekat TikTok je.
Yang nie pun, berchenta juga, jenis incikSuami, kalau boleh semua nak perfect.
Tu yg malas nak DIY apa², sebab nanti dia tak puas hati je.
Katanya tak sama macam orang kedai buat.
Humm, orang kedai tu dah biasa, kita nie makan tahun, baru nak buat sendiri.
Teringin nak pasang shiplap dekat pagar, pun dia takmo.hahaha.
Padahal, bukan susah pun.
Jadi nya,Linda follow je lah dia.
Dia nak buat apa, ikut lah dia.
Malas nak gaduh, lagipun, Linda pun takde lah pandai deko² pun, janji rumah nampak kemas, tak bersepah..sudah.
Akhirnya, siap juga pasang tinted.
Tapi, siap 1 slide je daripada 3. 🤭🤭
Alhamdulillah, jadi lah, daripada tak siap lansung.
Tambah pula, tiba² incikSuami sakit pinggang pula, lama dah tak menyerang tu.
Memang incikSuami ada di diagnosis slip disc, dari sebelum pencen lagi.
Tapi, bukan dekat tempat yang serius lah.. Linda pun tak ingat dekat L berapa.
Harap² ok lah nie, dah pergi farmasi tadi, beli painkiller, koyok dengan ubat saraf.
Esok Linda kena drive la nampaknya. 😂😂
Till then, see ya.



Jenuh juga nak memasang tu. Husband Cie buat hari tu kat sliding door kami dia beli kat diy je. Tingkap pun habis dia buat sorang.
ReplyDeleteItulah..jadinya, memang 1 je lah dulu .lagi 2 tu, Len kali pula..esok kena balik dah..tak muka extra cuti pun.
DeleteKerja keras suami Linda, sampai sakit² pinggang. Semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteAwal² pagi tu, sebelum buat cermin tu dia cakap sakit dah..tapi, dok buat juga kerja.. tak larat la tu, mampu buat 1 slide je .. terima kasih doanya kak Nur
DeleteRajinnya husband Linda... Buat sendiri mmg la puashati, tapi kalau tak biasa ambik masa lamalah nak siapkan, plus dgn pakej sakit & lenguh² semua tu la... Semoga baik² utk husband Linda ye 🤲🏻
ReplyDeleteBuat sendiri memang puas hati,tapi tulah.. kena banyak bersabar lah..kikiki.
DeleteBau koyok je dah nie..
alhamdulillah suami yg rajin kerjanya teliti sempurna
ReplyDeleteAlhamdulillah..tapi, tula..lambat la kerja nya siap...hihihi
Deletebukan senang nk buat semua dengan teliti dan hasil memeuaskan hati kan...ssyafahullah buat suami Linda...
ReplyDeleteBetul tu kak.. nie nampak dah ok sikit..
Deleteshafahullah utk ur hubby. slip disc bahaya dan painful jugak
ReplyDeleteItulah...kesan angkat n pikul barang² berat masa kerja dulu..terjun parachute pun iye juga
DeleteMoga cepat sihat utk husb..
ReplyDeleteWah pasni bleh wat kenduri masuk umah Baru Linda hihi
Aamin..terima kasih kak.. beransur sihat dah tu, boleh drive..ok lah tu..kikiki..
DeleteAda rezeki, lepas duduk menetap boleh la nanti..insyaAllah.
Wah, bagusnya DIY... xpe la slow² buat kan janji puas hati
ReplyDeleteAlhamdulillah, incikSuami rajin nak DIY..tp tanya upah pasang tinted pun RM300-500 juga..takpelah, pasang sendiri je lah
DeleteOwh..Dkt tiktok aje jual jgk ek tinted ni..Sy pun tgh mncari tinted utk sliding door =)
ReplyDeleteada, dekat shopee pun ada...nampak gaya kualiti ok je tu, mungkin lepas 3, 4 tahun baru memudar kot.. kak M duduk luar tak nampak orang kat dalam, ok lah nak selak2 langsir
DeleteRajin suami Linda. Semoga berjaya buat lagi 2 tinted tuh ye. Semoga suaminya sihat juga
ReplyDeleteAlhamdulillah, kena dengan mood dia memang rajin kak...
Deleteitu lah, sampai hari nie dok menahan sakit juga, sian la pula
Jenis orang yang perfect kita tak boleh kacau.. mereka ada piawaian sendiri.
ReplyDeleteya, gitu lah kak...tu yang malas nak masuk campur kalau dia buat kerja...lepas tu dia bebel2 anak2 buat kerja tak elok mana...ala, nama pun budak...kalau kita asyik cakap semua tak kena, mau lansung diorang tak buat.. hahaha
DeleteWah, nampak baru nanti daun pintu..
ReplyDeleteTakde lah orang luar boleh nampak orang dalam
Deletesuami awak ngan adik lelaki ammi boleh duduk serumah. kalau buat kerja bukan main teliti lagi. nak bersihkan tingkap je pun siap semua tools dia (baldi, kertas, sabun, scrap, apa lagi ntah...). pastu 13 tahun dia ngadap tingkap tu tak siap2
ReplyDeleteHahaha..sabar je lah..nie kena juga nampak siap..walaupun 1, kalau tak..asyik kena bahan dengan bini je..
Delete