lovvu Dobbu

Sunday, October 19, 2025

.: TINTED SLIDING DOOR :.

Assalamualaikum.

Aktiviti hari nie, pasang tinted dekat sliding door rumah.
Tapi, incikSuami sorang jelah yang buat.kikiki

Yang penat nya, nak bersihkan cermin dulu.
Linda dengan anak-anak bersihkan je masa cuti sekolah bulan sept hari tu.
Tapi, tak capai piawaian incikSuami.
Jadi, bersihkanlah sendiri.

Dah selesai bersihkan (lama jugak mamat tu bersihkan).
Baru la pasang tinted nya.
Tinted beli dekat TikTok je.
Yang nie pun, berchenta juga, jenis incikSuami, kalau boleh semua nak perfect. 
Tu yg malas nak DIY apa², sebab nanti dia tak puas hati je.
Katanya tak sama macam orang kedai buat.
Humm, orang kedai tu dah biasa, kita nie makan tahun, baru nak buat sendiri.

Teringin nak pasang shiplap dekat pagar, pun dia takmo.hahaha.
Padahal, bukan susah pun.
Jadi nya,Linda follow je lah dia.
Dia nak buat apa, ikut lah dia.
Malas nak gaduh, lagipun, Linda pun takde lah pandai deko² pun, janji rumah nampak kemas, tak bersepah..sudah.

Akhirnya, siap juga pasang tinted.
Tapi, siap 1 slide je daripada 3. 🤭🤭
Alhamdulillah, jadi lah, daripada tak siap lansung.
Tambah pula, tiba² incikSuami sakit pinggang pula, lama dah tak menyerang tu.
Memang incikSuami ada di diagnosis slip disc, dari sebelum pencen lagi.
Tapi, bukan dekat tempat yang serius lah.. Linda pun tak ingat dekat L berapa.

Harap² ok lah nie, dah pergi farmasi tadi, beli painkiller, koyok dengan ubat saraf.
Esok Linda kena drive la nampaknya. 😂😂

Till then, see ya.

26 comments:

  1. Jenuh juga nak memasang tu. Husband Cie buat hari tu kat sliding door kami dia beli kat diy je. Tingkap pun habis dia buat sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..jadinya, memang 1 je lah dulu .lagi 2 tu, Len kali pula..esok kena balik dah..tak muka extra cuti pun.

      Delete
  2. Kerja keras suami Linda, sampai sakit² pinggang. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal² pagi tu, sebelum buat cermin tu dia cakap sakit dah..tapi, dok buat juga kerja.. tak larat la tu, mampu buat 1 slide je .. terima kasih doanya kak Nur

      Delete
  3. Rajinnya husband Linda... Buat sendiri mmg la puashati, tapi kalau tak biasa ambik masa lamalah nak siapkan, plus dgn pakej sakit & lenguh² semua tu la... Semoga baik² utk husband Linda ye 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri memang puas hati,tapi tulah.. kena banyak bersabar lah..kikiki.

      Bau koyok je dah nie..

      Delete
  4. alhamdulillah suami yg rajin kerjanya teliti sempurna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tapi, tula..lambat la kerja nya siap...hihihi

      Delete
  5. bukan senang nk buat semua dengan teliti dan hasil memeuaskan hati kan...ssyafahullah buat suami Linda...

    ReplyDelete
  6. shafahullah utk ur hubby. slip disc bahaya dan painful jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...kesan angkat n pikul barang² berat masa kerja dulu..terjun parachute pun iye juga

      Delete
  7. Moga cepat sihat utk husb..

    Wah pasni bleh wat kenduri masuk umah Baru Linda hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih kak.. beransur sihat dah tu, boleh drive..ok lah tu..kikiki..
      Ada rezeki, lepas duduk menetap boleh la nanti..insyaAllah.

      Delete
  8. Wah, bagusnya DIY... xpe la slow² buat kan janji puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, incikSuami rajin nak DIY..tp tanya upah pasang tinted pun RM300-500 juga..takpelah, pasang sendiri je lah

      Delete
  9. Owh..Dkt tiktok aje jual jgk ek tinted ni..Sy pun tgh mncari tinted utk sliding door =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, dekat shopee pun ada...nampak gaya kualiti ok je tu, mungkin lepas 3, 4 tahun baru memudar kot.. kak M duduk luar tak nampak orang kat dalam, ok lah nak selak2 langsir

      Delete
  10. Rajin suami Linda. Semoga berjaya buat lagi 2 tinted tuh ye. Semoga suaminya sihat juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kena dengan mood dia memang rajin kak...
      itu lah, sampai hari nie dok menahan sakit juga, sian la pula

      Delete
  11. Jenis orang yang perfect kita tak boleh kacau.. mereka ada piawaian sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, gitu lah kak...tu yang malas nak masuk campur kalau dia buat kerja...lepas tu dia bebel2 anak2 buat kerja tak elok mana...ala, nama pun budak...kalau kita asyik cakap semua tak kena, mau lansung diorang tak buat.. hahaha

      Delete
  12. Wah, nampak baru nanti daun pintu..

    ReplyDelete
  13. suami awak ngan adik lelaki ammi boleh duduk serumah. kalau buat kerja bukan main teliti lagi. nak bersihkan tingkap je pun siap semua tools dia (baldi, kertas, sabun, scrap, apa lagi ntah...). pastu 13 tahun dia ngadap tingkap tu tak siap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sabar je lah..nie kena juga nampak siap..walaupun 1, kalau tak..asyik kena bahan dengan bini je..

      Delete