lovvu Dobbu

Monday, August 18, 2025

.: RONDA IKEA :.

Assalamualaikum..

Lamanya peram kisah nie dekat draf.
Kalau tanam pokok cili, dah ada hasil agaknya.

Ceritanya, lepas jual minyak terpakai kat sini.
Kami terus ke IKEA Damansara kot.
Yang dekat dengan Selayang, dalam 30-40min dah sampai.

Masalah sekarang nie,parking semua dekat basement.
Dapat incikSuami,dia yakin je..hahaha.

Oklah jauh lagi dari bumbung roofbox tu.
Setakat dah pasang roofbox nie, lepas je nak masuk basement parking mana².
Tapi, Selayang Mall tak berani, sebab memang nampak rendah sikit.

Pertama kali masuk IKEA, ok agak cewi lah kat situ. Hahaha.
Jom tengok gambar.

Yang nie dekat pintu masuk gedung dia.

Alahai, geram pula Linda dengan almari cermin nie.

Dalam dia, yang nie material dia plastik je.
So,harga below 100 lah.
Kalau yang stainless steel,memang 100 ke atas.

Sambil sambil tu, posing sikit.

Dek hari tu jadi ustaz, elok pula berkopiah dia.
Merayau dalam tu, hampir 3 jam.
Tu pun cepat² jalan, sebab anak-anak dah mengadu lapar dan penat. Hahaha.
Ibu tak sempat nak explore habis-habisan.
Sebab nya, ntah bila lagi nak masuk IKEA nie. 🤭🤭

Tapi, keluar bukan dengan tangan kosong ye. Hihi

Hasil menuai dalam IKEA.
Jerung tu dedek punya.
Panda kak M punya.
Jam dinding tu abang Mu'az kata nak letak dalam bilik.
Periuk tu 5in1, ibu punya. 
Yang saiz paling besar, dah rasmi.
Banyak kali guna dah.
Yang lain je belum. Hihihi

Till then, see ya.

14 comments:

  1. Mesti ada habuan sorang satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki diorg Sue..kalau takde, nengok je lah..hihihi

      Delete
  2. masuk IKEA plan nak cari satu barang pasti keluar satu troley...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..itulah..nseb baik tak keluar 1 troli..

      Delete
  3. dalam banyak2 ikea, ikea damansara is my favourite.. selalu kalau singgah, yang wajib grab gelas tinggi, ziplock bag dengan lunch box. tapi sampai sekarang tak berjaya nak grab plushies kat situ.. cik abang kata dah penuh haiwan kat rumah.. hehe..

    ps: haiwan tu budak we bare bears 3 ketul tu.. macam2 saiz ado.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel je ada we bare bears...tapi memang comel je bears 3 ketul tu

      Delete
  4. Seronoknya anak-anak dapat hasil tuaian.

    ReplyDelete
  5. Seronok ye, Linda, pergi Ikea, jamu mata tengok macam-macam ada. Akak pernah sampai Ikea Damansara sekali. Pun terbeli periuk juga. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..tak pernah pergi kak..seronok bila tengok deko² bilik, rumah..hall..

      Delete
  6. Syok masuk ikea suka tengok barangan dia . Paling suka makan kat cafe ikea tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang kat cafe,malas nak join the crowd...hihihi..lain kali lah repeat

      Delete
  7. Lama tak ke IKEA Damansara ni. Dulu sebelum ada di Cheras, rajin jugaklah ke sini. Kadang tak ada stok di Cheras, ke Damansara. hihi..Memang tak keluar tangan kosonglah kalau dah masuk. Ayahnya je tak de apa nak bawak balik ek. hihi...Kalau ke IKEA tak rajin dah nak jalan-jalan ke showroom, terus ke warehouse je ambil barang dan balik. Kalau masuk showroom nanti jadi lambat nak posing sana sini. kikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kita first time masuk..tak tahu jalan dalam tu..lagipun, takde niat nak beli barang² pun..nak tengok² je..
      Ayah tolong keluarkan duit..hihihi

      Delete