Assalamualaikum.
Kerjaan di hari sabtu.
Lepas hantar abang Mueez ke kelas tambahan UPKK.
Linda pun ambil posisi yang selesa, untuk menyiapkan langkah terakhir untuk bunga telur (walaupun tak cukup lagi 3 batang 😁)
Inti bunga linda potong, bagi pendek sikit.
Gam jangan lupa on, nanti tak cair pula gam nya.
Gam nie sepanjang berkraf tangan nie, banyak kali beli.
Sebab nya dia tak panas dah.
Tak tau lah kenapa.
Nak buat apa dengan inti bunga?
Nak letak kat bunga la, biar nampak berseri sikit.
Sebelum letak inti bunga.
Selepas letak inti bunga.
Nampak la comey sikit.
Ye dak?? Hahha.
Berhenti rehat bersam kopi ais family mart.
Balik ambil abang Mueez, singgah beli la sekali.
Abang Mueez dengan abang Mu'aaz dapat aiskrim Mixue.
Penuh dah satu kotak.
Dari 10 pagi sampai 9 malam, siaplah 97 batang bunga.
Hahaha.. lama betul nak siap.
Ye lah, selingan banyak.
Nie pun, ada abang Mu'az dengan abang Mueez je dekat rumah.
Adik-adik dengan incikSuami balik Taiping, tu yang boleh siap juga..
Kikiki.
Next project, Biha kata nak order untuk majlis kahwin adiknya.
Tapi, warna tak beritahu lagi.
So, boleh la santai-santai dulu.
Till then, see ya.
Rajin nya.. hari ni ramai blogger up entry hasil tangan .. dari memasak sampai la gubahan bunga telur ni huhu... so nk tempat bunga telur boleh order sini la yer? ok baikkk..
ReplyDeleteMengenang kembali..dulu masa kahwin pun buat sendiri je semua...
DeleteKalau nak order roger je..email pun ada..boleh e-mail je..hihihi
Hahaha.. selingan banyak tu yg lambat siap, kan. Cantik² bunga telur, kreatif Linda.
ReplyDeleteItulah...
DeleteTerima kasih SK..biasa² je
Cantiknya rajin linda buat bunga tu. Gam tembak tu Cie beli kat mr diy tahan lama jugak banyak dah berjasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah,terima kasih Cie..biasa² je...
DeleteHaa tulah, kalau kalo DIy yang beso punya..
Cantik kejadiannya. Sikit-sikit lama-lama siap juga
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Alhamdulillah, terima kasih Amie..boleh la berkraf tangan sikit²...
DeleteCantiknya bunga telur hasil tangan sendiri ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah...boleh la sikit² kak...
DeleteAkhirnya siap juga.. yeayyyy
ReplyDeleteKalau buat secara partime takdelah rasa stress ya... sebab buat pun santai² tapi ada due datenya.
Kalau ada org order pun, tanya dulu bila majlis..malas nak kalut²..
Deletebestnya.. kita sama minat.. seronok kan bila dah jadi tu.
ReplyDeleteFinally siap hehe ... Akk dulu rajin juga buat bunga telur ni tapi skrg dah tak rajin hihi ..
ReplyDeleteGigih buat..perkara baik..kreatif juga ..cantik gubahannya..
ReplyDelete