lovvu Dobbu

Sunday, August 24, 2025

.: FINISHING BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum.

Kerjaan di hari sabtu.
Lepas hantar abang Mueez ke kelas tambahan UPKK.
Linda pun ambil posisi yang selesa, untuk menyiapkan langkah terakhir untuk bunga telur (walaupun tak cukup lagi 3 batang 😁)

Inti bunga linda potong, bagi pendek sikit.

Gam jangan lupa on, nanti tak cair pula gam nya.
Gam nie sepanjang berkraf tangan nie, banyak kali beli.
Sebab nya dia tak panas dah.
Tak tau lah kenapa.

Nak buat apa dengan inti bunga?
Nak letak kat bunga la, biar nampak berseri sikit.

Sebelum letak inti bunga.

Selepas letak inti bunga.
Nampak la comey sikit.
Ye dak?? Hahha.

Berhenti rehat bersam kopi ais family mart.
Balik ambil abang Mueez, singgah beli la sekali.
Abang Mueez dengan abang Mu'aaz dapat aiskrim Mixue.

Penuh dah satu kotak.

Dari 10 pagi sampai 9 malam, siaplah 97 batang bunga.
Hahaha.. lama betul nak siap.
Ye lah, selingan banyak.
Nie pun, ada abang Mu'az dengan abang Mueez je dekat rumah.

Adik-adik dengan incikSuami balik Taiping, tu yang boleh siap juga..
Kikiki.

Next project, Biha kata nak order untuk majlis kahwin adiknya.
Tapi, warna tak beritahu lagi.
So, boleh la santai-santai dulu.

Till then, see ya.

14 comments:

  1. Rajin nya.. hari ni ramai blogger up entry hasil tangan .. dari memasak sampai la gubahan bunga telur ni huhu... so nk tempat bunga telur boleh order sini la yer? ok baikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenang kembali..dulu masa kahwin pun buat sendiri je semua...
      Kalau nak order roger je..email pun ada..boleh e-mail je..hihihi

      Delete
  2. Hahaha.. selingan banyak tu yg lambat siap, kan. Cantik² bunga telur, kreatif Linda.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya rajin linda buat bunga tu. Gam tembak tu Cie beli kat mr diy tahan lama jugak banyak dah berjasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,terima kasih Cie..biasa² je...
      Haa tulah, kalau kalo DIy yang beso punya..

      Delete
  4. Cantik kejadiannya. Sikit-sikit lama-lama siap juga
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Amie..boleh la berkraf tangan sikit²...

      Delete
  5. Cantiknya bunga telur hasil tangan sendiri ni.

    ReplyDelete
  6. Akhirnya siap juga.. yeayyyy
    Kalau buat secara partime takdelah rasa stress ya... sebab buat pun santai² tapi ada due datenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada org order pun, tanya dulu bila majlis..malas nak kalut²..

      Delete
  7. bestnya.. kita sama minat.. seronok kan bila dah jadi tu.

    ReplyDelete
  8. Finally siap hehe ... Akk dulu rajin juga buat bunga telur ni tapi skrg dah tak rajin hihi ..

    ReplyDelete