Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, February 23, 2026

.: INFOGRAFIK RESEPI KHAIRUL AMING :.

Assalamualaikum.

jom tepek lagi infografik resepi Khairul Aming.
linda tak ikut hari ye..
ikut je mana yang belum tepek.
senang juga untuk rujukan diri sendiri.

Cantonese Yee Mee  Khairul Aming
- Cantonese Yee Mee -

Peach Cobbler  Khairul Aming
- Peach Cobbler -

Kuah Buttermilk dan Mantao Khairul Aming
- Kuah Buttermilk dan Mantao -

Ayam Peri-peri Khairul Aming
- Ayam Peri-peri -

Nasi Kukus Berempah  Khairul Aming
- Nasi Kukus Berempah -

Smores Dip Khairul Aming
- Smores Dip -

 selamat berbuka.
kot2 hari nie nak buat masakan ikut resepi KA ke.
moga berjaya.

till then, see ya.

Sunday, February 22, 2026

.: INFOGRAFIK RESEPI KHAIRUL AMING :.

Assalamualaikum.

Tahun ni, menekan nekan cikgu KA kita.
Ingatkan, kot² la bz dengan Rembayung.
Non hado.
Kemain bertubi tubi resepi beliau keluar. 

Jom scroll resepi beliau.
Versi infografik, mudah dan lagi senang nak guna buat panduan.

Resepi KA - puding karamel
- Puding Karamel -

Resepi KA - Ayam sos plum
- Ayam Sos Plum -

Resepi KA - nasi goreng cili kering
- Nasi Goreng Cili Kering -

Resepi KA - sardin bertumis kari
- Sardin Tumis Bersantan -

Resepi KA - Ayam pop
- Ayam Pop -

Tapi kan, bukan Linda buat tau infografik ni.
Kawan masa belajar dekat U up dekat Treads.
Meletup posting dia.
Beribu orang reshare.
Alhamdulilah, banyak pahala dia dapat. Memudahkan urusan orang lain, insyaAllah.

Linda doakan dia sihat² selalu. Aamin.

Rase macam nak cuba ayam pop tu lah balik weekend nanti.

Till then, see ya.

Wednesday, June 4, 2025

.: RECALL RESEPI ASAM LAKSA :.

 Assalamualaikum.



sebab kak PH minta resepi..meh kita recall balik resepi nya.
dah pernah up dekat entri nie.
tapi, jauh nak scroll kan.
tepek baru je lah.


Cubaan membuat  ala2 D'laksa 😬

1 tin sardin mackerel (cap ayam)

1 bungkus pes asam pedas adabi 

3 bj bawang merah sederhana besar 

Bunga kantan 

Daun kesum

Sedikit belacan

Sebungkus laksa basah ( celur dlm 5-10 minit)

nie bahan-bahan nye..mudah je

Blend semua bahan td kecuali daun kesum dan bunga kantan 

Masak semua bahan td dan masukkan air sesuai dgn kepekatan kuah yg kita nak.

Perisakan dgn garam gula( pilihan) dan asam keping 

(Ajinoto ikut suka  nk masuk atau tidak)  

Masuk bebola ikan 

#ulam 

Salad

Bawang merah 

Limau kasturi 

Petis udang (saya x buh sebab xdak 😅)


Kredit empunya resepi

*linda pun amik kat fesbuk je nie*

Monday, March 10, 2025

.: RESEPI AKOK ROTI :.

Assalamualaikum

Kuih Akok Roti 

by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A
2 keping nisan kerek/gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan
sedikit garam

bahan B
4 keping roti
air gula nisan (dari bahagian A)
4 biji telur (gred b)
1 cawan santan pekat
sedikit minyak

Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan masak hingga gula nisan hancur/larut.Keluarkan daun pandan dan biarkan larutan air gula sejuk/suam sedikit.
  2. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam blender.Tapiskan air gula nisan ke dalam blender.Masukkan telur dan santan.Kisar hingga halus.Tuang ke dalam bekas/jug.
  3. Sapu acuan cup cake maker dengan sedikit minyak dan pre heat sekejap.
  4. Setelah Trio cup cake maker panas, tuang adunan ke dalam acuan.Tuang 3/4 acuan sahaja supaya kuih akok dapat mengembang dengan cantik.JANGAN tuang terlalu penuh.Boleh dengar ada bunyi desir semasa menuang adunan.Itu menandakan acuan telah panas.
  5. Biarkan kuiha akok masak, boleh dengar ada bunyi 'kuih mengembang memenuhi ruang acuan' rujuk di video youtube.Setelah dengar bunyi tersebut, buka cup cake maker dan keluarkan kuih.
  6. Ulang proses membakar kuih hingga adunan habis.Pastikan setiap kali menuang adunan, acuan MESTI dipanaskan semula.
  7. Untuk video tutorial tonton di Youtube Malina Lina Pg

kredit lina_pg

 boleh lah buat untuk berbuka petang nie.
insya-Allah..

till then, see ya.

Thursday, March 6, 2025

.: RESEPI IKAN SARDIN MASAK ASAM :.

 Assalamualaikum



  1. 3 ekor ikan sardin
  2. 2 ulas bawang putih - hiris
  3. 3 bj bawang merah - hiris
  4. 5 bj cili padi - hiris
  5. 1 inci halia - hiris
  6. 3 keping asam gelugur
  7. Garam/sesedap rasa
  8. Gula
  9. 1 bj tomato - belah 6
  10. 1 bj timun - potong besar
  11. 2 cawan air
  12. Kunyit serbuk



kat rumah ada ikan sardin, dok google lah nak masak apa.
ok, petang nie insya-Allah jadi masak asam kita nie.
jemu dah asyik makan ayam je.

till then, see ya.

Sunday, January 19, 2025

. : PUDING KARAMEL :.

Assalamualaikum

Kerap sungguh masak puding caramel dalam 2minggu nie. 

Yang pertama untuk majlis tahun 6 abang Mu'az. 
Lepas tu, untuk jamuan akhir tahun sek agama, req by abang Mu'az jugak. 
Kali ke3, dedek pun request jugak nak puding karamel mcm abang Mu'az untuk jamuan tadika dia. 
Ibu layan kan jelah, selagi bahan ada. 

Beratur lah bekas puding nie atas kabinet. 
Naseb baik ada kabinet nie, boleh susun atas dia. 

Selepas diisi dengan puding nya. 
Kalau berjualan nie, laku juga ya. 
Selalu orang jual berapa sebekas?? Hihihi

Simpan dalam peti ais yang comel je tu. 
Naseb baik muat semua bekas dalam peti ais 1 pintu tu. 🤭🤭

Bekas polistren nie memang ada kat rumah. 
Kalau balik sabak bernam, bawak sekali. 
Beli lauk2 fresh dekat market bawak balik selayang. 

Penuh bekas polistren tu, dapat 40 bekas. 
Ok lah tu, nama pun jamuan.
Pot luck makan sorang sikit, jadi banyak jugak nanti. 

RESEPI PUDING KARAMEL (bekas dadih) 

  • Secawan gula pasir (utk buat karamel nya). 
  • Setengah cawan air panas (lepas gula cair sepenuhnya). 

Untuk puding nya :
  • Satu tin susu cair. 
  • Agar-agar 20g.
  • Sesudu kecil tepung kastad. 
  • Setengah tin susu pekat (manis ikot individu ya). 
  • 4 cawan air masak (linda sukat guna tin susu cair tu je). 
  • Campur semua, masak sampai mendidih kuat. 

Dah siap isi dalam bekas, simpan dalam peti sejuk. 
Sedap makan sejuk2. 

Adik ipar dah request suruh buat hari raya nanti. 
Linda cakap, kena suruh mak duduk depan, kalau tak, malu nanti nak buat. Hihihi

Till then, see ya. 

Sunday, October 6, 2024

. : LAUK LUNCH SIAKAP TIGA RASA :.

Assalamualaikum 

Dah cakap kan nak masak siakap tiga rasa... 
Meh lah kita potong sesiap bahan bahan.. 

Ikan dah siap goreng.. 
Potong tiga sebab takde pinggan beso nak letak nanti.. 
Ada nenas, putik jagung, lobak dan tomato

Tara.. 
Dah siap pun... 
Kuah asing.. Nanti siapa nak makan, pandai lah tuang kuah nya... Hihihi

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA BY LINDA

1-panas kan minyak masak
2-tumis bawang dan cili kisar
3-letak air sedikit, tambahkan sos cili sikit
4-tunggu mendidih (agak2 dah pekat), terjunkan segala sayuran yang ada
5-sayuran dah masak boleh matikan api
6-nak terus makan, curah atas ikan siakap yang dah goreng tadi
7-boleh lah sedia untuk di ngap 😂😂


Haaa.. Dah kenyang kan masing masing.. 
Apa lagi, gotong royong lah

Bersihkan kipas bilik masing masing
Dari dok saje tengok henset, tengok TV.. 
Buat kerja berfaedah sikit

Till then, see ya

 

Tuesday, September 24, 2024

.: SIMPLE BREAKFAST :.

Assalamualaikum 

Disebabkan breakfast hari nie lain dari biasa.. 
Kita up entry lah... Hihihi
Biar jadi pendorong kerajinan di kala malas

Simple wrap je
Mudah je sebab anak tak makan sayur... Hihihi

Meh nak share resipi...

Bahan bahan :
- tortilla wrap belah 4
- sosej dibelah 2
- chicken fingers
- cheese slice 

Steps :
1- sosej dan chicken fingers digoreng dulu
2- ambik wrap yang dah dibelah 4 tadi.
3- susun chicken fingers dan sosej, letak cheese slice (ikot suka nak banyak mana)
4- letak sos, mayonis, atau apa-apa dressing yang disukai
5- lipat kan , then cucuk dengan lidi pencungkil gigi yang belum guna 😂😂
6- hidang dan boleh dimakan

till then, see ya


 

Sunday, May 12, 2024

. : LAKSA ALA2 D'LAKSA :.

 Assalamualaikum 


Nahh resepi mudah utk hantu laksa😋🥰


Cubaan membuat  ala2 D'laksa 😬


1 tin sardin mackerel (cap ayam)

1 bungkus pes asam pedas adabi 

3 bj bawang merah sederhana besar 

Bunga kantan 

Daun kesum

Sedikit belacan

Sebungkus laksa basah ( celur dlm 5-10 minit)

Blend semua bahan td kecuali daun kesum dan bunga kantan 

Masak semua bahan td dan masukkan air sesuai dgn kepekatan kuah yg kita nak.

Perisakan dgn garam gula( pilihan) dan asam keping 

(Ajinoto ikut suka  nk masuk atau tidak)  

Masuk bebola ikan 

#ulam 

Salad

Bawang merah 

Limau kasturi 

Petis udang (saya x buh sebab xdak 😅)


Kredit empunya resepi

*linda pun amik kat fesbuk je nie*


Till then, see ya