Assalamualaikum
Kuih Akok Roti
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A
2 keping nisan kerek/gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan
sedikit garam
bahan B
4 keping roti
air gula nisan (dari bahagian A)
4 biji telur (gred b)
1 cawan santan pekat
sedikit minyak
Cara-cara
- Satukan bahan A dan masak hingga gula nisan hancur/larut.Keluarkan daun pandan dan biarkan larutan air gula sejuk/suam sedikit.
- Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam blender.Tapiskan air gula nisan ke dalam blender.Masukkan telur dan santan.Kisar hingga halus.Tuang ke dalam bekas/jug.
- Sapu acuan cup cake maker dengan sedikit minyak dan pre heat sekejap.
- Setelah Trio cup cake maker panas, tuang adunan ke dalam acuan.Tuang 3/4 acuan sahaja supaya kuih akok dapat mengembang dengan cantik.JANGAN tuang terlalu penuh.Boleh dengar ada bunyi desir semasa menuang adunan.Itu menandakan acuan telah panas.
- Biarkan kuiha akok masak, boleh dengar ada bunyi 'kuih mengembang memenuhi ruang acuan' rujuk di video youtube.Setelah dengar bunyi tersebut, buka cup cake maker dan keluarkan kuih.
- Ulang proses membakar kuih hingga adunan habis.Pastikan setiap kali menuang adunan, acuan MESTI dipanaskan semula.
- Untuk video tutorial tonton di Youtube Malina Lina Pg
kredit lina_pg
boleh lah buat untuk berbuka petang nie.
insya-Allah..
till then, see ya.