Assalamualaikum.
HUKUM SAMBUTAN MAULID RASUL
SOALAN :
Apakah hukumnya membuat upacara sambutan Maulidurasul?
JAWAPAN :
Berkata Dr Syauqi Ibrahim ‘Allam Mufti Mesir :
الاحتفال بالمولد النبوي الشريف شاهدٌ على الحب والتعظيم لجناب سيدنا النبي صلى الله عليه وآله وسلم والفرح به، وشكرٌ لله تعالى على هذه المنَّة كما قال تعالى: ﴿قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا﴾ [يونس: 58]. وهو أمرٌ مستحبٌّ مشروعٌ له أصله في الكتاب والسنة، ودرج عليه المسلمون عبر العصور، واتفق علماء الأمة على استحسانه، ولم ينكره أحدٌ يعتدُّ به.
Artinya : “Upacara sambutan maulid Nabi yang mulia adalah merupakan tanda atas rasa kasih dan mengagungkan penghulu kita Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam dan bergembira dengannya.
Dan merupakan tanda syukur kepada Allah Taala atas kurniaan-Nya sebagaimana firman Allah Taala :
قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا
Artinya : “Katakalah dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya maka dengan sebab yang demikian itu maka hendaklah kamu semua bergembira.” (Yunus : 58)
Sambutan ini adalah pekerjaan yang disyariatkan yang ada baginya asal di dalam Quran dan Sunnah yang mana telah mengamalkannya olih sekelian orang Islam sejak berkurun-kurun.
Dan telah sepakat segala umat atas eloknya dan tidak ada seorang pun ulamak yang muktabar yang mengingkarkannya.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Till then, see ya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
ReplyDeleteDi hari Jumaat penghulu segala hari yang penuh berkat ni dan hari yang sama Maulidur Rasul, sama-samalah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti Linda.
Shalawat kepada nabi besar Muhammad SAW ❤️❤️. Selamat long weekend kak lindaaaa ☺️
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul.. Jatuh pada hari jumaat.. semoga byk amalan dan selawat yg kita dpt buat..
ReplyDeletesalam maulidur rasul
ReplyDelete