Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label zikir. Show all posts
Showing posts with label zikir. Show all posts

Friday, November 14, 2025

.: ZIKIR SELEPAS SOLAT :.

 Assalamualaikum.

Umum tahu, membaca zikir selepas solat adalah amalam sunnah yang dianjurkan, seperti membaca "Subhanallah""Alhamdulillah" dan "Allahuakbar". Masing-masing 33 kali dan diikuti dengan bacaan tahlil terakhir untuk melengkapkan 100 zikir. Amalan ini membantu menghapuskan dosa-dosa kecil dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

sahaja linda kongsikan untuk peringatan diri sendiri juga.
yang selalunya, nak cepat je lepas solat tu.

Zikir utama selepas solat:
  • Bacaan tasbih, tahmid, dan takbir: Baca "Subhanallah" (سُبْحَانَ اللهِ), "Alhamdulillah" (اَلْحـَمْدُ لِلهِ), dan "Allahu Akbar" (اَللهُ أَكْبَرُ) masing-masing sebanyak 33 kali.
  • Bacaan tahlil: Sempurnakan bacaan dengan satu kali tahlil: لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.


Untuk peringatan diri sendiri juga, jangan cepat sangat nak bangun lepas habis solat tu.

till then, see ya. 


Wednesday, April 3, 2024

. : WORDLESS WEDNESDAY 13 :.

Assalamualaikum 

Gambar nie Linda ambil petang semalam, masa tengah berjalan nak balik ke rumah.. 

 سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ Maha Suci Allah

Till then, see ya


 

Friday, January 12, 2024

.: FOKUS MERAIH SYURGA ALLAH :.

Assalamualaikum

hari nie Jumaat yang ke 2 untuk tahun 2024
harapnya belum terlambat untuk cikpuanLinda kongsikan apa yang kita boleh fokuskan sedikit untuk pengisian rohani kita

semoga tahun 2024 ini lebih baik daripada tahun sebelum ini
sememangnya kita mahukan yang lebih baik dari sebelum ini kan???

cikpuanLinda jumpa dalam FB, tapi lupa nak amik nama nk kreditkan
semoga pahala untuk owner posting asal ini berpanjangan, aamin




solat paling paling pun 5minit
lepas bagi salam , jangan terus kalut nak bangun
kita cuba untuk berzikir sekejap
peringatan untuk diri sendiri jugak

insya-Allah

dapat semuka sehari pun Alhamdulillah
yang penting istiqamah
semoga dengan amalan2 sunat ini dapat mengisi rohani kita, memberi ketenangan dan dapat membaiki mana2 ruang yang lompong dalam hidup kita..Aamin YRA

till then, see ya

 

Tuesday, January 9, 2024

. : MINGGU PEPERIKSAAN :.

Assalamualaikum.. 

Mgu nie mgu peperiksaan kan? 
UASA - KAFA - SPM
Abang Mu'az stat UASA hri nie smpai Jumaat.. 
Semoga terang hati lah ye nak

cikpuanLinda share sikit amalan yang kita boleh usahakan sebagai ibu bapa.. 
Jangan lupa doa utk mereka juga, supaya tenang, diilhamkan jawapan dalam menjawab peperiksaan... Aamin

Dedek plak masih tidur... 
Hari nie cikpuanLinda cutikan dia.. 
Semalam balik sek half day je, sebab cikgu ckp badan dia rase suam2.. 
Jd, minta incikSuami pick up dia kt sek.. 
Kt rumah ptg tu, helok je memain incikSuami ckp.. 
Tp malam td mmg dedo badan dan soksek soksek hidung nya.. 
Jadi hr nie rest lah kt umah ye dedek.. 

Bujang sorang nie nk periksa mcm x periksa.. 
CikpuanLinda yang stress... 
Semoga dapat jawab periksa dengan tenang... Salin balik soalan elok2.. 
Jgn kira ikot sukati je... 

Cmne nk bg anak2 suka math? Hahaha
Sebab cikpuanLinda dulu suka math masa sek rendah...
Masuk sek men x suka sgt.. Yg Add Math lah... Sebab nk bg markah 60 pun berchenta... Hahaha.. 
Tp tetibe result SPM dpt A2.. Terkujat sendri.. Hahaha

Till then, see ya