lovvu Dobbu

Monday, October 21, 2024

.: KE HOSP SG BULOH :.

Assalamualaikum

semalam linda ke Hospital Sungai Buloh(HSgB)
first time juga masuk kawasan hospital
pergi melawat kakak sepupu yang masuk wad

awal sampai, tempat parking banyak lagi lah kosong nya
nampak gah je bangunan HSgB nie 

sepupu linda tu anak saudara bapak
anak arwah kakak nya
bapak anak no 4 dari 10 beradik
tapi, sekarnag dah jadi yang no 2, sebab yang no 1 dan 2 dah meninggal
tinggal abang yang no 3
adik bapak pun ada sornag yang dah meningggal
jadi dari 10 beradik nie, tinggal 7 beradik
tapi, masing-masing pun dah tak sihat sangat

macam bapak Linda nie dah 73 umurnya tahun nie

sampai dekat aras 4, sepupu (kak Ani) di wad aras 4 nie
strict betul lah peraturn melawta dekat sini
memang 2 orang pelawat (termasuk sorang penjaga) pada waktu melawat tu
guard dok ronda dalam wad setiap masa
bukan dah hujung-hujung nak habis waktu melawat tu

Kak Ani nie memang ada sakit dah, Linda nak ziarah dia dekat rumah pun tak sempat nak g
kadang tu bukan apa, kita risau kalau mengganggu orang, tapi sebenarnya orang tu suka kalau kita datang ziarah.
kak Ani nie memang ada kencing manis, semput pun iye juga
dekat rumah pun dh on oksigen je
suami dia pun baru nak pulih daripada stroke
moga cepat sembuh ye kak Ani

nie bapak, bapak pun tak kuat dah nak jalan sangat
lutut nya sakit.
dia nak p ziarah anak saudara nya, tapi sampai dekat lobi, suruh incikSuami pulak wakilkan dia.
sebab dok mikir nak jalan ke wad tu kan.
linda suruh naik wheelchair, biar linda tolak.
itu pun, banyak kali suruh naik.
bapak tu bukan nak bila kita suruh naik wheelchair tu, malu katanya
Allahuakbar, sedih je bila bapak cakap macam tu.
dekat rumah tu ada je tongkat yang sekali dengan kerusi tu.
pun bapak tak nak guna, leceh katanya.
tapi tulah, bila kita ajak berjalan, dia tak nak lah folo.
sebab tak larat nak jalan kan.

eh, gambar kak Ani ada ambil.
tapi buat tatapan sendiri je lah.
gambar orang sakit kan, tak elok sangat pulak rasenya.
Alhamdulillah, dapat juga bawak bapak ziarah kak Ani.

semoga diberi dipermudahkan urusan perawatan untuk kak Ani, dan semoga terus diberi kesihatan kepada bapak dan mak, aamin.

till then, see ya


 

3 comments:

  1. Semoga Allah berikan kesembuhan untuk kak ani dan diberikan kesihatan yang baik dkt ayah linda..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2x... terima kasih atas doanya Nieyl... ❤️❤️

      Delete
  2. arwah FIL saya pun tak mahu disorong atas kerusi roda .. Malu katanya... Macam tu lah kan ayah ayah ni... macam mana dah tua pun anak buahnya.. tetap nak jengah...

    ReplyDelete