Assalamualaikum
IncikSuami dapat call 2,3 hari sebelum hari sabtu (21.12.2012), untuk sahkan kehadiran isteri ke majlis high tea BAKAT sebagai orang yang dirai..
Jadi, di sini lah linda petang sabtu tu.
Kebetulan memang nak balik Melaka sebab nak kemas rumah.
So, kita pergi je lah majlis high tea.
Alhamdulillah, ada rezeki last join program BAKAT, di hari yang sama hari last servis incikSuami.
Jadi, suami isteri ada kenangan pada tarikh 21.12.2024.
Bertempat di dewan 3 Div.
Tema : Blue + White Denim (berkain)
Tudung, beg, kasut je yang tak beli.
Baju + skirt cari dekat JalanjalanJapan (Total RM 35)
Bergambar dulu dengan anggota BAKAT yang diraikan juga.
Anggota BAKAT yang dirai (kecuali yang tudung bercorak+baju biru gelap)
Selfie dengan pengerusi BAKAT baru (wife OC), kak Ratnah. Lembut je orang nya.
Dengan adik-adik kompeni Bantuan.
Nikmati lah zaman2 BAKAT anda...
Semua pun dah naik Sarjan, lambat lagi nak habis servis nie..
Bersama anggota yang dirai.
Rasenya mcm linda je pakai kaler cerah nie, orang lain semua kaler gelap2.. Hihihi
Nak berdua, mesti ada yang ketiga.
Kak M pun nak juga..
Dengan gigi takde.. Hahaha
Ok, nie betul2 last.
Berdua bersama.
Selamat berpencen, dengar nya ada bunga2 dah masuk.
Jangan lupa kan khidmat isteri ya.. Hahaha...
Semoga yang baik2 je untuk keluarga kami. Insya-Allah..
Till then, see ya
Pencen awal, bestnya.
ReplyDeleteGuna kederat banyak.. Hahaha
Deletewaaahhh bestnya nanti dpt 'bunga2' tuuuu
ReplyDeleteAlhamdulillah... Rezeki.. Tapi, nk setel dulu mana yang penting
DeleteAktiviti Bakat ni wife kena aktif juga ya....tengok sepupu akak aktif juga dia.
ReplyDeleteKalau takde kekangan, Insya-Allah... Linda datang jugak... Sebab bekerja kan
Deletewah ada aktiviti untuk wife jugak ye..bunga dah masuk tu...acik kayoooo...hehehe
ReplyDeleteA ah.. Memang ada aktiviti untuk wife.. BAKAT (Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera), kalau aktif lagi macam2 aktiviti ada...
DeleteBest² aktiviti gini...
ReplyDeleteLepas suami pencen Linda dah bukan ahli bakat la ye? Ke camne ...
A ah.. Bukan dah.. Ahli BAKAT untuk isteri anggota je.. Kalau dah pencen.. Takde lah lah.. Hihihi... Keahlian automatik..ada isteri, terus jadi ahli BAKAT
DeleteSelalu sukaaa lah kalo lihat foto2 kak Linda. Selalu tersenyum, nampak ceria sangat. Yg melihat pun jadi ikut tersenyum 😄. Lepas pensiun, ada kegiatan apa pula nanti kak?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Motif tercapai lah buat orang lain tersenyum.. Hihihi..
DeleteSetakat hari nie, kegiatan nya hanya ngurusin anak sekolah dahulu... 🤭🤭
Beli dekat JJJ sentiasa pilihan yang bijak hehe cantik je combination tu. Lepas ni banyak masa IncikSuami berkhidmat untuk isteri pulak setelah sekian lama berkhidmat untuk negara hehe. TQ atas jasa IncikSuami Kak Linda. Enjoy retirement days together!
ReplyDeleteItulah.. Seluar pun memang banyak cari dekat JJJ je.. Hihihi... Insya-Allah, lepas nie berkhidmat utk keluarga pulak..
DeleteTerima kasih sis Nadia.. 😘😘