Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, January 26, 2026

.: KISAH SERAM ASRAMA :.

Assalamualaikum.

sebelum up entry aktiviti weekend lepas.
moh ler kita up cerita yang terperam ni.

rasanya semua pun tahu, linda dah PJJ dan linda duduk dekat asrama je.
nak dijadikan cerita, bilik asrama tu memang la lama juga takde penghuni.
sejak linda masuk 2021, takde penghuni tetap pun.
cuma yang menumpang (staff yang baru masuk dan tiada tempat tinggal lagi), seminggu paling lama.

scary post

malam kedua linda tidur dekat bilik tu.
linda tertidur sambil tengok telefon.
terjaga dalam pukul 3.45 pagi.
dengan lampu terpasang nya.
dah terjaga, biasa la mesti rasa nak ke tandas.
jadi, bangun ke tandas, dan tutup lampu.
nak sambung tidur semula.

lepas tu, telinga ni tertangkap bunyi macam ada orang guna tandas
owh, asrama dekat hospital selayang ni dah maju sikit.
tandas semua dalam bilik, so tak perlu la nak share dan keluar bilik.
sambung balik cerita, linda ingat orang bilik atas guna toilet. so biar jelah.
sebab macam rumah flat kan, kalau memalam tu sunyi, dengar la air dari rumah atas yang rasa macam rumah sendiri.

lepas dengar bunyi air tu, ada juga la rasa macam tak sedap hati.
tiba-tiba terasa tilam dipijak, fuhh...
memang seram sejuk dah.
terus rasa kena tindih..perghhh..
selama duduk asrama dari form 1, tak pernah diselubungi misteri macam ni.
memang terkumat kamit la mulut ni, dok ulang ayat kursi banyak kali.
Allahuakbar.
perasaan tu, tak tau la nak perincikan macam mana.

lepas pada tu, memang tido buka lampu la linda.. 
seram juga kot kalau nak bergelap.. hahaha.

cerita dekat incikSuami, boleh dia gelakkan linda.
cerita dekat kakmas, dia kesian la dekat linda.
cerita dekat adik azam, dia cakap, kalau jadi banyak kali, maknanya tu tempat dia, linda kena beralih tempat..
tapi, sekali tu je lah kena.

dah selesai baca surah al-Baqarah, buat pagar.
harap2 takde lah mengusik lepas ni.
kita nak tido je.

till then, see ya.

16 comments:

  1. kena tindih tak pernah.. tapi dok bisik kat telinga pernah sekali. terus bulu roma tegak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dijauhkan la dari segala bentuk gangguan..

      Delete
  2. Akak selalu kena dulu...lately ni pun ada kena..nasib baik orang sebelah tolong kejutkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana orang sebelah sedar kak? Kalau kaki cramp, boleh la nk cubit org sebelah..kalau kena tindih tu, rasa tak boleh gerak dah

      Delete
  3. Alamak..Risau jgk tu..Tido asrama bilik sorg2 ke?

    ReplyDelete
  4. linda takutnya...harap Linda cepat la dapat tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..takde gangguan lagi kak..kita mohon pada Allah..tapi, Linda tetap nak aminkan doa akak..aamin..

      Delete
  5. nieyl pernah kena tindih, sebab tu nieyl mmg takkan sesekali tidur malam secara telentang..akan mengiring ke kanan atau ke kiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam yang kena tu memang tido mengiring..jarang juga tido telentang sebenarnya, kecuali time pegnen.. hahaha..sebab susah nak gerakkan perut

      Delete
  6. Bilik kosong kadang ada benda lain yang menumpang. Baca yasin lah selalu kat bilik semuga dia tak kacau. Akak dulu dok asrama emmm macam2 kena. Tu yang kalau nak pi mana-mana ajak geng tak berani sorang2.Semuga Allah lindungi linda dan dapat tukar cepat. Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..insyaAllah..akan diamalkan selalu..
      Aamin YRA, semoga diperkenankan doa akak..

      Delete
  7. Tiap malam sebelum tidur amalkan baca ayat kursi, ayat 3 kul... insyallah takde apa tu. Kadang dia saja nak bagi salam perkenalan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...terima kasih kak atas ingatan..itu lah, kadang baca..kadang tak..hihihi

      Delete
  8. Berani jugak linda dok asrama yg dh lama x berpenghuni.. nnt nk tgk gambar asrama staf tu linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan asrama tu ada orang, aras Linda tu pun ada je penghuni..aras 2,3 pun ada penghuni..tapi, tula..tak ramai..

      Delete