Assalamualaikum.
Sabtu, 8 Nov 2025 - sekitar majlis perkahwinan sepupu sebelah suami (Wani) di Penang tempoh hari.
Linda nak up dulu gambar kenangan yang random dari kak M.
Dalam keriuhan dah selesai upacara akad nikah.
Mata meliar mencari kak M. Sebab tak nampak, dan tak datang pun pada Linda.
Sekali, pandangan mata Linda dikunci bila nampak aksi random kak M.
Terus ambil telefon, cepat² rakamkan momen ni.
Kalau ada rezeki, kak M dah besar. Boleh la dia tengok balik perangai dia tu.
Tengok² dia bersenang lenang dekat situ.
Eh, apa pula yang dibuat nya??
Wah, seronok ehh.. siap baring² lagi.
Linda tanya kenapa kakak buat macam tu?
Karpet dia tebal ibu, selesa nak baring².
Adoi, macam² jawapan.
Ingatkan habis kat situ je, rupanya.. kak M buat perangai random dekat venue majlis perkahwinan pula.
lepas pengantin datang berarak dengan rombongan lelaki.
Linda tak nampak dah kak M.
takpelah, ada lah tu dekat mana mana.
takkan lah hilang pula.
sekali linda masuk area pelamin dan kawasan makan beradap (dalam dewan kecil, sebab ada aircond), kawasan makan dekat area luar-luar.
tercongok pula kak M depan pelamin tu.
padahal dalam tu rombongan pengantin lelaki je yang ada.
kiranya belah perempuan, ada pengantin je.
kejap berdiri.
kejap duduk.
eh, seronok pula kak M.
bila tanya kenapa kat dalam tu? bukan kenal sesiapa pun.
boleh dia jawab "sejuk dekat dalam nie, lepas tu nak tengok pengantin"
memang dia dekat dalam tu saja, sampai time ambil gambar dengan keluarga perempuan.
sampai lah photoghapher cakap "adik nie, dari tadi dia ada dekat sini"
adoi, macam-macam eh.. random sangat nie.
till then, see ya.






Tang berlunjur tu memang best kalau dah penat bila majlis perkahwinan. Bukan Kak M je achik notie pun sama buat. hehehehe Kalau carpet tebal lagi le syiok goyang-goyang kaki.
ReplyDeleteMemang..habis majlis, tak rasa kaki..padahal, semua nya catering..
DeleteKak M ambil gambar sekali ke?
ReplyDeleteHehe teringat dahulu kecil-kecil menyibuk di tepi pelamin.
Nasib baik dia tak masuk dalam gambar orang lain..hahaha
DeleteKak M tak jadi juru tol pengantin ke?
ReplyDeleteHalah..kenduri kat Peneng..takde tol la wak.
DeleteNanti dia besar bagi dia tengok gambar² ni haha... Cute la Kak M
ReplyDeleteItulah, ni dok tunjuk pun..dia salah kan kita plak amuk gambar dia
DeleteEh..amik
Deletehahahah cute sgt!!! extrovert orgnya!
ReplyDeleteBab extrovert ni, tak tau nak cakap...sebab Ingat lagi, masa dia sekolah pra, cikgu dia tanya.. "maya ni memang pendiam ke?".. kita ni confius jap..sebab dekat rumah banyak cakap..hahaha
DeleteKalau carpet tebal nak solat selesa sangat tu. Selesa sangat sampai buat camtu....
ReplyDeleteItulah..kalau tido pun syiokk je..kikiki
DeleteYa Allah, random betul gelagat Kak M ni. Dah selesa pulak dia baring kat situ sebab karpet tebal. hihi..
ReplyDeleteAgaknya bosan kot, makanya dia carilah aktiviti sendiri.
Ya Allah..yang mak ni tengok, jenuh tergelak gelak...
Deletehaha.. terhibur dengan telatahnya.. moga membesar dengan sihat
ReplyDeleteAamin..terima kasih atas doanya...
Deleterandom kakak ni...
ReplyDeleteSangat random..hahaha
DeleteBetul-betul random ini.. tapi comel..
ReplyDeleteHihi..tang ni comel
DeleteAlolo.. comelnya Kak M.
ReplyDeleteMemang ada sejenis budak suka tengok pengantin sebab cantik bermekap. Akak ada sepupu kecik dulu camni. Perasan bila pengantin bersanding atau ambil gambar dia akan tunggu.
Iye..pengantin lawa kan..baju cantik..
DeleteSeronok kan ada majlis macam ni. Hehe... Happy betul Kak M tu..
ReplyDeleteBetul..belah suami bakal ada banyak lepas ni, sebab masing² baru habis belajar, nak mula kerja..esok² kahwin pula.. belah Linda, tak tau lah bila pula..tunggu adik bongsu, tak tau bila.. hahaha.
DeleteBudak2 buat takpe. Jangan orang tua buat, mesti org kata buang tebiat hehe
ReplyDeleteHahaha..betul lah tu
DeleteBiasalah tu budak perempuan, teruja tengok pengantin...kita kecik2 dulu cam tu gak..pas tu berangan nak jadi pengantin...
ReplyDeleteHihi..pengantin kan lawa.
DeleteHappy dapat berguling-guling. Jangankan kak M, aunty cha pun akan do the same cuma tempat tu tersorokla sikit.
ReplyDeleteMemang seronok lah anak dara tu
DeleteHahahahah tak apalah kak. Kalau di mesjid dapat karpet tebal macam tuh, saya pun rasanya pengen baring, tp tak mungkin 😅.kalau masih kanak2 nih, biarkan saja dulu .
ReplyDeleteMemang dibiarkan saja..tapi, tulah..bilal masjid pun tak bagi berlama² dalam masjid..
Delete