lovvu Dobbu

Tuesday, November 18, 2025

.: RANDOM BY KAK M :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 8 Nov 2025 - sekitar majlis perkahwinan sepupu sebelah suami (Wani) di Penang tempoh hari.
Linda nak up dulu gambar kenangan yang random dari kak M.

Dalam keriuhan dah selesai upacara akad nikah. 
Mata meliar mencari kak M. Sebab tak nampak, dan tak datang pun pada Linda.
Sekali, pandangan mata Linda dikunci bila nampak aksi random kak M.
Terus ambil telefon, cepat² rakamkan momen ni.
Kalau ada rezeki, kak M dah besar. Boleh la dia tengok balik perangai dia tu.

kak M random
Tengok² dia bersenang lenang dekat situ.

kak M random 1
Eh, apa pula yang dibuat nya??

kak M random 2
Wah, seronok ehh.. siap baring² lagi.
Linda tanya kenapa kakak buat macam tu?
Karpet dia tebal ibu, selesa nak baring².

Adoi, macam² jawapan.

Ingatkan habis kat situ je, rupanya.. kak M buat perangai random dekat venue majlis perkahwinan pula.
lepas pengantin datang berarak dengan rombongan lelaki.
Linda tak nampak dah kak M.
takpelah, ada lah tu dekat mana mana.
takkan lah hilang pula.

sekali linda masuk area pelamin dan kawasan makan beradap (dalam dewan kecil, sebab ada aircond), kawasan makan dekat area luar-luar.
tercongok pula kak M depan pelamin tu.
padahal dalam tu rombongan pengantin lelaki je yang ada.
kiranya belah perempuan, ada pengantin je.

kak M random 3
kejap berdiri.

kak M random 4
kejap duduk.

eh, seronok pula kak M.
bila tanya kenapa kat dalam tu? bukan kenal sesiapa pun.
boleh dia jawab "sejuk dekat dalam nie, lepas tu nak tengok pengantin"

memang dia dekat dalam tu saja, sampai time ambil gambar dengan keluarga perempuan.
sampai lah photoghapher cakap "adik nie, dari tadi dia ada dekat sini"
adoi, macam-macam eh.. random sangat nie.

till then, see ya.

33 comments:

  1. Tang berlunjur tu memang best kalau dah penat bila majlis perkahwinan. Bukan Kak M je achik notie pun sama buat. hehehehe Kalau carpet tebal lagi le syiok goyang-goyang kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang..habis majlis, tak rasa kaki..padahal, semua nya catering..

      Delete
  2. Kak M ambil gambar sekali ke?
    Hehe teringat dahulu kecil-kecil menyibuk di tepi pelamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dia tak masuk dalam gambar orang lain..hahaha

      Delete
  3. Nanti dia besar bagi dia tengok gambar² ni haha... Cute la Kak M

    ReplyDelete
  4. hahahah cute sgt!!! extrovert orgnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab extrovert ni, tak tau nak cakap...sebab Ingat lagi, masa dia sekolah pra, cikgu dia tanya.. "maya ni memang pendiam ke?".. kita ni confius jap..sebab dekat rumah banyak cakap..hahaha

      Delete
  5. Kalau carpet tebal nak solat selesa sangat tu. Selesa sangat sampai buat camtu....

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, random betul gelagat Kak M ni. Dah selesa pulak dia baring kat situ sebab karpet tebal. hihi..
    Agaknya bosan kot, makanya dia carilah aktiviti sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah..yang mak ni tengok, jenuh tergelak gelak...

      Delete
  7. haha.. terhibur dengan telatahnya.. moga membesar dengan sihat

    ReplyDelete
  8. Betul-betul random ini.. tapi comel..

    ReplyDelete
  9. Alolo.. comelnya Kak M.
    Memang ada sejenis budak suka tengok pengantin sebab cantik bermekap. Akak ada sepupu kecik dulu camni. Perasan bila pengantin bersanding atau ambil gambar dia akan tunggu.

    ReplyDelete
  10. Seronok kan ada majlis macam ni. Hehe... Happy betul Kak M tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..belah suami bakal ada banyak lepas ni, sebab masing² baru habis belajar, nak mula kerja..esok² kahwin pula.. belah Linda, tak tau lah bila pula..tunggu adik bongsu, tak tau bila.. hahaha.

      Delete
  11. Budak2 buat takpe. Jangan orang tua buat, mesti org kata buang tebiat hehe

    ReplyDelete
  12. Biasalah tu budak perempuan, teruja tengok pengantin...kita kecik2 dulu cam tu gak..pas tu berangan nak jadi pengantin...

    ReplyDelete
  13. Happy dapat berguling-guling. Jangankan kak M, aunty cha pun akan do the same cuma tempat tu tersorokla sikit.

    ReplyDelete
  14. Hahahahah tak apalah kak. Kalau di mesjid dapat karpet tebal macam tuh, saya pun rasanya pengen baring, tp tak mungkin 😅.kalau masih kanak2 nih, biarkan saja dulu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dibiarkan saja..tapi, tulah..bilal masjid pun tak bagi berlama² dalam masjid..

      Delete