Assalamualaikum.
Sambungan dari entry sini.
Ada lagi ye cerita pasal cuti sekolah hari tu. 🤭🤭
Balik dari Taiping, masih awal.
IncikSuami bawa masuk musing semua semua simpang yang ada.
Selalunya, kitorang ikut jalan lurus je.kikiki.
dah habis merendek merata, baru fikir nak makan apa.
sebab kalau dah sampai rumah, malas nak keluar semula.
linda pun google lah.
jumpa kedai sandwich, sedap juga nie buat kudap-kudap.
setelah 3 kali musing, baru jumpa.
rupanya terus lagi ke belakang. hihihi
bahagian dalam nya.
boleh makan sandwich sambil mengopi.
try yang combo box.
boleh mix 3 jenis sandwich.
tempoh menunggu dalam 15 min juga lah.
nie tapau je ye, untuk kudap-kudap malam nanti.
tempat seterusnya, foodcourt Econsave.
saja nak cuba makanan dekat sini pula.
linda nak cuba sizzling.
kicap tu, memang sambal kicap..
bukan cili potong gaul dalam kicap tu.
takde lah sedap sangat, tapi boleh la habis..hihihi
Ar Rahman Kitchen (nama lama)
Sandwich dan kopi O (nama baru),
22, Jalan PP 9,
Bandar Universiti,
32610 Seri Iskandar, Perak.
dalam dia.
setiap jenis dapat 4.
roti sandwich dia 3 keping untuk sekali makan.
tapi, tulah, tak letak doily paper untuk asingkan, jadi terambil roti sandwich yang lain.
kiranya takde sempadan lah..kikiki
yang tengah tu spicy tuna Mayo, memang terasa lah spicy nya.
sekejap je licin dengan anak2 jerung nie.. kikiki
till then, see ya.
#Alhamdulillah,walaupun semua dah tahu, 23 orang peserta GSF Malaysia dah dibebaskan dari tahanan issewel tu, kita doakan pula untuk Thousand Madleen's dan Conscience yang membawa barang-barang perubatan dan kebanyakan doktor2 perubatan. semoga perjalanan mereka selamat dan berjaya memecahkan kepungan. Aamin
saya suka sandwich!! aamiin utk doa2 bagi pejuang2 palestin
ReplyDeleteseronok makan sandwich yang banak isi nya
Deletebanyak sandwich tu, sesuai utk party box. sedap!
ReplyDeletekan, kalau ada buat potluck ke..boleh tempah je
DeleteKak suka Sandwich yang macam ni....best!!selalu order yang Garsa Kitchen
ReplyDeletemacam2 pilihan yang ada...tu yang syiok
DeleteTukar ke rupiah, harganya murah je. Lagi best sebab dapat banyak sandwich. Worth it!
ReplyDeletebetul tu, macam2 jenis ada
Deleteinsyallah Aminn..Moga kepungan G dpt dipecahkan...
ReplyDeleteKat umah ni mama sorg je mkn sandwich meriah cmni..anak2 semua memilih
diorang kalau yang beli, elok pula makan semua yang ada dalam tu...kalau buat sendiri, semua tak nak letak...hahaha
DeleteSedapnya sandwich tu tapi patut letak la divider. Dah tak pasal² terambil sandwich sebelah, hihi
ReplyDeletetau takpe SK...jenuh nak membelek sampai mana sandwich nya..risau terburai kawan sebelah tu
DeleteSelalu terjadi, terambil roti sandwich sebelah tu kihkih...
ReplyDeleteSemoga aktivis/sukarelawan yg masih ditahan juga dibebaskan segera.
itulah, memang selalu gitu lah...amik roti sebelah...
Deleteaamin, semoga semua tahanan dibebaskan dan gelombang ke2 dan ke3 berjaya lepasi kepungan..aamin
Blh la nanti cari bila ke sri iskandar tgk ank
ReplyDeleteNmpk
Sedappp
La
Boleh mama Nur..harga makan dekat seri Iskandar masih murah² lagi...
DeleteAduhai..Dah lama x mkn sizzling =D
ReplyDeleteTak jumpa yang betul² sedap macam dekat Mydin Kuala Terengganu masa belajar dulu..sekarang tak tau lah masih ada lagi atau tak..sedap atau tak..
DeleteCantik pula sandwich tu. Macam2 perisa dalam 1 box ya.
ReplyDeleteA ah..kalau beli yang combo..boleh campur 3 perisa
DeleteTerliur tengok sandwich tu.. kena pulak perut memang tgh lapo.. 😬
ReplyDeleteSemoga mereka semua dibawah lindungan Allah.. 🤲🏻
Perut lapo, memang kena lah kalau nak makan sandwich tu
DeleteTak tahu akan kewujudan kedai sandwich itu. Mekasih, share, Linda. 😊
ReplyDeleteSama² kak .Linda pun Google je hari tu...dia dekat area kedai² seberang Lotus tu..tapi, memang barisan belakang sekali...bangunan belakang cafe Pahat Coffee tak siap
DeleteEh..tak silap...
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteTerima kasih wak
Delete