lovvu Dobbu

Monday, October 6, 2025

.: SANDWICH & KOPI O @ SERI ISKANDAR, PERAK :.

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry sini.
Ada lagi ye cerita pasal cuti sekolah hari tu. 🤭🤭

Balik dari Taiping, masih awal.
IncikSuami bawa masuk musing semua semua simpang yang ada.
Selalunya, kitorang ikut jalan lurus je.kikiki.
dah habis merendek merata, baru fikir nak makan apa.
sebab kalau dah sampai rumah, malas nak keluar semula.
linda pun google lah.
jumpa kedai sandwich, sedap juga nie buat kudap-kudap.

setelah 3 kali musing, baru jumpa.
rupanya terus lagi ke belakang. hihihi

bahagian dalam nya.
boleh makan sandwich sambil mengopi.

try yang combo box.
boleh mix 3 jenis sandwich.
tempoh menunggu dalam 15 min juga lah.
nie tapau je ye, untuk kudap-kudap malam nanti.
tempat seterusnya, foodcourt Econsave.
saja nak cuba makanan dekat sini pula.

linda nak cuba sizzling.
kicap tu, memang sambal kicap..
bukan cili potong gaul dalam kicap tu.
takde lah sedap sangat, tapi boleh la habis..hihihi

Ar Rahman Kitchen (nama lama)
Sandwich dan kopi O (nama baru),
22, Jalan PP 9,
Bandar Universiti,
32610 Seri Iskandar, Perak.

dalam dia.
setiap jenis dapat 4.
roti sandwich dia 3 keping untuk sekali makan.
tapi, tulah, tak letak doily paper untuk asingkan, jadi terambil roti sandwich yang lain.
kiranya takde sempadan lah..kikiki

yang tengah tu spicy tuna Mayo, memang terasa lah spicy nya.
sekejap je licin dengan anak2 jerung nie.. kikiki

till then, see ya.

#Alhamdulillah,walaupun semua dah tahu, 23 orang peserta GSF Malaysia dah dibebaskan dari tahanan issewel tu, kita doakan pula untuk Thousand Madleen's dan Conscience yang membawa barang-barang perubatan dan kebanyakan doktor2 perubatan. semoga perjalanan mereka selamat dan berjaya memecahkan kepungan. Aamin

 

19 comments:

  1. saya suka sandwich!! aamiin utk doa2 bagi pejuang2 palestin

    ReplyDelete
  2. banyak sandwich tu, sesuai utk party box. sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kalau ada buat potluck ke..boleh tempah je

      Delete
  3. Kak suka Sandwich yang macam ni....best!!selalu order yang Garsa Kitchen

    ReplyDelete
  4. Tukar ke rupiah, harganya murah je. Lagi best sebab dapat banyak sandwich. Worth it!

    ReplyDelete
  5. insyallah Aminn..Moga kepungan G dpt dipecahkan...
    Kat umah ni mama sorg je mkn sandwich meriah cmni..anak2 semua memilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang kalau yang beli, elok pula makan semua yang ada dalam tu...kalau buat sendiri, semua tak nak letak...hahaha

      Delete
  6. Sedapnya sandwich tu tapi patut letak la divider. Dah tak pasal² terambil sandwich sebelah, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe SK...jenuh nak membelek sampai mana sandwich nya..risau terburai kawan sebelah tu

      Delete
  7. Selalu terjadi, terambil roti sandwich sebelah tu kihkih...
    Semoga aktivis/sukarelawan yg masih ditahan juga dibebaskan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, memang selalu gitu lah...amik roti sebelah...
      aamin, semoga semua tahanan dibebaskan dan gelombang ke2 dan ke3 berjaya lepasi kepungan..aamin

      Delete
  8. Blh la nanti cari bila ke sri iskandar tgk ank
    Nmpk
    Sedappp
    La

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mama Nur..harga makan dekat seri Iskandar masih murah² lagi...

      Delete
  9. Aduhai..Dah lama x mkn sizzling =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa yang betul² sedap macam dekat Mydin Kuala Terengganu masa belajar dulu..sekarang tak tau lah masih ada lagi atau tak..sedap atau tak..

      Delete
  10. Cantik pula sandwich tu. Macam2 perisa dalam 1 box ya.

    ReplyDelete