Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label GSF. Show all posts
Showing posts with label GSF. Show all posts

Friday, October 3, 2025

.: OT DAY - GODDIES BAG :.

Assalamualaikum.

sambungan sambutan OT Day dekat SINI.
petang tu lepas rehat, join la seminar.
buat tambah-tambah hours untuk masukkan dekat kursus..
penjawat awam kena attend kursus 7 hari setahun, kira salah satu KPI untuk tahun semasa lah.

tajuk seminar - Parenting Style dan Screen time.

Adalah Linda snap sikit² slide and share dekat sini ya.
Penceramah adalah founder Nuha Kids Care Center.

jenis-jenis parenting style

perkembangan emosi kanak-kanak terbentuk dari umur 1.5-4 tahun.

kalau anak tantrum, ada 3 stage yang kena tahu.
1- apa jadi sebelum tu?
2- perangai dia masa tantrum.
3- apa solution kita.

kena tahu 3 basic rules nie, baru boleh kawal tantrum anak, dan insyaAllah dapat mengurangkan tantrum tu.

anak-anak pun ada jenis-jenis nya ya.
dan selalunya jenis anak-anak nie dipengaruhi dengan parenting style kita.

tu yang selalu sedih, kalau anak "kurang baik" dari anak orang lain.
maknanya ku lah yang gagal, sebelum anak ku gagal.
tapi, jom kita move on, insya-Allah masih belum terlambat, usaha, doa, tawakal.

beg goodies masa daftar seminar

meriah isi dalam dia.
terima kasih ya

siap ada tampal label dekat belakang kotak

dan linda tak dapat nak tunggu seminar sampai habis.
sebab dah ada yang call nak ambil barang dekat asrama.

ini lah barang nya.
nak ambil kerusi, bawa ke aras 7, wad Nefrologi.

jenuh nak menolak, dah macam anak gajah.
dah la lif kargo rosak.
bantai je lah lif penumpang.
tapi kan, lif kargo tu baru je tukar, asyik la rosak juga.
takde kualiti, ataupun heavy penggunaan.
tapi yelah, nama pun hospital, memang lah lif tu keutamaan.
memang dah tahu akan ada heavy penggunaan nya.
sabar je lah.
tu yang kadang-kadang doktor nie, nak naik wad guna tangga je mudah.
sebab cepat, tapi pishang weyh nak naik tangga sampai aras 10.. hahaha.

till then, see ya.

#semoga berkat hari Jumaat, segala doa kita akan diperkenan Allah, linda tahu mesti semua doakan kesejahteraan peserta GSF, dengan rasminya, malam tadi kesemua peserta dari Malaysia telah menjadi tahanan Issewel. semoga dipermudah segala urusan mereka dan dibebaskan dalam keadaan selamat..aamin.
kita jangan berhenti bersoladiriti, insya-Allah.

Thursday, October 2, 2025

.: STAND 4 SUMUD :.

Assalamualaikum.

Malam tadi, tengok video PU Rahmat, dah sampai ke RedZone.
Berdebar weyh.

Pagi² bangun tidur, terus capai telefon.
Allahuakbar, sebak rasanya, sebab dah confirm ada rakyat Malaysia yang sertai delegasi telah ditahan oleh issweel tu.

Abang Mueez - ibu ada sunset.
Ibu - mana datang sunset pagi² nie, sunrise lah.
Abang Mueez - ooo, nasi matahari la ye?
Ibu - nasi tu RICE, nie naik, bangkit RISE.

Sama² lah kita bangkit.
Seruan ke seluruh dunia.
#stand4sumud.

Setakat waktu ini, 12 peserta dari Malaysia sah ditahan Issweel tu.

Qunut Nazilah, solat Hajat,bacaan Yassin.
Semoga dipermudah segala urusan mereka..

Tak lupa juga, gelombang ketiga Sumud yang akan bergerak dari Itali, membawa pakar² perubatan, perundangan.
Semoga urusan mereka berjalan lancar.

Ini je yang Linda mampu untuk membantu mereka, rakyat² Palestin yang tertindas.
Semoga mereka semua dalam lindungan Allah...aamin.

Till then, see ya.
 

Thursday, September 25, 2025

.: PRAY FOR GSF :.

Assalamualaikum.


Mungkin ada yang terlepas pandang. Inilah masanya perhatian kita diberikan ke samudera Mediterranean.
  
Doa dan harapan sedang diluruhkan ke lautan, mengiringi 53 flotilla yang berlayar. Tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum mereka berdepan tembok sekatan.

Jika anda rasa ini perkara biasa-biasa, fikirkan semula. Misi ini penting kerana ia menunjukkan  solidariti rakyat dunia terhadap kezaliman berpanjangan.
.
Lautan sunyi, drone berlegar di langit. Amaran telah pun dikeluarkan.

Dan di sebalik ombak itu… ada anak kecil menunggu susu yang tak pernah sampai, ada petugas kesihatan yang tertekan hampa kerana tiada ubatan di rak, ada yang cedera menahan sakit tanpa rawatan.

Mereka tidak punya pilihan.
Kitalah yang harus bersuara.
.

Jika anda nampak post ini kongsikan, kirimkan doa, dan komen 🍉🍉🍉 banyak-banyak supaya ia tidak tenggelam.

#PublicHealthMalaysia
#fblifestyle