lovvu Dobbu

Tuesday, October 28, 2025

.: MENDAKI TINGKAT 5 :.

Assalamualaikum

pagi semalam nak turun pergi kerja, ikut tangga je.
lepas tu pakcik Guard beritahu, lif rosak dan cleaner terperangkap.
Maintenance dah datang juga untuk buka lif nya.

balik kerja pula, tak rasa nak naik lif.
jadi terus je lah naik tangga.
tingkat 5 ya.. mengah juga.. hahaha

sampai je rumah, incikSuami tanya "lif tak ok lagi ke?"
linda pun jawab "entah, memang terus nak tangga je"

terus la wassap tech nih.
tanya pasal lif.

rupanya, memang out of service.
tali putus katanya.
jadi better shut down je.

barang kena tunggu dulu, vendor cakap maybe rabu/khamis baru dapat baiki.
jadi, memang tak brisk walk lah kita ye.
risau turun tak naik dah.. hahaha
gegor kaki, kepala lutut kang.

till then, see ya.

12 comments:

  1. lebih dari briskwalk ni linda..dah rasa macam hiking dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak..kaki lenguh bawa ke hari nie..balik kerja nak menapak lagi nie

      Delete
  2. Tu lah cabaran bila duduk rumah tingkat tinggi ni 😅 kiteorg pernah sekali ada gangguan lif jadi kena panjat tangga 20 tingkat nak balik rumah 😵 sampai rumah terus terduduk, gigil kepala lutut 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie mesti masa kat tangga siap ada adegan merangkak² sekali..kikiki...

      Delete
  3. Kalau tingkat 5 tu kira masih ok lagi. Tapi kalau turun lah. Kalau naik mengah juga. Teringat masa haji, ada kebakaran kat tingkat atas bergegas turun bertingkek2. Yg peliknya masa tu langsung tak rasa nervous plak, penat pun tidak. Kuasa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turun, dari tingkat berapa pun..insyaAllah kuat lagi..naik tu, lepas je tingkat 4, mengah lain macam...

      Alhamdulillah, kuasa Allah kan..

      Delete
  4. Ni betul2 dpt exercise nih..Trigt masa tggl dkt kepong dulu..Rumah tingkat 4..Almost every day pegi blk keje turun naik tangga selama almost 5 yrs tggl sana..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama masa duduk Melaka..cuma dok tingkat 3, selama 2tahun lebih..lepas tu, ada rumah bawah pindah..suami minta rumah bawah, dapat..jadi, tak perlu lah naik tangga dah .

      Delete
  5. Tingkat 5? Adeh.. boleh terpeleot lutut. Semoga cepat dibaiki lif-nya.

    ReplyDelete