Assalamualaikum.
Hari nie, hari app dengan klinik OnG.
Cerita bermula di SINI
Sampai je hospital,thumbprint macam biasa.
Lepas tu baru Q untuk ambik no giliran.
Nie baru giliran untuk bayar dekat unit hasil.
No giliran untuk pembayaran unit hasil.
Tapi, sebab linda pakai uniform, terus staff tu kenal lah keje spital gak.
Jadi free lah.
Tapi, auntie depan tu pun free, pertama kali datang free, kalau ada next app baru bayar.
Itu pun RM5 je untuk klinik pakar dan warganegara.
Sangat murah berbanding negara luar.
Yang tu pun komplen macam-macam.
Memang jenis tak tahu bersyukur kita nie.
Eh, melalut pula.
Dah selesai dekat kaunter hasil tadi.
Baru lah gerak ke kaunter klinik masing-masing, untuk daftar jumpa doktor pula.
So, kat sini lah Linda, klinik OnG.
Dalam bilik konsultasi no camera, jadi linda cerita jelah apa yang jadi ye.
Doktor dah baca,dah tanya,dah faham dan dah tulis kronologi cerita.
Doktor ajak p bilik sebelah untuk scan, nak tengok IUCD tu ada ke tidak.
Sekali letak je, doktor dah jumpa IUCD tu.
Linda pun boleh nampak juga.
So, lega dekat situ, IUCD nya masih ada lagi di tempat yang sepatutnya.
So, doktor pun tanya, nak proceed untuk remove ke.
Sebab kalau nak proceed untuk remove, kira batal puasa lah.
Linda cakap proceed jelah doktor, dah alang-alang datang.
So, doktor pun proceed.
Cuba punya cuba.
Doktor pun cakap "emm, memang tak boleh remove nie puan,benang dia pendek,saya dah cuba nak kuis2 benang tu pun tak dapat nak grab juga, so kena guna cara lain lah macam nie"
Erk...cara apa pulak.
Baru nak sambut kegembiraan kalau dah keluar.
Doktor cakap, mungkin kena guna cara Transvaginal Ultrasound
Terus seram pulak.
Doktor kata normal prosedur je, tapi kena masuk wad juga.
Sebab kena buat dekat dewan bedah juga.
So, doktor bagi borang admit wad siap-siap.
Cuma tinggal isikan tarikh je, bila jabatan pembedahan call nanti.
Dah sebab nie takde lah urgent case sangat.
Takdelah berharap dapat tarikh awal.
Dan betul dugaan nya, dah dapat call.
Tarikh prosedur 5.6.2025
Doakan yang baik-baik dan dipermudah segala urusan linda ya.
Semoga dapat remove IUCD nya tanpa sebarang komplikasi yang lain, Aamin.
Dilema seorang isteri yang bersuami.
Tak pakai protection, keje asyik mengandung je.
Dah pakai protection, pun ada effect juga.
Jadi, apa yang perlu dilakukan?? hihihi
Till then, see ya.
aduhai dgr bunyi " Transvaginal Ultrasound" tu pun Ana dah mcm serammm hehe... moga dipermudahkan urusan sis linda nti aminnn
ReplyDeleteAamin2.. Terima kasih ana
DeleteSemoga dipermudahkan urusan akak... seram gak dengar, begitula ya kehidupan dah berkeluarga ni, macam2 dugaan melanda.
ReplyDeleteBegitulah kehidupan bekeluarga... Lagi2 kita nie jenis subur.. Sat g ngandung ja kerja nya... Hahaha
DeleteSeramnya kalau masuk dewan bedah ni. Semoga dipermudahkan urusan Linda. Camtu la kita kaum wanita ni banyak betul berkorban macam2 kan. Semoga yang baik2 je buat kita semua.
ReplyDeleteAamin2..
DeleteSelagi masih bergelar isteri kan..
Semoga dipermudahkan urusan Linda untuk keluarkan IUCD tu nanti.
ReplyDeleteLinda, ni akak Nur, dulu blog Kait dan Lari tu. :)
Aamin2x.. Terima kasih kak..
DeleteLama tak nampak akak... Dah banyak kali nampak profile nie, tapi tak kenalkan diri.. Kita pun tak tau.. Sihat ye kak?
Alhamdulillah, sihat. Linda apa khabar? :)
DeleteAlhamdulillah..linda pun sihat2 je
DeleteAlamak...Serius dgr...Smoga bln 6 nnt IUCD tu dpt dkeluarkan...Amin
ReplyDeleteAamin...jadi sekarang dah berfikir nak sambung perancang keluarga apa..macam tak serik nak pakai IUCD lagi...sebab pakai yang nie Alhamdulillah, menjadi protection nya..tp, mcm seram pulak jenuh nak mengeluarkannya.
DeleteMoga dipermudah kan semua urusan nya
ReplyDeleteInsya-Allah.. Mudah mudahan.. Aamin
DeleteSerius bunyinya tu Linda. Moga baik2 ajer.
ReplyDeleteHarap2 tak serius sangat lah nanti masa nak keluarkan tu..
Deleteinsyaallah oklah tu nanti. ammi dah buat BTL jadi takdelah risau sangat. Doctor kata chances nak pregnant tu cuma 1% je. Sekali haritu lewat period sampai 58 hari...gerun gak.
ReplyDeleteDah lewat sampai 58hr tu, berapa kali buat pregnancy test.. Kikiki
Deleteeeee dia x puasaaaa😀
ReplyDeletemudah-mudahan segalanya dipermudahkan kelak aminnn
semalam je...hari nie kita pose tau...hahaha
Deleteinsya-Allah, semoga dipermudah segala urusan kita.aamin
Aiiih seram juga kaki saya pun pakai IUD. Tp belum pernah ketemu case ini . Masih lancar saja. Harap2 dimudahkan yaaa.
ReplyDeleteMemang lah berobat di Malaysia itu murah sangat. Even utk foreigners. Saya dah beberapa kali berobat di Penang, dah itu jauuuh lebih murah drpd saya berobat di jakarta. Makanya saya LBH senang ke Penang utk berobat . Sekalian berlibur
Itulah, tetap juga rakyat Malaysia masih tidak faham. Kalau dinegara lain, walaupun RS kerajaan, kena ada wang dahulu baru boleh buat rawatan, di Malaysia rawatan dahulu, duit nya di fikir kemudian.
DeleteMudahan selamat sewaktu prosedur nya dilakukan nanti.. Aamin