Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label Familyplanning. Show all posts
Showing posts with label Familyplanning. Show all posts

Wednesday, July 16, 2025

.: MACAM MANA IMPLANON BERFUNGSI :.

 Assalamualaikum.

disebabkan pertama kali pakai implanon nie.
linda sibuk lah nak cari tahu, dan tampal dekat sini.
ini sudah terbalik, org lain cari tahu dulu baru guna, ini guna dulua, cari tahu kemudian.. hahaha
tapi kan, orang boleh google je linda oiii.
takpe lah, sekadar perkongsian untuk sejarah diri sendiri.

kecik je menatang nie..
tapi rege dia RM500.
consider murah juga tu, membe cerita dekat swasta cecah seribu.

camnie lah alat dia.
yang linda memang tak tengok lah doktor tu buat.
tau-tau dia cakap dah, tak sampai 10min pun.


Implanon berfungsi dengan melepaskan hormon progestin secara berterusan ke dalam badan wanita. Hormon ini menghalang ovari daripada melepaskan telur (ovulasi) dan juga memekatkan lendir serviks, menjadikannya sukar bagi sperma untuk mencapai telur. Implanon adalah sejenis rod kecil yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas, dan ia memberikan perlindungan kontraseptif selama beberapa tahun. 

Berikut adalah penjelasan lebih lanjut mengenai cara implanon berfungsi:

Hormon Progestin:
Implanon mengandungi hormon progestin, yang serupa dengan hormon progesteron yang dihasilkan secara semula jadi dalam badan wanita. Hormon ini adalah kunci kepada keberkesanan implanon dalam mencegah kehamilan. 
Pencegahan Ovulasi:
Hormon progestin menghalang ovari daripada melepaskan telur. Tanpa telur yang matang, persenyawaan tidak dapat berlaku.
-maknanya tak datang haid lah gini, sebab telur tak dapat dilepaskan- 
Pemekatan Lendir Serviks:
Hormon progestin juga menyebabkan lendir serviks menjadi lebih pekat. Ini menyukarkan sperma untuk berenang melalui serviks dan memasuki rahim untuk mencapai telur. 
Pemasangan:
Implanon biasanya dipasang di bawah kulit lengan atas oleh doktor atau jururawat terlatih. Prosedur pemasangan biasanya cepat dan mudah. 
-dia tak cerita pun pasal prosedur nak keluarkan, nie pun nak hadap kang, seram pulak- 
Keberkesanan:
Implanon sangat berkesan dalam mencegah kehamilan, dengan kadar kegagalan kurang daripada 1% jika dipasang dengan betul. 
-pesanan doktor, sila bersama selepas 7 hari, sebab implanon nie ambil masa 7 hari untuk 
bertindak-

Kelebihan:
Kelebihan implanon termasuk keberkesanan jangka panjang, tidak perlu diingat setiap hari, dan kesesuaian untuk wanita yang mungkin tidak boleh menggunakan pil perancang yang mengandungi estrogen. 
Kesan Sampingan:
Kesan sampingan yang mungkin termasuk perubahan dalam kitaran haid, seperti pendarahan yang tidak teratur, lebih lama, atau lebih ringan
- cerita nya yang kalut nak share nie, sebab dok tunggu "BFF" nie lah tak kunjung tiba, hahaha, tapi ramai je yang kenal, guna implanon memang tak mai period, so tenang saja bha - 

gambar semua from google, bukan milik diri sendiri.


till then, see ya.

Thursday, July 10, 2025

.: SESI JAWAB SOALAN - FULL @ HALF BIUS? :.

Assalamualaikum. 

Niat nak jawab, tapi lama beno nak jawabnya.. Hihihi.. 
 
Soalan dari kak SA rentetan nak keluarkan IUCD tu. 

Kalau tanya Linda, nie pengalaman pertama masuk OT (operation theater). 
Sebelum nie bersalin anak 4, alhamdulillah normal semuanya. 
Jadi masuk LR (labour room) jelah. 

jadi moh la cerita pengalaman sendiri masuk OT dan dibius.
untuk prosedur removal IUCD nie.
doktor bius suggest untuk bius spinal(separuh badan-lower body sahaja)
lebih kurang epidural lah..
meh tengok beza epidural dan bius spinal

Ciri Bius Spinal Bius Epidural
Lokasi Suntikan Ruang subaraknoid (terus ke cecair saraf) Ruang epidural (luar dari lapisan dura)
Kedalaman Jarum Lebih dalam Kurang dalam
Kesan Bermula Cepat (2-5 minit) Perlahan (15-30 minit)
Kawalan Dos Tidak boleh dikawal (satu suntikan sahaja) Boleh dikawal (melalui kateter berterusan)
Tempoh Kesan Pendek (1-2 jam) Lebih lama (boleh disambung jika perlu)
Kekerapan Digunakan Pembedahan singkat (contoh: C-section) Bersalin, pembedahan panjang
Kesan Sampingan Sakit kepala selepas prosedur lebih biasa Kurang sakit kepala
Saiz Jarum Lebih halus Lebih besar (untuk masukkan kateter)
Kehilangan Deria & Gerak Kehilangan deria & gerak yang lebih cepat Kehilangan deria, gerak bergantung pada dos
-chatGPT je-

Masuk ruang OT tu,rase seram sejuk dah.
Staff set up kita dalam tu.
Doktor bius pun datang, duduk posisi udang tu, untuk dia cucuk dan masuk kan ubat bius.
Nampak sangat tak relax bila doktor bius cakap "puan,relakskan sikit bahu tu, jangan keraskan muscle"
Pertama kali kan, tak tahu nak react macam mana.

Rasa dia cucuk, rasa macam ada 'benang' halus masuk ke dalam.
Lepas tu,doktor cakap dah selesaikan masuk ubat bius, duduk sekejap dalam posisi yang sama..baru boleh baring.
Bila dah baring, eh nampak pantulan imej dekat syiling.
Baru faham apa yang kawan² pernah cerita, kadang² ternampak perut diorang digodek² melalui pantulan tu.

Tapi, supposedly itu tak terjadi, sebab staff OT akan lindungi pandangan kita, diorang letak cover atas tu.
Tapi, memang kita terkebil², tak hilang kesedaran ye..cuma hilang rasa sakit bermula pinggang ke bawah.

Sambung balik, lepas dah dibaringkan semula, doktor bius cucuk lah dengan jarum tajam, untuk tanya sakit atau tak.
Linda pun tak dapat bezakan sakit @ rasa.
Bila dia mula dari bahagian bawah ke atas, baru dapat bezakan.

Doktor yang bertugas untuk prosedur Linda, pun masuk.
Beliau pun briefing semula,nak buat prosedur apa.
Doktor bius, memang ada je duduk atas kepala Linda tu, dari mula sampai habis..
Dia asyik tanya je,sejuk tak..nak warmer tak.

Sakit tak terasa, tapi rasa orang goncang², godek².. kalau waktu normal,kita rase ngilu² lah..nie takde rasa apa.

Tau² dah selesai, setel² kemas dekat OT.
Staff pindahkan ke katil yang lain, dan ditolak di bilik pemantauan.
Dalam bilik pemantauan tu, staff OT asyik suruh gerak kaki, kalau kaki kita boleh bergerak, baru dia panggil staff wad untuk ambil kita.
Selagi kaki tak gerak, dok lah dalam tu.
Masa tu, kaki rasa berat sangat.
Boleh la kot perumpamaan macam kaki gajah tu.
Kita rasa dah gerak kaki, tapi staff cakap, belum lagi.

Bius tu berkesan dalam 5-6 jam lah. bergantung dos yang doktor masukkan, tapi dia one shot je, tak boleh tambah @ kurangkan.
Balik wad, boleh lah minum ke apa..tapi,doktor bius cakap jangan bangun dari baring.
Jadi jawapannya,memang tak minum lah..sebab jauh gila kot air, pengiring takde.

jadi nya,kita tidur jelah dulu sampai incikSuami mai petang tu.
Just minum air Saline je lah dulu.. 😂😂
Takmo bagi dehydrated kan.

Dapat MC 2minggu.
Sebab kesan jangka pendek,yang dalam 2minggu tu. Linda rase, tak boleh duduk lama², tak boleh berdiri lama².. memang nak baring je..
Sebab tu lah dapat MC agaknya.

Panjang betul entry nya ya..hihihi

Till then, see ya.

Thursday, June 26, 2025

.: IMPLANON PULA :.

Assalamualaikum 

Bersiaran dari telefon baru.
Eh,tu pun nak heboh ke Linda? 😂😂

Dah siap watermark,tak payah nak edit lain la kan? Hihihi.

Sementara MC lagi, Linda decide nak pasang implanon terus.
Malas nak fikir fikir.
Risau tengah tengah fikir, ada yang kena buka buku pink kang..

Done RM520.
Exp Jun 2028 nanti.
IncikSuami sponsor RM120. 🤭🤭
Pandai Linda buat kira kira.

Meh la kita besarkan yang mana ada nie.
Umur 37tahun, si bongsu 7tahun.
Umur Linda 47tahun, si bongsu 17tahun.
Semoga sihat sihat hendaknya.

Lain orang, lain cara family planning nya.
Jangan sibuk cakap "akak makan pil dah bertahun tahun ok je, akak rancang sendiri ok je"
Haisyh, kita nie bila nak jawab,teringat dia pangkat akak je,takmo lah nampak macam kuang ajo sangat.
Jadi banyak banyak kan bersabar lah.

Tak kan lah saya nak citer kat akak yang saya nie pantang tersentuh kulit, jadi je.. hahaha...
Haa kan,saya dah tercakap dekat satu dunia nie. 🫣🫣

Masing masing ada pilihan sendiri.
Baik lah akak tanya pengalaman saya pakai alat perancang keluarga nie,daripada akak nak membanding bandingkan dengan diri akak.
Mana tahu, satu hari nanti akak dah jemu nak makan pil, boleh la pakai iucd ke implanon ke..hihihi..

Apa pun, ini cara Linda..
Sebab mak Linda sendiri pun still amik perancang sampai umur 50 lebih.
Selagi ada period lah.
Jadi, pendedahan tu memang ada.
Cumanya Linda tak ambil pil lah..

Eh, panjang pula omelannya.
Padahal nak cerita pasal implanon je.

Till then, see ya.

Eh,nak tanya MZ.. memang lepas pakai implanon,ada kesan lebam sikit ye?. Risau pula kita,firstimer kan..hihihi

Sunday, June 22, 2025

.: HARI KETIGA DAN DISCAJ :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, 18.06.2025 - last day linda duduk hospital. 
Lama juga nie, 3hari 2malam.
Selalu lepas bersalin tu, 2hari 1malam je. 

Menu Sarapan pagi. 
Bihun goreng not bad, tapi ayam black pepper tu tak menarik rasa dia. 

Round dengan doktor pakar. 
Doktor tanya tanya sikit, beritahu plan, doktor bagi nasihat sikit. 
Dan, the rest "ok, boleh discaj dah" 

Owh, masa buat prosedur keluarkan IUCD tu, doktor yang incharge tu kabo, dinding rahim ada nampak fluffy sikit (not normal lah), so doktor ambil sekali sampel untuk buat pemeriksaan dekat makmal. 

So, akan ada next TCA juga lah untuk review result sample tu. 
Moga takde lah yang pelik pelik. 
Dia biasa lah kan, kalau jumpa 1 problem, mesti akan berkait kait. 
Semoga habis sampai situ je lah nanti. Aamin. 

Sebelum discaj, sempat lagi merasa menu tengah hari. 
Pekat kuah sup tu, rasenya dia campur tepung jagung tu. 

Dalam pukul 2.30 petang tu, dapat surat discaj dan MC sekali. 

Jadi, jom lah kita wefie dulu sebelum discaj. 
Geng-geng masuk OT. 
Kak Midah dan Ada (berkaca mata). 
Diorang punya problem is fibroid, tapi tu pun amik sample je dulu. 
Nanti kita jumpa lagi next TCA ya. 
Moga sihat sihat selalu buat mereka. 

Till then, see ya. 

Saturday, June 21, 2025

.: HARI KEDUA WARDED :.

Assalamualaikum 

Hari prosedur, 17.06.2025. Awal pagi katil depan dan sebelah dah ditolak ke OT. 
Linda nie dok dup dap je tunggu turn. 
Dalam pukul 8.30 pagi macam tu, staff nurse(SN) wad hulur gown OT, minta linda tukar uniform. 

Sempat lah snap kenangan dengan gaun OT nie. 
Tak pernah lagi sarung gaun OT nie. 
Sempat wasap incikSuami, nak kena masuk OT dah. 
Telefon tinggal dekat SN wad.

Dari wad, ditolak atas katil sampai ke OT. 
Masuk je perkarangan OT tu, terus rasa sejuk. Belum masuk bilik OT lagi. 
Sampai je OT, kena tukar katil lagi. 
Setel daftar masuk, staff yang incharge OT pula ambil alih, pastikan nama kita betul, tanya kita prosedur apa nak buat, setiap tandatangan dekat helaian borang tu, betul ke kita tandatangan. 

Seingat linda, ada borang keizinan nak buat prosedur @ pembedahan. 
Ada borang yang kita dah aware dengan risiko pembedahan dan juga bius nya. 
Ada borang keizinan transfusi darah, sekiranya darah kita drop. 
Pendek kata, kita aware lah dengan semuanya.. Takde lah membuta tuli kena belah sana sini. 
Kalau pesakit tu sedar, masih waras, memang pesakit yang kena tandatangan. 
Melainkan pesakit memang unconscious, yang tu baru guna keizinan waris pesakit. 

Masuk bilik OT dalam 9.00 pagi, mula dibius pukul 9.10 pagi, keluar bilik OT dalam pukul 10.00 pagi. 
Duduk di bilik pemantauan dulu, lebih kurang 12.30 tengah hari dah ditolak semula naik ke wad. 

 Dah minta telefon semula dari SN, terus snap gambar nie pula. 

Sebabkan tak boleh bergerak lagi, tak boleh nak makan minum lagi (sebab tak sampai nak capai guna tangan je, tanpa bangun). 
Maka, minum lah air berkhasiat nie dulu.. 😂😂
3 botol dah masuk dalam badan. 

IncikSuami datang dalam pukul 5ptg, baru lah linda boleh bangun untuk tukar pakaian dan bersihkan diri sekejap. 
Bius tu pun dah takde rase, doktor cakap memang kena tunggu dalam 5 ke 6 jam, baru boleh bangun. 

Menu dinner hari ke 2.
Tak tau lah ikan apa tu, memang tak boleh go, makan dengan kuah je.

Till then, see ya. 

Friday, June 20, 2025

.: HARI PERTAMA WARDED :.

Assalamualaikum 

Kalau yang perasan tu, dah lama linda share kan pasal IUCD yang tak jumpa tu, dengan apa plan doktor nak buat untuk keluarkan IUCD tu. 

Jadi, setelah bertukar tarikh, dari 4Jun, kemudian 23Jun. Eh tiba-tiba 16Jun pula. 
Memang terkujat lah kita. 
Dalam otak dah set kena setel kerja dalam minggu 16Jun tu, sebab dah mula kerja seorang nie, partner dah ambil cuti bersalin. 
Dengan 15Jun tu mak bapak bertolak dari Tanah Suci, memang kalut lah 16Jun tu, sebab adik beradik penuh lagi dalam rumah. Tak sempat nak beramah mesra. 

Cakap dengan mak kena masuk ward pukul 9pagi, itu pun lajak 10.30pagi baru pergi hospital. 
Kita setelkan makan makan dulu dekat rumah. 
Urusan pendaftaran smooth je, naik wad 11C,dapat katil no 21.

Makan tengah hari. 
Kitanya masuk hospital kerajaan je, menu biasa biasa jelah. Hihihi. 

Petang, sebelum incikSuami p amik anak sekolah, mai singgah dulu kat linda. 
Pagi tu, dia hanta dekat lobi je, semua linda urus sendiri. 

Bila dah pasang branula nie, jadi seram lah sikit. 

Doktor panggil masuk bilik scan, tetap nak cuba keluarkan secara manual. 
Sambil sorang dok proses, sorang dok scan, tetap lah tak berjaya. 
Doktor cakap "its very close,tetap I tak dapat nak keluarkan, so kita proceed masuk OT je ye puan" 
Linda pun iye kan jelah, nak buat camne lagi kan. 
Petang-petang sikit, doktor bius pula datang, bagi explanation lagi. 
"Sebab nie prosedur simple je, so kita bagi bius spinal je, macam orang nak bersalin czer tu" doktor bius tu kabo. 
Kitanya debo, bersalin semua normal.. Risau lah. 

Menu makan malam pula. 
Serius, tak sedap betul lauk dekat Hospital Selayang nie.. Hahaha. 
Pernah warded Hosp Teluk Intan dengan Hosp Sabak Bernam, makanan situ lagi sedap sedap. 
Ke sebab Hosp Selayang nie, tukang masak dia outsource, tu yang tak sedap..

Malam pertama menginap di ward selepas 7tahun (waktu bersalinkan dedek). 

Recall balik - doktor nak buat heteroscopy removal IUCD, doktor akan masukkan kamera dalam rahim (ikot miss V lah). Jadi, boleh la doktor cari punca kenapa IUCD tak boleh keluar secara manual. 
Jadi, dah nampak pakai kamera tu, doktor keluarkan lah sekali IUCD tu. So,bila dah masuk kamera tu,haruslah di bius..

Pasang yang baru?? 
Owh, tak.. Trauma pula rasenya. 
Kalau hari tu keluar IUCD secara normal je, memang nak pasang yang baru. 
Tapi yang nie, tak pasang la baru, risau nak keluarkan kena masuk OT lagi. 

Till then, see ya. 

Wednesday, June 18, 2025

.: 3D2N :.

Assalamualaikum 

Selepas 3 hari 2 malam. 
Selesai nya "percutian" nya. 
Petang boleh discaj dah. 

Alhamdulillah, mari lah stress nak pakai perancang keluarga apa pula. 

Till then, see ya. 

 

Monday, June 16, 2025

.: DARIPADA TINGKAT 11 :.

Assalamualaikum 

View hari ini dari tingkat 11 Hospital Selayang. 

Masih setia dengan uniform pink. 

Doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudah segala urusan... Aamin2 

Ohh, 16.6.2025, 1.30pagi. Mak dengan bapak dah selamat sampai Tanah Air ku daripada Mekah. 
Alhamdulillah, mak dengan bapak dah selesai menunaikan rukun iman yang ke5, semoga semua jemaah haji mendapat haji yang mabrur, Aamin2 YRA. 

Till then, see ya. 

Thursday, May 15, 2025

.: KLINIK ANAESTHESIA :.

Assalamualaikum

susulan kisah IUCD linda.
nak cerita pun malu.
tapi, takpelah untuk pendidikan kan.
mana tahu ada orang cari info pasal pengalaman pakai IUCD, tiba-tiba entry linda terkeluar dalam carian google tu,
kan dah bagi manfaat kepada orang lain.

macam biasa, ambil no untuk pendaftaran dekat unit hasil.

lepas tu ambil result darah di klinik O&G.
minggu lepas ambil darah dulu.
berdebar tengok result e-FGR

Estimated glomerular filtration rate (eGFR) – is a blood test which is used to indicate roughly how well the kidneys are working to filter out waste products such as creatinine from your blood

tambah sikit 

linda punya bacaan eGFR lebih 90ml/min.
Alhamdulillah, tanya doktor pasal result, doktor kata ok je, normal.

dah ambik result darah, terus ke klinik bius pula.
jadi, doktor bius cek-cek n bagi konsultasi.
untuk buang IUCD akan buat prosedur Hysteroscopy 

Hysteroscopy - an internal examination of your womb
You will have general anaesthetic, which is medicine that makes sure you are asleep during the procedure. Having a general anaesthetic means that you will need to fast. You must not eat for 6 hours before surgery. You can drink water up to 2 hours before surgery.

doktor terangkan kaedah bius.
boleh pilih sama ada general @ separuh badan
separuh badan macam orang buat Czer lah.
tak dapat buat pilihan lagi.
better GA (general anaest) kot, takdelah seram nak kena cucuk dekat bahagian tulang belakang tu.
doktor cakap, prosedur nie biasa-biasa je, jarang lah ada kejadian serius.
hopefully semuanya baik-baik je.
sepanjang umur 36 tahun nie, tak pernah lagi masuk OT (Operation Theater), 4 kali je masuk LR(Labour Room).

nak hilangkan gundah, singgah Gloria Jeans.
beli kek Carrot, tapi tak sedap macam SR.

kalau takde aral, 4.6.2025 nanti linda warded.
semoga dipermudah segala urusan.
doakan yang baik-baik untuk linda ya.

pengorbanan seorang wanita.

till then, see ya.

Thursday, March 13, 2025

.: FOUND IT, YET CANNOT REMOVE IT :.

Assalamualaikum.

Hari nie, hari app dengan klinik OnG.
Cerita bermula di SINI

Sampai je hospital,thumbprint macam biasa.
Lepas tu baru Q untuk ambik no giliran.
Nie baru giliran untuk bayar dekat unit hasil.

No giliran untuk pembayaran unit hasil.
Tapi, sebab linda pakai uniform, terus staff tu kenal lah keje spital gak.
Jadi free lah.
Tapi, auntie depan tu pun free, pertama kali datang free, kalau ada next app baru bayar.
Itu pun RM5 je untuk klinik pakar dan warganegara.
Sangat murah berbanding negara luar.
Yang tu pun komplen macam-macam.
Memang jenis tak tahu bersyukur kita nie.
Eh, melalut pula.

Dah selesai dekat kaunter hasil tadi.
Baru lah gerak ke kaunter klinik masing-masing, untuk daftar jumpa doktor pula.
So, kat sini lah Linda, klinik OnG.

Dalam bilik konsultasi no camera, jadi linda cerita jelah apa yang jadi ye.
Doktor dah baca,dah tanya,dah faham dan dah tulis kronologi cerita.
Doktor ajak p bilik sebelah untuk scan, nak tengok IUCD tu ada ke tidak.
Sekali letak je, doktor dah jumpa IUCD tu.
Linda pun boleh nampak juga.
So, lega dekat situ, IUCD nya masih ada lagi di tempat yang sepatutnya.

So, doktor pun tanya, nak proceed untuk remove ke.
Sebab kalau nak proceed untuk remove, kira batal puasa lah.
Linda cakap proceed jelah doktor, dah alang-alang datang.
So, doktor pun proceed.
Cuba punya cuba.
Doktor pun cakap "emm, memang tak boleh remove nie puan,benang dia pendek,saya dah cuba nak kuis2 benang tu pun tak dapat nak grab juga, so kena guna cara lain lah macam nie"

Erk...cara apa pulak.
Baru nak sambut kegembiraan kalau dah keluar.
Doktor cakap, mungkin kena guna cara Transvaginal Ultrasound
Terus seram pulak.
Doktor kata normal prosedur je, tapi kena masuk wad juga.
Sebab kena buat dekat dewan bedah juga.

So, doktor bagi borang admit wad siap-siap.
Cuma tinggal isikan tarikh je, bila jabatan pembedahan call nanti.
Dah sebab nie takde lah urgent case sangat.
Takdelah berharap dapat tarikh awal.
Dan betul dugaan nya, dah dapat call.
Tarikh prosedur 5.6.2025

Doakan yang baik-baik dan dipermudah segala urusan linda ya.
Semoga dapat remove IUCD nya tanpa sebarang komplikasi yang lain, Aamin.

Dilema seorang isteri yang bersuami.
Tak pakai protection, keje asyik mengandung je.
Dah pakai protection, pun ada effect juga.
Jadi, apa yang perlu dilakukan?? hihihi

Till then, see ya.

Tuesday, January 7, 2025

. : NOT FOUND :.

Assalamualaikum. 

Kan hari tu cerita pasal family planning. 
So, petang nie kat sini lah linda. 

LPPKN Selayang. 
Sejuk aircond dia. 
Staff baik. Doktor pun baik je. 

Ok.. 
LPPKN = Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. 
Satu agensi di bawah KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). 

LPPKN nie agensi kerajaan juga. 
Tapi, dia fokus kepada kaedah perancang keluarga je. 
Berbayar, tak free (untuk penjawat awam) macam agensi KKM. 
Tapi, still affordable lah dari ambil dekat swasta. 

So, pemeriksaan asas.. 
Semua normal, sangkut tang kolestrol.. 
Aigoo.. 
Kena stat workout balik nie.. 
Berat pun helok je no tu.. 66.6kg 😱😱
Berat macam mengandung aje.. 

Linda buat apa kat LPPKN? 
Konon nya nak remove IUCD dan insert yang baru.. 
Sekali, doktor buat prosedur remove IUCD.
IUCD not found.. 😱😱
Nie lagi seram,mana pulak hilang nya.. Hahaha
Tapi, doktor tu baik je.. 
Doktor cakap ada @ takde (dah keluar sendiri, mungkin linda tak perasan) 
Nak scan, LPPKN nie takde mesin scan. 
So, doktor terus buat refer letter dekat hosp Selayang. 

Jadi kat sini pulak linda. 
Hantar refer letter dan tunggu app dekat OnG. 

Sekali dapat app bulan 3.
Weyh, 2 bulan lagi baru jumpa doktor. 
Tapi bulan pose nie.. Terpaksa ponteng pose ke mcm mana nie nanti?? 
Nampak noo tak serius sangat masalah linda.. 🤭🤭

Semoga yang baik2 je, Aamin2. 

Till then, see ya. 




 

Saturday, January 4, 2025

. : FAMILY PLANNING :.

 Assalamualaikum 

Dilema ibu ibu muda cantik jelita, yang dah cukup kuota anak nya.. 🤭🤭

Bukan menidakkan rezeki. 
Tapi, kemampuan mental, fizikal, kewangan semua kena kira. 
Semoga yang baik-baik je untuk kita semua. 

Anak adalah amanah. 
Semua usaha yang kita lakukan akan dipersoalkan nanti. 

Till then, see ya.