Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, March 18, 2025

.: NUZUL QURAN :.

 Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran.
bila dah jumpa Nuzul Quran, bermaksud tak lama lagi kita akan meninggalkan Ramadan 🥲🥲
cepat-cepat pecut untuk lebih banyak beribadah, menghabiskan bacaan Al-Quran.
semoga kita bertemu malam Lailatul Qadar, Aamin.

Penerangan Hadith:-
  1. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S di Gua Hira', Makkah.
  2. 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada Surah Al-Alaq.
  3. Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 Tahun.

semoga amalan baik kita di bulan Ramadan , kita teruskan. Insya-Allah

till then, see ya.

Monday, March 17, 2025

.: CUSTOMER REVIEW :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selamat juga sampai photobook nie kat customer linda (kawan sek rendah juga)
awal-awal tu dah cakap dengan dia lambat sikit.
sebab laptop problem hari tu.
so, membe cakap ok.
linda pun on je lah.

tapi tulah, laptop tak boleh on semula.
kena guna Tab je.
bila Tab nie, function macam telefon, jadi software untuk Pixajoy tak boleh nak launch.
terpaksa lah edit guna online editor.
mengusung lah Tab merata alam.

Alhamdulillah, dah selamat terima.
dan kawan tu puas hati sangat.
linda nie risau lah cmne kejadiannya.
linda tak suka nak guna online editor, sebab kena ada line internet selalu.
kalau tak, tak dapat nak edit nya.

terharu betul dapat feedback gini.
moga tak serik lah ye.
dah la lama nak tunggu.
selalu memang linda bagi tempoh dalam sebulan untuk terima fizikal.
sebab linda buat time wekeend je kan.

nak hadap pun, boleh tahan berchenta juga.

ada yang nak cuba ke?
boleh risik-risik SINI

till then, see ya.

Sunday, March 16, 2025

.: BERBUKA 13 RAMADAN :.

Assalamualaikum 

Simple2 je menu berbuka linda. 
1 lauk, 1 sayur. 

Menu berbuka Jumaat lepas. 

Ayam masak kicap. 
Kangkung goreng belacan. 

Pagi tu incikSuami beli barang basah, stok kat rumah dah habis. 
Linda balik kerja nampak kangkung. 
Kangkung pun dah layu. 
So, laju je tangan nie memotong kangkung. 
Cili padi ada lagi, belacan pun ada. 
Kangkung goreng belacan pun sodap. 

Kisah di sebalik kangkung.  

IncikSuami balik dari amik anak sekolah. 

IS - ehh, kangkung dah siap potong ke? 
L - haa, siap dah la. Dah tu nak tunggu bila pula. 
IS - lah, ingatkan nak buat yong tau foo, nak letak kangkung. Tak jadi lah macam nie. 
L - hanya mampu gelak je. 

Naseb ko lah bang, sape suruh tak pesan awal-awal. 
Isteri jenis masuk dapur sekali harung je.. 
Takde masak 2,3 kali ulang. 

Till then, see ya. 

Saturday, March 15, 2025

.: PANGGILAN HAJI :.

Assalamualaikum.

Berkenaan entry yang NIE
Alhamdulillah, mak dan bapak telah ditawarkan untuk menunaikan haji pada musim haji akan datang nie..
Alhamdulillah, rezeki mak dengan bapak.
2 tahun lepas dapat menunaikan umrah, tahun nie, insya-Allah akan menunaikan haji pula, mohon doa daripada readers supaya dipermudah segala urusan dan mak bapak sihat2 sahaja sebelum,semasa dan selepas menunaikan haji, Aamin YRA.

Lama simpan draft nie.
Sebab tak tahu nak publish ke tak.
Tak tahu penerimaan orang macam mana.
Sebab semua umat Islam berimpian untuk menunaikan umrah dan haji.
Lagi-lagi haji, untuk melengkapkan rukun Islam kita.
Semoga ada rezeki kita semua dipanggil untuk menunaikan haji sebelum kita menutup mata, Aamin YRA.

Nie hari selepas cuti Thaipusam tu.
Linda ambil cuti, bawa mak dan bapak ke Tabung Haji.
Nak uruskan pasal permohonan visa tu lah.
Siapa yang baru-baru menunaikan umrah mesti tahu betapa susah nya nak tembus talian untuk permohonan visa.

Staf TH yang membantu untuk permohonan visa.
Kena scan pasport, muka dan 10 cap jari.
Lepas tu baru boleh send permohonan.
Dekat rumah berpuluh kali kitorg semua cuba.
Tang jari tu failed saja.
Semua telefon yang ada dekat rumah tu, semua kitorg guna untuk cuba.
Semua tak berjaya.

Last-last give up, ke TH lah kita.
Staff tu buatkan, tak sampai 5 minit, dah boleh send permohonan.
Malangnya hari yang kami pergi tu, sistem down pula.
So, permohonan tak dapat diterima.

Next week nya, mak dengan bapak repeat p TH, dan alhamdulillah, berjaya send permohonan visa.

Nie nak scan jari tu

Penerbangan pergi pada 30/4/2025

Penerbangan pulang pada 15/6/2025

48 hari tempoh berada di Mekah dan Madinah.
Tahun ni raya haji, mak dengan bapak di Mekah, Alhamdulillah.

Semoga semuanya berjalan lancar, dipermudah segala urusan.Aamin.
Dan pasti nya tarikh tu, Linda dan anak-anak cuti lah..
Nak hantar ke airport.

Till then, see ya.

Friday, March 14, 2025

.: WHEN THE STARS GOSSIP :.

Assalamualaikum.

baru-baru nie linda habiskan cerita drama berkisarkan kisah angkasawan 

WHEN THE STARS GOSSIP


tengok sebab ada Lee Min Ho.
episod pertama memang macam tak boleh go.
tapi cuba juga sambung, akhirnya habis juga tengok.

sinopsis bawah nie, copy dari FB je, tak ingat dah owner profile nya.
maaf ya.

Drama ni banyak kontroversi sewaktu tayangannya. Ramai yang mempertikaikan gandingan Gong Hyo Jin bersama Lee Min Ho, mengatakan yang mereka berdua tidak sesuai sebagai pasangan yang bercinta , katanya Gong Hyo Jin terlalu tua buat Lee Min Ho. Lee Min Ho umurnya bukan 18 tahun, kalau masih 18 tahun dia takkan jadi doktor yang menyambut kelahiran bayi, jadi tidaklah terlalu muda untuk menjadi pasangan Gong Hyo Jin.

Disebalik ramai yang pertikaikan gandingan hero dan heroin tanpa mengetahui yang sebenarnya tema utama drama ni adalah ibu dan anak. Sebab tu di awal episod ada tunjukkan misi Ryan yang perlu membawa sperma dan telur secara rahsia ke angkasa. 

Genre tulis romantik komedi tapi telah bertukar kepada drama yang menyedihkan di hujung episod. Terdapat beberapa watak ibu yang sanggup berjuang untuk dapatkan anak, yang mengalami kehilangan anak, yang tinggalkan anak dan yang sanggup berkorban segalanya demi anak.

Na Min Jeong

Menantu Chaebol yang kematian suami tetapi punyai keinginan untuk lahirkan zuriat mendiang suaminya. Dengan menggunakan sperma yang di simpan di bank sperma, dia percaya dia dapat hamil jika telurnya di senyawakan di angkasa. Hanya wanita yang bertahun menunggu zuriat faham perasaan dan kesabaran untuk bergelar seorang ibu.

Go Eun 

Kehamilannya bermasalah dan terpaksa di bedah. Anak dalam kandungan tak dapat diselamatkan. 

Na Mi 

Ibu kandung Eve. Tinggalkan Eve di sewaktu bayi, tak pernah terfikir untuk mencari Eve kerana dia menganggap yang Eve akan musnahkan kerjayanya. Tapi apabila sahabat baiknya meninggal dunia sewaktu melahirkan bayi, dia dengan rela hati sanggup menjaga bayi tersebut dan menganggapnya sebagai anak kandung. Sanggup jaga anak orang lain sedangkan anak sendiri di 'buang' dalam teksi 😭 .

Eve 

Sebagai komender, Eve mengikut segala protokol ketika berada di angkasa. Eve sanggup musnahkan morula di angkasa. Eve sedih apabila mendengar sendiri kata-kata ibu kandungya yang memang tak pernah mahukan dirinya. Sungguh pedih 😭 . Dan apabila Eve mengetahui yang dia hamil di angkasa, dia sanggup mengambil risiko untuk tinggal di angkasa dan bersalin di sana. Demi untuk menyelamatkan anak dalam kandungannya. 

Drama ni mungkin bukan drama untuk semua orang, dengan tema angkasa, gandingan hero dan heroin yang tidak disukai ramai tapi pada min drama ni unik dan mempunyai mesej yang kuat. Ibu, sanggup berkorban apa saja demi anak. Ibu kuatkan semangat untuk terus hidup demi anak. Tanpa ibu, siapalah anak di dunia ini. 

Drama yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Dan di akhir episod, turut di ceritakan pengorbanan ayah. Ayah sanggup risiko nyawanya sendiri demi anak. 

Hargailah ibu dan bapa kita. Tanpa mereka berdua, kita juga tak akan wujud di dunia ini.


untuk episod terakhir ep 16.
kita ibaratkan memang tak masuk akal lah.
sebab Eve boleh mengandung dan bersalin di stesen angkasa lepas.
tapi, eve tak selamat, sebab semasa meneran, tulang pinggul dia patah.
so tak boleh nak dirawat lah, memang tunggu masa nak m**i jela.
anak dia dari baby sampai umur setahun duduk dekat stesen angkasa lepas bersama bapa nya dan krew yang lain.
terapung-apung haa babynya.

tapi, cerita korea baru memang kena tapis-tapis menengoknya.
sebab dah banyak scene 18sx yang di selitnya.
hari tu pernah terbaca, sebab kadar birth rate di Korea rendah, so mungkin kerajaan dah buat analisis, 20-30 tahun akan datang, rakyat korea takde pelapis.
so, nie salah satu cara kerajaan Korea nak mempromosikan, supaya dapat menaikkan kadar birth rate dekat Korea.
kalau tak salah linda lah.

till then, see ya.

Thursday, March 13, 2025

.: FOUND IT, YET CANNOT REMOVE IT :.

Assalamualaikum.

Hari nie, hari app dengan klinik OnG.
Cerita bermula di SINI

Sampai je hospital,thumbprint macam biasa.
Lepas tu baru Q untuk ambik no giliran.
Nie baru giliran untuk bayar dekat unit hasil.

No giliran untuk pembayaran unit hasil.
Tapi, sebab linda pakai uniform, terus staff tu kenal lah keje spital gak.
Jadi free lah.
Tapi, auntie depan tu pun free, pertama kali datang free, kalau ada next app baru bayar.
Itu pun RM5 je untuk klinik pakar dan warganegara.
Sangat murah berbanding negara luar.
Yang tu pun komplen macam-macam.
Memang jenis tak tahu bersyukur kita nie.
Eh, melalut pula.

Dah selesai dekat kaunter hasil tadi.
Baru lah gerak ke kaunter klinik masing-masing, untuk daftar jumpa doktor pula.
So, kat sini lah Linda, klinik OnG.

Dalam bilik konsultasi no camera, jadi linda cerita jelah apa yang jadi ye.
Doktor dah baca,dah tanya,dah faham dan dah tulis kronologi cerita.
Doktor ajak p bilik sebelah untuk scan, nak tengok IUCD tu ada ke tidak.
Sekali letak je, doktor dah jumpa IUCD tu.
Linda pun boleh nampak juga.
So, lega dekat situ, IUCD nya masih ada lagi di tempat yang sepatutnya.

So, doktor pun tanya, nak proceed untuk remove ke.
Sebab kalau nak proceed untuk remove, kira batal puasa lah.
Linda cakap proceed jelah doktor, dah alang-alang datang.
So, doktor pun proceed.
Cuba punya cuba.
Doktor pun cakap "emm, memang tak boleh remove nie puan,benang dia pendek,saya dah cuba nak kuis2 benang tu pun tak dapat nak grab juga, so kena guna cara lain lah macam nie"

Erk...cara apa pulak.
Baru nak sambut kegembiraan kalau dah keluar.
Doktor cakap, mungkin kena guna cara Transvaginal Ultrasound
Terus seram pulak.
Doktor kata normal prosedur je, tapi kena masuk wad juga.
Sebab kena buat dekat dewan bedah juga.

So, doktor bagi borang admit wad siap-siap.
Cuma tinggal isikan tarikh je, bila jabatan pembedahan call nanti.
Dah sebab nie takde lah urgent case sangat.
Takdelah berharap dapat tarikh awal.
Dan betul dugaan nya, dah dapat call.
Tarikh prosedur 5.6.2025

Doakan yang baik-baik dan dipermudah segala urusan linda ya.
Semoga dapat remove IUCD nya tanpa sebarang komplikasi yang lain, Aamin.

Dilema seorang isteri yang bersuami.
Tak pakai protection, keje asyik mengandung je.
Dah pakai protection, pun ada effect juga.
Jadi, apa yang perlu dilakukan?? hihihi

Till then, see ya.

.: BERBUKA 11 RAMADAN :.

Assalamualaikum

semalam, kesurupan apa pun tak tau lah.
rajen bebeno.. hahaha
balik tu, terus petik daun pandan dekat bawah kuarters tu.
sampai rumah, tukar uniform sat, blender serai, bawang merah, bawang putih.
lepas tu tuang dengan ayam, buat perapan versi sendiri.
masukkan bahan blender tu, serbuk kari sikit, cukup rasa sikit.
tinggal kejap, rebus suun .
sebab nak masak jangan(sayur) bening je.
campur dengan kentang dan fiscake, buat kuah.

lauk apa yang rajen masak tu.
ayam goreng pandan, bahan perap versi sendiri.
wangi nya bila goreng tu.
balut pun sukati je, janji tak terbuka sudah

lauk berbuka.
ayam goreng pandan, ulam ulaman, sambal belacan incikSuami buat dengan sayur bening.
Alhamdulillah.

sampai incikSuami pun tegur
"tak pernah pun masak ayam macam nie?"
hahaha, another level betul semalam.
lepas nie nak repeat lagi, tak tau bila lah.

till then, see ya.