Assalamualaikum.
baru-baru nie linda habiskan cerita drama berkisarkan kisah angkasawan
WHEN THE STARS GOSSIP
Drama ni banyak kontroversi sewaktu tayangannya. Ramai yang mempertikaikan gandingan Gong Hyo Jin bersama Lee Min Ho, mengatakan yang mereka berdua tidak sesuai sebagai pasangan yang bercinta , katanya Gong Hyo Jin terlalu tua buat Lee Min Ho. Lee Min Ho umurnya bukan 18 tahun, kalau masih 18 tahun dia takkan jadi doktor yang menyambut kelahiran bayi, jadi tidaklah terlalu muda untuk menjadi pasangan Gong Hyo Jin.
Disebalik ramai yang pertikaikan gandingan hero dan heroin tanpa mengetahui yang sebenarnya tema utama drama ni adalah ibu dan anak. Sebab tu di awal episod ada tunjukkan misi Ryan yang perlu membawa sperma dan telur secara rahsia ke angkasa.
Genre tulis romantik komedi tapi telah bertukar kepada drama yang menyedihkan di hujung episod. Terdapat beberapa watak ibu yang sanggup berjuang untuk dapatkan anak, yang mengalami kehilangan anak, yang tinggalkan anak dan yang sanggup berkorban segalanya demi anak.
Na Min Jeong
Menantu Chaebol yang kematian suami tetapi punyai keinginan untuk lahirkan zuriat mendiang suaminya. Dengan menggunakan sperma yang di simpan di bank sperma, dia percaya dia dapat hamil jika telurnya di senyawakan di angkasa. Hanya wanita yang bertahun menunggu zuriat faham perasaan dan kesabaran untuk bergelar seorang ibu.
Go Eun
Kehamilannya bermasalah dan terpaksa di bedah. Anak dalam kandungan tak dapat diselamatkan.
Na Mi
Ibu kandung Eve. Tinggalkan Eve di sewaktu bayi, tak pernah terfikir untuk mencari Eve kerana dia menganggap yang Eve akan musnahkan kerjayanya. Tapi apabila sahabat baiknya meninggal dunia sewaktu melahirkan bayi, dia dengan rela hati sanggup menjaga bayi tersebut dan menganggapnya sebagai anak kandung. Sanggup jaga anak orang lain sedangkan anak sendiri di 'buang' dalam teksi 😠.
Eve
Sebagai komender, Eve mengikut segala protokol ketika berada di angkasa. Eve sanggup musnahkan morula di angkasa. Eve sedih apabila mendengar sendiri kata-kata ibu kandungya yang memang tak pernah mahukan dirinya. Sungguh pedih 😠. Dan apabila Eve mengetahui yang dia hamil di angkasa, dia sanggup mengambil risiko untuk tinggal di angkasa dan bersalin di sana. Demi untuk menyelamatkan anak dalam kandungannya.
Drama ni mungkin bukan drama untuk semua orang, dengan tema angkasa, gandingan hero dan heroin yang tidak disukai ramai tapi pada min drama ni unik dan mempunyai mesej yang kuat. Ibu, sanggup berkorban apa saja demi anak. Ibu kuatkan semangat untuk terus hidup demi anak. Tanpa ibu, siapalah anak di dunia ini.
Drama yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Dan di akhir episod, turut di ceritakan pengorbanan ayah. Ayah sanggup risiko nyawanya sendiri demi anak.
Hargailah ibu dan bapa kita. Tanpa mereka berdua, kita juga tak akan wujud di dunia ini.