Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label sspa. Show all posts
Showing posts with label sspa. Show all posts

Saturday, July 26, 2025

.: SECARA RASMINYA :

Assalamualaikum.

Khamis lepas, tiba² ada wasap dari JnT, ada barang sampai.
Terkejut Linda,sebab takde pun membeli barang rasanya.
Yang beli pun, pakai alamat rumah, nie sampai dekat pejabat.

Tengok-tengok, baru teringat.
Hadiah kenangan Ex- kesatuan Penyelia Asrama.

Ada nama.

Comel je..
Tuala muka.

Selfie sikit dengan hadiah nie..
Kawan kita tegur double chin tu..hihi 
Tak boleh buat apa lah, memang berat naik dengan tak mandang² kiri kanan.
Bila nak insaf tak tau.

Sampai nya hadiah nie,secara rasminya, terkubur lah Jawatan Penyelia Asrama nie.
Bermula SSPA, jumud lah jawatan Penyelia Asrama.
Dari 2013-2024, 11 Tahun bersama jawatan nie, macam-macam kenangan manis pahit yang ada.
Walau apa pun, penyelia asrama tetap terpahat di hati.

Till then, see ya.

Tuesday, February 4, 2025

.: ANAK KUNCI :.

Assalamualaikum. 

Sementara JD (job description) kita masih lagi berkisarkan asrama. 
Sementara masih menyarung uniform pink. 
Meh la kita abadikan kenangan kerja bergelumang dengan anak anak kunci. 

Kasi tagging syantik syantik. 
Biar senang kenal mana 1 anak kunci nya. 

Dalam bekas beg tu.. 
Serabut aihh ku nengok. 

Naseb baik ada laci kecik nie. 
Senang nak simpan perkakas perkakas. 

Ini membantu admin kuarters sorting kunci setiap unit rumah. 
Kunci asrama linda, alhamdulillah dah selesai. 
Masa awal-awal pindah HS lagi, dah sorting out balik. 
Mana tak boleh guna, kita buang je terus. 

Till then, see ya. 

#lifepenyeliaasrama

Sunday, December 1, 2024

. : PA TO PT :.

Assalamualaikum 

Simpan sini sebagai kenangan

Tarikh keramat SSPA di kuatkuasakan. 
Maknanya berkuatkuasa juga lah skim jawatan baru linda. 

Penyelia Asrama ke Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) 

Setelah 11tahun 5bulan
24.06.2013 - 30.11.2024
Menyarung uniform pink, lepas nie tak tahu lah macam mana. 
Tapi, untuk bulan 12 nie, masih menyarung uniform pink. 

Semoga yang baik2 je untuk rakan-rakan seperjuangan semua. 

Takpelah, fikir positif je. 
Dengan bertukar nya jawatan, mungkin peluang untuk PA yang mohon tukar lebih mudah. 
Dan mungkin, dapat belajar benda benda baru, Insya-Allah. 

Till then, see ya. 

Wednesday, October 23, 2024

.: WELCOME TO SSPA :.

Assalamualaikum

untuk penjawat awam, bermula lah sesi pemilihan opsyen SSPA pada 21 OKT - 30 NOV
memilih atau tidak memilih, tetap kena buat pilihan

untuk jabatan linda, kaunter dibuka bermula 21-25 OKT

meriah, penuh koridor 
ada yang kata "entahlah sign je, ai pun tak faham apa-apa"
ada yang respon "nak tak nak kena sign jugak"
ada jugak yang "asal gaji naik, tak kacau pencen kita, sign jelah"

hahaha, macam-macam kan??
bagi Linda yang jawatan jumud nie, memang kena sign lah..
Alhamdulillah, faham lah hak-hak kita
sekarang bila ada pekeliling baru, kalau melibatkan pelarasan gaji,memang kena faham betul-betul, sebab tak nak terkena lagi

terkena apa???
TPG (Tarikh Pergerakan Gaji) linda tak sama dengan rakan-rakan batch yang lain
sampai sekarang tak dapat lagi nak betulkan, yelah, kita dah berpindah jabatan kan
susah sikit lah, orang lain yang salah kira, orang lain kena betulkan.
siapa lah yang nak cuci najis orang lain kan??
tapi, takpelah, yang tu kita abaikan dulu, nanti kita try lah slow talk lagi sekali

saja nak snap buat kenangan

tapi kan, yang heran nya.
borang opsyen SSPA linda , kena tulis sendri...
hahha, sedih betul, geng-geng lain semua siap dah printed.
sabar je lah.

one with our PT (orang sumber yang jaga jawatan linda) dan geng-geng minoriti hospital...hihihi
penyelia asrama -2 orang
pembantu perpustakaan - 2 orang

lepas nie tinggal pembantu perpustakaan je lah jadi golongan minoriti pulak..😅😅
sebab penyelia asrama dah jadi pembantu tadbir..hihihi

semoga dipermudahkan segala urusan kita semua ya...

till then, see ya 

Friday, October 18, 2024

.: SSPA - SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM :.

Assalamualaikum

akhirnya, hari nie baru berkesempatan nak share pasal SSPA


untuk penjawat awam, setelah 21tahun baru ada penambahbaikan dalam sistem saraan Malaysia
yang paling penting, kerajaan nak selarikan..

  •  min masuk kerajaan - SPM (takde dah PMR/PT3 - sebab PMR/PT3 pun dah dimansuhkan)
  • gaji min kerajaan RM1500 (sebab sekarang untuk gred sokongan 2, masih gaji permulaan di bawah RM1500)
  • lagi satu, untuk naikkan min gaji tu sebab nak tarik minat calon selepas nie, sebab dengar nya calon-calon yang ditawarkan jadi penjawat awam lepas nie, dah takde pencen, bercarum dengan KWSP juga
point utama nya lah, yang kita nampak

bawah nie linda share sikit slide-silde yang berkaitan dengan jawatan sendiri je lah

umumnya, ada 23 jenis jawatan yang dijumudkan
maksudnya, takde dah jawatan tu selepas nie

yang nie untuk penjumudan bagi jawatan yang syarat min kemasukan melalui SPM
no 6 tu - Penyelia Asrama (jawatan Linda lah tu)
di tukar kepada skim Pembantu Tadbir (Pengoperasian)

perasaan ??  sayang dengan jawatan nie, walaupun baru bertugas selama 11 tahun (dah 3 tempat kerja)
penyelia asrama(PA) - lebih kepada tugas menjaga aset bangunan asrama dan isi dalam nya, so, sebebnarnya tugas banyak meronda lah
kalau pembantu tadbir(PT) - banyak buat kerja-kerja pengurusan lah, duduk dalam ofis je

tapi, takde lah kata penyelia asrama nie tak boleh buat kerja pengurusan, kita buat je.
asrama sendiri ada pengurusannya, tang asrama, pengurusan+pentadbiran, PA lah yang buat sendiri

borang tawaran option pun lain-lain
saja lah tepek sini buat kenangan diri sendiri sepanjang bergelar penjawat awam nie

kalau ikot klausa kat atas nie
better lah sign je option SSPA tu
kalau tak sign, next 2 year naik pangkat secara time based, automatik termasuk dalam sistem SSPA jugak, dah rugi tak dapat pelarasan gaji

oh, lupa, kalau siapa yang sign SSPA sekarang nie, dapat la pelarasan gaji.
naik lah sikit gaji. Alhamdulillah..
kalau tak pilih SSPA. tak dapat pelarasan gaji

yang nie pulak untuk pengiraan naik TBK dan kekananan
so, boleh berpandukan rajah nie
macam skim linda yang dalam kotak hitam tu
sebab bertukar ke skim yang setara (maknanya sama-sama min kemasukan SPM)
pengiraan untuk naik pangkat secara time based tu tak kacau pun, so ok je

jadi bagi Linda, pilih je lah SSPA

sebab jawatan pun dah jumud
dapat lah pelarasan gaji sikit
yang penting pencen tak kacau

sekian , nak jugak into the scene

till then, see ya