lovvu Dobbu

Friday, October 18, 2024

.: SSPA - SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM :.

Assalamualaikum

akhirnya, hari nie baru berkesempatan nak share pasal SSPA


untuk penjawat awam, setelah 21tahun baru ada penambahbaikan dalam sistem saraan Malaysia
yang paling penting, kerajaan nak selarikan..

  •  min masuk kerajaan - SPM (takde dah PMR/PT3 - sebab PMR/PT3 pun dah dimansuhkan)
  • gaji min kerajaan RM1500 (sebab sekarang untuk gred sokongan 2, masih gaji permulaan di bawah RM1500)
  • lagi satu, untuk naikkan min gaji tu sebab nak tarik minat calon selepas nie, sebab dengar nya calon-calon yang ditawarkan jadi penjawat awam lepas nie, dah takde pencen, bercarum dengan KWSP juga
point utama nya lah, yang kita nampak

bawah nie linda share sikit slide-silde yang berkaitan dengan jawatan sendiri je lah

umumnya, ada 23 jenis jawatan yang dijumudkan
maksudnya, takde dah jawatan tu selepas nie

yang nie untuk penjumudan bagi jawatan yang syarat min kemasukan melalui SPM
no 6 tu - Penyelia Asrama (jawatan Linda lah tu)
di tukar kepada skim Pembantu Tadbir (Pengoperasian)

perasaan ??  sayang dengan jawatan nie, walaupun baru bertugas selama 11 tahun (dah 3 tempat kerja)
penyelia asrama(PA) - lebih kepada tugas menjaga aset bangunan asrama dan isi dalam nya, so, sebebnarnya tugas banyak meronda lah
kalau pembantu tadbir(PT) - banyak buat kerja-kerja pengurusan lah, duduk dalam ofis je

tapi, takde lah kata penyelia asrama nie tak boleh buat kerja pengurusan, kita buat je.
asrama sendiri ada pengurusannya, tang asrama, pengurusan+pentadbiran, PA lah yang buat sendiri

borang tawaran option pun lain-lain
saja lah tepek sini buat kenangan diri sendiri sepanjang bergelar penjawat awam nie

kalau ikot klausa kat atas nie
better lah sign je option SSPA tu
kalau tak sign, next 2 year naik pangkat secara time based, automatik termasuk dalam sistem SSPA jugak, dah rugi tak dapat pelarasan gaji

oh, lupa, kalau siapa yang sign SSPA sekarang nie, dapat la pelarasan gaji.
naik lah sikit gaji. Alhamdulillah..
kalau tak pilih SSPA. tak dapat pelarasan gaji

yang nie pulak untuk pengiraan naik TBK dan kekananan
so, boleh berpandukan rajah nie
macam skim linda yang dalam kotak hitam tu
sebab bertukar ke skim yang setara (maknanya sama-sama min kemasukan SPM)
pengiraan untuk naik pangkat secara time based tu tak kacau pun, so ok je

jadi bagi Linda, pilih je lah SSPA

sebab jawatan pun dah jumud
dapat lah pelarasan gaji sikit
yang penting pencen tak kacau

sekian , nak jugak into the scene

till then, see ya

No comments:

Post a Comment