Assalamualaikum
Seram linda dengan isu yang tengah hot sekarang nie..
Dia seram bukan apa, sebab bila baca komen-komen yang maha dasyat tu...
CHILDFREE
Terang-terangan dah, macam mempromosikan pulak...
Sama macam iklan libresse kemain terang terang dia tunjuk flow "cecair" atas pad tu macam mana..
Kalau dulu-dulu, guna warna selain merah, pada linda still ok lah..
Sekarang warna merah kot... Haisyhh...
Macam mana lah orang boleh keluar kan idea sampai macam tu sekali..
Takde sensitiviti lansung..
CHILD-FREE MARRIAGE: TIDAK MAHU PENERUS SUJUD?
Bagaimana boleh muncul pemikiran child-free marriage? Apakah tidak mahu ada yang meneruskan sujudmu?
Kapitalis sungguh!
Sedangkan, orang-orang mulia berdoa kepada Tuhan, agar dikurnia anak yang akan mewarisi perjuangannya.
Zakaria AS berkata, "Tuhanku, sungguh, aku khuatir terhadap kerabat sepeninggalanku, ... maka anugerahilah aku seorang anak dari sisi-Mu, yang mewarisiku dan seluruh keluarga Yaakub" - Surah Maryam, ayat 5.
#yayasanikhlas
#ummahfadhilah
#bapaqawwam
kredit : FB Bilal Jailani
Semoga keturunan kita tak terpengaruh dengan fahaman yang bukan2.. Aamin2...
Till then, see ya
