Assalamualaikum.
Jumaat, 4.5.2026 - lunch date sempena bakal berpindah ke Perak.
penuh makanan atas meja.
sponsor utama lunch linda hari Jumaat tu.
dari kiri, kak Mala dan kak Ju.
terima kasih banyak buat sis berdua, moga murah rezeki selalu.
rezeki yang tidak pernah dibayangkan.
minta tolong staff TCRS tolong snapkan gambar kami bertiga.
sambil makan, sambil sembang macam-macam.
nak sembang dekat pejabat, banyak telinga. hahaha
sembang dekat luar, baru la tenang-tenang aje.
hari sebelum tu, sis berdua dah datang pejabat, bagi linda hadiah perpisahan.
alahai, sedih dan terharu linda.
susah susah tau.
dengan kak Ju, suka sembang pasal anak.
dengan kak Mala, boleh je sembang pasal apa pun.
terima kasih banyak atas bantuan dan tunjuk ajar selama 5 tahun ni.
tak lokek nak membantu, tak kedekut ilmu.
moga yang baik-baik je untuk sis berdua, aamin.
till then, see ya.













