Assalamualaikum
petang semalam keluar lah brisk walk macam biasa.
sekali hujan da.
cepat-cepat la cari tempat perlindungan.
nasib baik dekat area lobi, takde lah jauh sangat nak selamatkan diri dari hujan.
sambung brisk walk bawah bumbung la pula.
parking kereta pun dah basah.
sambil lalu dekat lobi utama, snap sekali.
ada sambutan Hari Penglihatan
Hari Penglihatan Sedunia 2025 telah disambut pada 9 Oktober 2025. Hari ini disambut pada hari Khamis kedua setiap bulan Oktober, dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran global tentang masalah penglihatan dan kebutaan yang boleh dielakkan
Fakta penting mengenai Hari Penglihatan Sedunia 2025:
- Tarikh: Khamis, 9 Oktober 2025.
- Tema: "Sayangi Mata Anda" ("Love Your Eyes").
- Tujuan: Mendorong orang ramai di seluruh dunia untuk mengutamakan kesihatan mata mereka dan mendapatkan pemeriksaan mata.
- Organisasi: Hari ini dianjurkan oleh Agensi Antarabangsa untuk Pencegahan Kebutaan (IAPB).
lebat kan? sampai 168 park tu pun tak nampak.
kalau cerah, nampak je lif mengangkut barang dia tu.
sebabkan terbantut, sempat 1 pusingan hospital je.
ini je la yang dapat.
Alhamdulillah, ada la juga dari takde.
till then, see ya.
Jadi la tu..memang petang semalam hujan kan...
ReplyDeleteHaaa..tiba² hujan..hari Isnin dah guruh²..kita tak keluar la brisk walk..sekali tak hujan..
Deletenasibaik bole sambung briskwalk bwh bumbung ye..ujan lebat
ReplyDeleteItulah..lebat hujan...
DeleteOk juga jalan sekitar teduhan bangunan.
ReplyDeleteNasib baik tak jauh dari lobi..kalau tak, mandi hujan la pula
DeleteOkay la Linda, kalau stop @ postpone lelama nanti jadi malas nak mula semula
ReplyDeleteItulah..tapi, syok sebab ada earphone..boleh layan lagu sambil brisk walk..so, me time lah kejap..hihihi
DeleteNi hospital selayang kan?
ReplyDeleteFull Mark untuk uncle
DeleteKena naik turun tangga hospital tu 😄
ReplyDeleteLagi bagus sebenarnya...tapi, nak naik tu, menggigil kepala lutut...hahaha
DeleteHujan mencemburui ,mujur sempat lari cari tempat berteduh dari hujan
ReplyDeleteItulah, nasib dekat Ngan lobi..kalau kat tempat lain, memang lencun lah
Deleteptg semlm pukul 4.05 pm ada ribut (kepala ribut) kat my area taman bukit permata...sbb nak kuar amik razeen, terus masuk balik rumah sbb gerun tgk angin kuat sgt...4.30 tu dh reda baru kuar
ReplyDeleteSeramnya...tengok FB dekat Sijangkang teruk... Allahuakbar,akhir zaman dah sekarang..
DeleteKita ada buat kerja masa sambutan world sight day di Hospital Selayang hari tu :D
ReplyDeleteLah..ada kat Selayang rupanya..auditor ke?
DeleteOk dah ni..Keliling spital 1 round pun dh dpt collect steps =)
ReplyDeleteCampur² yang berjalan waktu pejabat..ok lah tu
DeleteBetul tu... lebih baik ada dari takde steps. Sejak balik dari trip ke hat yai saya tak start lagi brisk walk mcm sebelum ni 😅
ReplyDeleteInsyaAllah..pelan² nanti boleh buat kak..
Deletenak briskwalk jugak ni tapi kena ikut cuaca....
ReplyDelete