lovvu Dobbu

Thursday, October 23, 2025

.: BANANABRO @ AEON ANGGUN, RAWANG :.

Assalamualaikum.

nie pun versi throwback.
25 Jun 2025 - waktu nie tengah MC yang baru lepas selesai prosedur keluarkan IUCD tu.

dah lama linda nak try makan dekat Bananabro.
tapi, kids tak reti nak makan macam nie, jadi ambil kesempatan MC nie, ajak incikSuami makan sini.

Bananabro dekat Aeon Anggun, Rawang.
pergi hari bekerja, takde lah ramai orang.
lepas hantar kids sekolah agama, moh la kita dua dating.

dekat daun pisang pun ada stamp nama kedai

macam makan dekat kenduri pasangan India pula.
makan atas daun pisang.
teruja betul rasanya.

yang nie memang dah dalam set.
ada nasi, kuah, papadom, petola goreng, acar timun(versi india) dengan sayur kubis tu.

add on ayam goreng dengan sambal udang petai.
ok, sambal udang tak berapa menarik, agak sejuk dan rasa ala-ala india punya masakan.
dah pergi kedai BananaBro, memang la kan.hihihi.
tapi, ayam goreng tu sedap, panas juga.

teh tarik lassi.
incikSuami ambil air manggo lassi.
tak ambil pun gambar nya.

total untuk dua orang makan RM73.55
memang kenyang, jenuh nak habiskan nasi.
nak sedut air lagi, makan lauk lagi.
bak kata incikSuami, sampai esoknya pun rasa kenyang lagi.. hahaha.
over tau mamat tu.

Alhamdulillah, dapat juga makan dekat BananaBro.
nak cuba lagi??
boleh je, cuba kalau wekeend tu, ramai je orang.
malas nak nunggu, kita g yang cepat dapat makanan je.. hihihi

till then, see ya.

18 comments:

  1. Akak pernah makan sekali, Bananabro ni. Memang jenuh nak habiskan nasi. Tapi rasa sedap, kan, makan atas daun pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap..syahdu je makan..memang terbayang scene dalam cerita Tamil je..hahaha

      Delete
  2. Best..akak suka..dia lauk kena pandai pilih, kari udang dia sedap Linda..next time cuba kari udang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kita first timer..makan berdua je..nak pilih banyak² lauk..nanti tak habis..next lah kita cuba lauk lain pula

      Delete
  3. Pernah makan snek je kat sini peria goreng. Tengok yang makan kat sini nampak sedap je atas daun pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba makan nanti..tapi, beli nasi set 2 org je..dah boleh makan 3 beranak kak ezna..sebab nasi dia memang banyak..mengah nak habiskan

      Delete
  4. Daun pisang dia tu, tiruan kan. Memang menyandor kenyang sampai esok pagi la kan kalau makan NDP ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ye ke? Tak perasan pula Linda..rasa macam lembut² macam daun pisang betul

      Delete
  5. makan atas daun pisang.. teringat masa pi misi di india dulu.. makan briani atas daun alah ni tapi nak ngabih, diorg ingat malaysian selera sama mcm dia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..nasi depe makan banyak betul...memang membukit...

      Delete
  6. Ini tak boleh makan berdua kena bawak orang ketiga iaitu anak.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Jenuh nak perabih kan... Mujoq Akk makan hari tu bawak 1 battalion askar kami šŸ˜‚

    ReplyDelete
  8. Uncle dah 2 kali makan kat bananabro

    ReplyDelete
  9. saya belum pernah mkn kat bananabro (selalu ternampak/lalu) kat KL east mall tu...sbbnya mr hubby kurang suka jenis mknn gitu..boys pun tak mau...so tak de plan lah nak try mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami dia on je nak try makan mana²...hihi..ikot tekak isteri dia..

      Delete