lovvu Dobbu

Thursday, September 11, 2025

.: CHECK IN DOME :.

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry sini.
Tiba lah masa check in.

Khemah glamping 2
Gambar dari wassap.
Staff nya share gambar.
IncikSuami kata nama dia Dome.
Tapi, khemah lah nie.

Selain daripada khemah Dome nie.
Ada jugak tapak khemah, khemah boleh bawa sendiri.
Ada juga kabin.
Tak jumpa cari berapa harga² yang lain tu.
Macam Dome yang incikSuami booking nie, RM258/night.
Macam mahal kan? tapi rate sekarang lah tu.

Jom tengok bahagian dalam pula.

Khemah glamping
Dari pintu masuk.
Ada katil king, katil Medan(katil yang orang bawa camping tu), ada ruang luas (incikSuami hampar  tilam angin malam tu), ada TV (chanel myTV), ada kettle (takde cawan), ada penyidai pakaian, ada iron dan iron board. 
so, ok je bagi linda.

tapi, nampak merah kan dalam nya, sebab Dome nie dari luar tadi kan warna oren.
so kat dalam jadi macam warna merah.
khemah kan, waktu cek in tengah hari tu, memang panas lah.
nasib baik ada penghawa dingin dan kipas sekali, memang on je lah dua dua, nak bagi sejuk.

Khemah glamping 1
nie linda berdiri dekat area Tv tu pula.
ada langsir, sebab dari luar tadi nampak ada bahagian yang macam lutsinar tu.
so, yang tu boleh nampak juga lah dalam ye.

linda buat video tour sikit.
another experience baru la untuk anak-anak, tido dalam khemah. hihihi.
memang betul khemah, kebetulan nak dekat subuh tu hujan, memang dengar lah bunyi hujan menitik-nitik atas khemah nie.
dah lama betul tinggalkan perkhemahan nie.. hahaha.

masa sekolah menengah dulu, memang aktif bab-bab nie.
sampai pangkat staf sarjan la masa join Kadet Remaja Sekolah dulu.
tu yang konon pasang impian nak masuk UPNM, tapi masa tu tak tahu cara-cara.
zaman dulu permohonan UPNM lain dengan UPU biasa.
last dapat masuk UMT, masuk juga askar wataniah. masa tu dekat UMT tu baru ada SUKSIS dengan PALAPES Laut je, PALAPES Darat takde lagi.
so masuk askar wataniah, memang habis, habis situ jela.
kalau ada PALAPES Darat masa tu, dapat Tauliah, boleh la apply untuk serap Tentera Darat.
tapi takde rezeki nak pakai seragam hijau, seragam pink pun jadilah.
sampai bila berseragam pink nie, tak tahu lah.

ehhh.. melalut pula dia nie. hahaha.

till then, see ya.

p/s- jangan lupa GA kita masih berlansung ya..
PV setakat nie 177686

45 comments:

  1. menarik dan unik lah pengalaman tidur dlm dome ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..Linda pun pertama kali juga ni..yang best tandas ada disediakan..tak perlu nak keluar² untuk ke tandad

      Delete
  2. tak dapat pakai seragam hijau kawin dengan org seragam hijau pun jadilah

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa. Nampak cozy. Ni kalau hujan lagi sedap ni, lena dlm tu dgr bunyi hujan. Lagi2 bila pegi dgn ank2.. mmg heaven.

    Bila Linda sebut Dome, ingatkan coffee house Dome tadi. Pelik juga mulanya bleh check in kat coffee house plk. Hihi.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam tu memang sejuk lah, siap turn off aircond lagi. alhamdulillah another memories untuk anak², semoga menjadi kenangan indah untuk mereka..aamin.

      Alamak, coffee house Dome tu Linda tak pernah dengar pula..hihihi

      Delete
  4. Seronok sebenarnya pi bercuti ala camping camni Rasa macam adventure plak. Anak-anak kena rasa ni semua. Almaklumle zaman kite kecik2 dulu kira adventure le masuk kebun masuk lalang main nyorok2 hehehehe enjoy life zaman kecil. Budak sekarang emmm gajet je tak habis2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Notie..zaman sekarang penuh gajet, lepas tu..bila nak main tu, kita pun risau .lagi² duduk bandar nie..dulu memang musing ceruk..main guli, tangkap berudu, main tarzan²..sampai kena kurung la dalam bilik, sebab asyik berjalan je..hahaha

      Delete
  5. dalam dia luas! tandas dia tu, pintu yg dekat dgn katil tu ke? camne dia attach tandas dgn dome khemah tu
    wahh minat nak jadi askar ye dulu. saya pulak cukup join kawad kesatria jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..yang nampak pintu tu tandas ..lupa nak snap gambar tandas tu, tapi puas hati juga .takde sempit tandasnya.
      Ya, minat juga jadi askar..sebab bila beruniform tu,auto terasa "hensem"... Hahaha.
      Dulu, ai nie boyish sikit...🤭🤭

      Delete
  6. Menarik ni.
    Tak pernah saya rasa tidur dalam dome.

    ReplyDelete
  7. Harga boleh tahan juga tu kan. Tapi okaylah dengan apa yang ada. Yang penting ada aircond tu. Kalau tidak tidur berpanasan dalam khemah ni. Sesekali berglamping dengan anak-anak, cipta kenangan. Kalau tidak bila lagi. Dah ada peluang, kita enjoy je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga direct, memang selalu mcm nie..kalau book kat Agoda ke..baru lah macam murah sikit..tapi, mana masuk Agoda yg nie..Hihihi.. Alhamdulillah, ad rezeki nak ke sini.

      Delete
  8. Replies
    1. Kalau ikut luas, sebab bawah tu boleh hampar tilam angin size queen.

      Delete
  9. dalam dah macam hotel... heheheheh

    ReplyDelete
  10. sronok skali skala dpt stay dlm DOME tu..luas juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, luas juga..kami hampar tu tilam angin bawah tu

      Delete
  11. Akak mati2 ingat kedai coffee Dome...hehehe...sesekali bercuti glamping mcm ni memang best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dua orang cakap kedai kopi nie..kena gugel gini

      Delete
  12. Wah....orang hebat ni sebab memang jiwa badan beruniform ye. Menginap dan melepak di dome memang satu pengalaman indah kan. Sekarang konsep glamping dengan dome macam ni ada di banyak tempat kan? Semoga semua yang membaca blog ini dapat peluang untuk menginap di dome satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar..besar sangat pujian tu, tak hebat mana pun kak..tapi, memang suka beruniform,sebab auto nampak hensem..hahaha..
      Aamin..

      Delete
  13. Tak pernah lagi tidur dalam dome, setakat dalam khemah itu normal.. Ni dah lama tak p camping tapi sekarang musim hujan, tangguh dululah..

    ReplyDelete
  14. Besar gak dalamnya.. nampak selesa dan mewah.
    Gitu lah eh rupa glamping.

    ReplyDelete
  15. Cantik khemah dome dia. Besar pun, besar.
    Macam-macam lokasi glamping sekarang ni. Lawa-lawa tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Gopeng pun ada, siap ada sungai lagi..nanti lah, boleh try ke sana pula

      Delete
  16. Pengalaman menarik ni merasa glamping.
    Siap ada iron/iron board, dah macam menginap bilik hotel.

    ReplyDelete
  17. kena cuba sekali stay kat dome mcm ni. semoga dpt tdo dgn nyenyak.

    ReplyDelete
  18. Menarik sekali ..lengkap di dalam kan..pasti anak2 seronok them ada pengalaman indah bersama ibu ayah tersayang.

    ReplyDelete
  19. Jika macam ni namanya perkhemahan, ok kita suka.
    Aktiviti yg paling kita tidak suka zmn dedulu ialah berkhemah dan hiking.
    Memang lasak dakLinda ni di jaman mudanya, eh skrg pun muda lagikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya dulu² tak aktif sukan sangat, jadi kita aktif lah part yang nie. Lagipun, zaman dulu² kita tak suka diskriminasi lelaki dan perempuan..tu yang kita suka buat aktiviti lasak...🤭🤭

      Delete
  20. ini kalau sy dah msk payah dah nak keluar ni
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lepas check in tu,Linda tak keluar dah..hahaha..anak² dengan suami yang main air ..

      Delete
  21. Bestnya! Lagi2 kalau hari hujan syok tidur dalam khemah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye,kebetulan nak dekat subuh tu hujan, dengar lah bunyi hujan menimpa atas, macam tido dalam khemah bunyinya..sejuk pula tu

      Delete
  22. Aiiish sukaaaaa bentuknya 😍😍😍😍. Dalamnya pun kliatan nyamaaan juga. Yg penting ada AC , so tak pantaslah kalau malam

    ReplyDelete