lovvu Dobbu

Friday, September 19, 2025

.: REDEEM MYKASIH :.

Assalamualaikum.

Selesai projek pertama, wireman dah kelaparan.
Jadi moh la kita keluar cari makan.
Sebabkan baru pukul 3 petang camtu, Linda ajak incikSuami makan dekat area Medan selera, sebelah Petronas dekat Seri Iskandar.
Sebelum Hentian Bas Seri Iskandar.

Dekat situ , ada menu laksa, goreng², nasi sup pun ada.

Linda order nasi putih sup daging RM8
Cendol pulut, tak ingat berapa RM.

Dekat Seri Iskandar nie,banyak je kedai makan.
Tapi, foodcourt takde.
Sebab mall pun takde.
Yang ada, Lotus, Econsave, Longwan dengan billion.
Macam supermarket lah kot noh.
Kalau nak AEON ke, kena lajak ke Manjung @ Ipoh la.

Selesai makan, singgah Econsave.
First time masuk juga, selalu beli barang² dekat Lotus je.
Kan kitaorang nak berkampung dekat Tronoh seminggu, so nak beli lah barang² buat main masak².
Linda guna MYKASIH kat sini.

Barang banyak nie je pun.
Total RM160.15

Beli dekat Econsave, smooth je.
Orang pun takde, tak payah beratur lama.
Depan Linda ada sorang je.
Linda pun memang ambil barang² asas je, jadi takde pula cashier tu beritahu ada yang boleh guna MYKASIH ataupun tak.

Total expenses.
IncikSuami cakap, macam mana lah menteri² kabo cukup RM100 tu.
Linda cakap lah, kalau betul² ambil barang asas, cukup lah.
Kalau macam kita ambil barang tadi, memang tak cukup lah.

Apa pun, Alhamdulillah, dapat juga merasa pemberian kerajaan.
Pertama dan terakhir kali dapat BSH tu, masa mula² di perkenalkan.
Masa tu, incikSuami baru kerja sorang, memang layak lah.
Tapi, kena pergi BSN untuk tunaikan.

Till then, see ya.

 #eh, PV tak jauh dah tu.buka² mata selalu ya.hihihi

30 comments:

  1. Kalau beli beras, minyak, a few barang kering je dapat dengan RM100 tu. Kiranya sekali belanja habis dah.

    ReplyDelete
  2. Waahh Kita pun da guna ekasih tu..beli pempes dan susu ngam la utk sebulan tu pun tgk mcm da surut dašŸ˜†

    ReplyDelete
  3. Syoklah main masak-masak kat rumah baru. Memanfaatkan cuti sekolah sebaiknya. Betul tu, kalau barang asas memang cukup. Oo kat sana dia tak check ye barang MyKasih ke tidak. Okaylah macam tu. Di Mydin dia check juga dan asingkan. Dah hampir seratus tu dia stop. Barang lain yang lebih tu dia buka resit baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kita dok baca² dekat blog..cashier asing²kan..yang nie,dia scan je semua satu resit, lebih RM100, baru bayar sendiri..jadi balance MYKASIH Linda memang ngam lah 0.00 sen.

      Delete
  4. Lama juga saya tak ke Tronoh. Biasanya kalau cuti memang singgah di Taman Akasia (kalau tak silap), rumah anak sulung dan kemudian ke Penang, tempat anak kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam lalu petang semalam..kami jalan² masuk simpang²..selalu kami lalu jalan utama je..sebab rumah kami dekat jalan utama je..tak jauh dari Nasi Lemak Tronoh tu..

      Delete
  5. Alhamdulillah dapat bantuan gini, semua dapat merasa kan... Cendol tu nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Sedap cendol tu, kemanisan sedang² je..tp,pulut tu pulut biasa pula..confius pulak order cendol pulut @ cendol tapai pulut..kikiki

      Delete
  6. Bagus ada program seperti ini. Kalau di sini nampaknya tak mungkin, secara penduduknya saja 250juta . Bangkrut pemerintah sini kalo kasih ke semua nya šŸ˜…šŸ˜…. Bantuan ada, tp memang hanya untuk yg didata pemerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun pertama kali juga dapat .selalu nya memang untuk yang susah la..kita kategori pertengahan

      Delete
  7. Kita guna sebaiknya..Yg pasti bulan ni dpt jimat Rm100 utk duit dapur =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie kalau ikut tambahan..Hihihi..sebab dah beli hujung bulan lepas..gomen kan gaji hujung bulan..kikiki

      Delete
  8. kalau dalam satu keluarga tu ada ramai penerima, itu baru berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu betul..tapi, yang dapat nie pun Alhamdulillah

      Delete
  9. Mykasih ni ikutkan membantu jugak, kena pandai cari brg asas yg murah...boleh dapat banyak..untuk akan kami suami isteri dh total 200, mmg beli barang stok sebulan terus...

    ReplyDelete
  10. Tak semua tempat ada Longwan. Akak tau pasal Longwan tu pun sebab ada kat Kulim. Masa baru² kahwin, MIL kerap ajak datang. Seronok masuk sebab barang² murah dan pelbagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..macam Billion la..tak semua tempat ada...

      Delete
  11. Replies
    1. Nie pun guna sebab nak balik rumah lain..padahal beras bawak dah..risau tak cukup, beli lagi 5kg..

      Delete
  12. so far MZ dh redeem mykasih tu guna ic zharfan, dh hampis licin dh, tinggal balance rm8 jer...ari tu beli roti, sardin etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda punya dah licin..tinggal suami punya je lah..hihihi

      Delete
  13. Menteri dia gaji besar cuba dia pun dapat RM100 sebulan hah cukup tak. Cubalah fahami rakyat yang marhaen ni untuk menampung hidup

    ReplyDelete
  14. Tak apa tu, barangan keperluan dapur memang begitu..bayar dengan sara rahmah..rezeki ramai orang menikmatinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Alhamdulillah..rezeki dapat merasainya..

      Delete
  15. menteri tu makan tengahari je dah rm200...pehtu sibuk suruh kita ni pakai rm100 satu keluarga...

    ReplyDelete